EPILOG: Subuh di Lac Leman, Switzerland

Pagi itu, Lac Leman menyambut aku dengan langit yang perlahan-lahan berona merah jambu, lembut dan dingin. Matahari musim bunga terbit perlahan di sebalik pergunungan Alps yang masih berselimut salji nipis. Angin pagi menyapa wajahku, tidak lagi tajam seperti musim sejuk, tapi cukup untuk mengingatkan bahawa di sini, masa bergerak mengikut aturan yang damai.

Perjalanan kali ini terasa sedikit berbeza. Langkahku lebih perlahan, mungkin kerana rasa rindu yang menebal atau mungkin kerana perjalanan ini membawa lebih banyak renungan daripada sebelumnya. Hari-hari terasa panjang, seolah-olah tasik ini mahu aku benar-benar menyelami setiap detik dan makna di sebalik perjuangan ini.

Masih ada beberapa hari lagi sebelum aku pulang ke tanah air. Masih ada ruang untuk berjuang, berbicara, dan menyampaikan suara yang kadangkala tenggelam dalam lautan birokrasi antarabangsa. Tapi pagi ini, sebelum semuanya bermula semula, aku izinkan diri untuk diam sebentar. Melihat matahari menyinsing perlahan, aku sedar,  dalam kesunyian dan kesejukan ini, aku temui kekuatan.

Lac Leman, dengan segala lembutnya, telah mengajar aku bahawa perjuangan itu bukan sekadar tentang suara yang kuat, tapi tentang hati yang tetap teguh, walau dalam diam.

Pstt: Rindu nak makan nasi lemak dan teh tarik.

WASSALAM.

Lac Leman, Switzerland - April 2025


Comments

  1. Nasi lemak , teh tarik dan roti canai lah yang mengamit tekak mengada-ngada nak makan bila pi obersea lama-lama. Padahal kat malaysia hari-hari nampak pun buat dek je. Selamat berkerja demi sesuap nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! sampai tempat orang semua teringin. Kat malaysia semua tu dipandang sepi je Hahahahhaa

      Delete
  2. Replies
    1. Ye pepagi subuh layan sunrise memang sangat lawa!!!

      Delete
  3. Teringin nak ke Lac Leman sebab diri masih belum menjejakkan kaki di bumi Switzerland

    ReplyDelete
  4. Kalo dah lama di luar negeri, terkadang pasti rindu makanan negeri sendiri kan 😄☺️.

    Cantiiiik view sunrise nya bang 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, makanan di tempat sendiri itu the best hehehe.

      Delete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

Popular posts from this blog

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

ERL Dan Bas (Putrajaya ke LCCT)

Lombok (Part 1): Welcome to Lombok!

Kisah Sarapan Roti Bakar Telur Goyang di Transfer Road Dan Berjumpa Blogger Ceria