Posts

Food Hunter: Laksa Kak Pah

Image
Assalamualaikum!!! Hari tu, masa tengah berduka lara di opis akibat kebosanan tiba-tiba ada beberapa orang colleagues mengajak aku mencuba Laksa Kak Pah . Fuh aku ni pantang diajak, kalau dengar bunyi laksa je, kompom aku ikut! Lokasinya Warung Kak Pah  ni terletak di Bangi . Lebih spesifik, tepi jalan depan kilang Sony dan Denso . Owner warung ni asal dari Kedah, ramah je makcik ni. Kalau kat situ memang senang la nak pegi. Sampai-sampai je di tempat kejadian aku lihat gerai tepi jalan tu dah agak penuh, maklumlah waktu rehat. Kebanyakan pelanggan Kak Pah ni adalah para pekerja kilang berhampiran.  Konsep makan kat sini, kene pegi ambil sendiri di kaunter dan tuang kuah sendiri...terpulanglah nak bubuh banyak mana pun. Memang mabeles! Harga sepinggan laksa adalah RM 3. Amat berpatutan.  Disamping Laksa Penang, ada juga makanan lain yang disajikan seperti mee rebus dan mee kari . Yang lain aku tak perasan pulak sebab mata dah dibutakan dengan Laksa P...

Mongek...

Image
Assalamualaikum!!! Penat juga dalam sehari dua ni sebab kena buat banyak benda. Paling tak tahan bile gigih berjaga sampai pukul 4 pagi gara-gara terpengaruh dengan hasutan Pak Tony !!! Tambahan pulak ada yang jadi pembako ( John ) hahahaa. Ok lupakan kisah tu sebab tak sanggup nak menghadapi hari esok. Pagi tu jugak dalam 6.30 pagi aku kena gerak ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Adoi naseb baik ada pilot , boleh la aku membuta sepanjang jalan! Sedar-sedar je dah sampai Taiping , terus segar mata. Janji dengan orang sana nak berjumpa di tol Jawi . Memang tak ada komunikasi langsung sepanjang perjalanan sebab aku malas nak bagi tepon aku kat diorang. Huhu bahaya wooo kalau lepas kat diorang, tak aman hidup nanti. Sampai je tol Jawi dah nampak diorang satu keter tengah tido. Ni kes gerak awal jugak la ni dari KL... hehehe... Bile semua dah sapu taik mta, kami pon gerak la ke destinasi, Pulau Burung. Macam biasa la, bila aku tau nak pergi ziarah sampah sarap, aku tak jangk...

10 Muharram...

Image
Assalamualaikum!!! Siapa puasa sunat hari ni? *Aku tak... tetibe. Untuk pengetahuan semua, hari ni dah masuk 10 muharam 1433 ...dan dikenali juga sebagai nama Hari Asyura. Jadi siapa-siapa yang puasa sunat hari ni dapat pahala berganda-ganda ye...*napelah aku tak puasa sunat hari ni...huhuhuh. Nak share Peristiwa Besar yang berlaku pada 10 Muharram ni, antaranya:- Hari pertama Allah menciptakan alam. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. Hari pertama Allah menurunkan hujan. Allah menjadikan 'Arsy. Allah menjadikan Luh Mahfuz. Allah menjadikan Malaikat Jibril. Nabi Adam a.s. dicipta. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah . Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di...