Roadtrip Ke Bangkok (Part 1): Kuala Lumpur - Alor Setar - Hatyai
Assalammualaikum!!! Hahaha macamana aku nak mula ye, kisah 5 tahun lepas baru ada niat nak blog tahun ni. Kira ada pencapaian la kan. Ok ni pun hasil dorongan kengkawan blogger terutamanya si DJ yang katanya akan memberi sokongan padu hahahaha. Memandangkan sempadan negara kita ni entah bilalah akan bukak (dengar cerita 2023 baru bukak) maka aku nak tulis pasal pengalaman travel yang lepas-lepas, yang aku belum sempat blog lagi. Sebenarnya banyak siri travel yang aku malas nak blog dulu, dah jadi terbengkalau di draf je. Maklumlah katanya dah bersara jadi blogger kan, tapi sekali sekali terlogin jugak benda alah ni ;p Kerja Gila: Roadtrip Yang Panjang Sepanjang aku buat roadtrip di dalam dan luar negara, aku rasa ada beberapa siri roadtrip mega yang paling jauh yang aku pernah buat iaitu: Roadtrip OZ: Adelaide - Canberra - Sydney - Melbourne - Adelaide (Blogged) Roadtrip NZ: Christchurch - Aoraki - Wanaka - Kingston - Te Anau -Milford Sound - Queenstown - Dunedin - Akaroa -...