Posts

Showing posts with the label #MH370 #PrayForMH370

Doa Untuk Semua | Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014

Image
Assalammualaikum! Hampir sebulan dah berpuasa! Hari Raya pun dah nak sampai, s o buat beberapa waktu tuan tanah nak pegi berhari raya dengan keluarga, maka blog ni pon cuti jugak lah ( haha paduhal memang ko takde apdet entry apa-apa pun kan? ) I just want to wish:- Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir dan Batin. (Tahun ni aku dapat sekeping kad raya! Alhamdulillah ingatkan dah pupus dah..hiks) Dalam kita menyambut lebaran, panjatkan juga doa untuk mangsa dan keluarga #MH17 dan #MH370. Memang sekarang ni macam-macam dugaan Allah bagi kat kita rakyat Malaysia, dan rakyat dunia amnya. Dan doakan juga kontinjen Malaysia ke Sukan Commonwealth berjaya mencapai sasaran, walau terpaksa beraya di perantauan.  Tak lupa juga kepada pasukan khas misi #MH17 yang juga terpaksa beraya di perantauan demi maruah bangsa dan negara. Dan sama-sama kita doakan saudara muslim kita di Gaza sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah SWT.   Ampun maaf kalau ada...

This Is What We Call 'Takdir' #MH370

Image
Assalammualaikum... Sebesar-besar kurnia adalah dariMu,Ya Allah Seindah-indah perkhabaran jua dariMu, Ya Allah Seburuk-buruk perlakuan hanya dari kami, Ya Allah Remuk hati mereka, seakan kami juga merasakan kesakitan itu Penantian, walau penuh pengharapan dicantas sekelip mata Redhalah Sesungguhnya perancangan DIA itu maha adil Sesungguhnya DIA lebih tahu di atas semua percaturannya Panjangkanlah permintaanmu Jangan putus mendoakan mereka Untuk ditempatkan bersama 'mereka-mereka' yang terpilih Redhalah Sesungguhnya Allah maha mengetahui Al-Fatihah #PrayForMH370 Sedih... walau mereka itu tiada langsung pertalian saudara dengan aku tapi sebenarnya aku sangat terasa dengan kejadian ini. Mungkin sebab 'kita-kita' yang selalu kesana-kemari menggunakan perkhidmatan yang sama, kita faham bagaimana perasaan mereka. Dan kita juga mungkin akan mengalaminya, dengan Izin DIA.  Apa-apa pun, sama-sama kita panjangkan doa buat 'mer...

#PrayForMH370

Assalammualaikum... Selepas Empat Hari. Tatkala kau berduka Yakinlah bahawa seluruh dunia juga turut berduka Tidak akan dibiarkan dirimu terbeban sendirian dengan dugaan Allah ada rencananya, Yakinlah Bahawa setiap kejadian ada cerita di sebaliknya Dan yakinlah bahawa mereka itu insan-insan terpilih Yang termasuk di dalam senarai penerima ujian Nya Yakinlah Rencana Allah itu ada hikmahnya Bersabarlah dan bertabahlah Kasih sayang Allah itu amat besar buat mereka yang bersabar Kasih sayang Allah itu amat indah buat mereka yang diujinya Lantas jangan putus untuk meminta kepadaNya Kerana setiap harapan dan doa itu akan didengar oleh Nya Bersabarlah... Doa kami juga sentiasa ada bersamamu.. #PrayForMH370 REN Psst: Aku dedikasikan puisi ini untuk keluarga mangsa MH370. Semoga mereka tabah menghadapi ujian Allah. Pssst2: Maaf tiada mood nak update blog buat masa ini. Aku perlukan masa untuk berfikir.  WASSALAM