Sambungan dari SINI.
Maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu, terkinja-kinja kami sebelum masuk ke perut kapal. Gigih melakukan aksi pelbagai rupa demi kelihatan cantik di dalam kemera. Hakikatnya, kami hanya manusia marhein yang tak dapek nak ditacap secantik Julia Robet mahupun Devid Bekam. Ok enaf, kembali ke alam nyata.
Lepas saje ditangkap gambar-gambar kami dengan niat nak menjualnya dengan harga RM 50 sekeping, kami pun berlalu pasrah menyelusuri laluan ke perut kapal. Di pintu kapal sekali lagi kena tunjuk kad pengenalan dan juga access card yang telah dimiliki di kaunter check in sebentar tadi. Dalam melangkah ke perut kapal, aku tengok ramai bebeno manusia yang bawak air mineral, kadang tu sampai berbotol-botol, takde jual air ke kat dalam kapal tu? Kan ada buffet dinner dan breakfast? *persoalan itu bermain-main difikiran.
Check-in counter yang ke 2 |
Tu dia Kak Coco dengan beg sandangnya..sudah tidak ada beg troli lagi! |
Di depan pintu perut kapal, kami diminta untuk meninggalkan kad pengenalan kami di kaunter. Kami hanya dibenarkan mengambil access card sahaja dan kad itu yang akan digunakan untuk membuka pintu, nak beli barang dan sebagianya (all in)...tapi kalu nak beli barang pakai cash pon boleh. Maka bermulalah pencarian cabin di Level 3. Check-in counter tadi berada di Level 4, jadi tak berapa susah nak cari la, just follow the instructions (macam dalam hotel jugak ada nombor-nombor bilik dilekatkan di dinding). Akhirnya sampailah kami di muka pintu cabin, tak sabo pulak nak tengok macamana keadaan cabin tu kan? Ok sila rujuk gambar. Cabin mempunyai dua katil yang bagi aku cukup selesa, yang penting cabin tu ada tingkap menghadap laut!!! (Seaview) Memang cantik (walaupun sekadar melihat laut Selat Melaka).
Check-in counter yang ke 3. Alamak sorry Kak Coco, gambarmu di mana-mana. |
Antara deco yang ada di main lobby. |
Keadaan di ruang legar depan cabin. |
Keadaan dalam cabin with 2 beds. |
Yang paling penting, walaupun kapal berhenti ke, bergerak ke memang tak terasa sangat goyangan nya, so aku yakin takkan mengalami kemabukan laut hehehe. Cabin ini juga dilengkapi dengan sebuah bilik air yang lengkap, agak sempit sedikit tapi selesa, maklumlah dalam kapal, what do you aspect kan? Lebih kurang toilet kapal terbang je, cuma besar sikit dari itu. Jom tengok bagaimanakah keadaan toilet tersebut...(dah rasa macam rancangan JJCT pulak... Jalan-Jalan Cari Tandas).
Inilah rupernya tandas di dalam cabin. |
Ok keadaan cabin memang sangat puas hati disertakan juga dengan almari pakaian, televisyen, talifon dan meja solek. So memang sebuah cabin yang lengkap. Sape rasa nak try, boleh la ambik mana-mana pakej yang disediakan oleh penganjur.
OK biar aku jelasin di sini...pakej yang kami ambil merupakan pakej 2 standing pax dan 1 cabin with 2 bed. Standing Pax bermaksud, penumpang boleh menaiki kapal dan menikmati makanan buffet dinner dan breakfast yang disediakan tetapi tiada tempat tidur. Jangan khuatir, walaupun tidak mempunyai cabin untuk tidur, terdapat banyak kerusi yang selesa untuk kita berehat dan tidur. Ala-ala merempat jugak sebenarnya tapi merempat dalam keadaan selesa....(erkk ada camtu eh?). Kalau rasa taknak tidur di tepi-tepi deck, penumpang juga boleh tidur dalam bilik teater Stardust Lounge yang gile-gile punya selesa dengan deretan sofa yang empuk sambil menonton tayangan filem kekdahnya.
Itu untuk Standing Pax, untuk cabin with bed pulak apa lagi, ko tido je la dalam cabin tu buat macam rumah sendiri. Itu je bezanya. Jadi Kak Koko dan MasMZ ambik cabin dan aku dan John ambil standing pax package...Kami hanya menumpang mandi je la kat dalam cabin tu, lagipon malam new year kan..sape nak tido! Hahaha.
Selepas selesai menyimpan bagasi di dalam cabin, kami segera keluar berlegar-legar di sekitar kapal. Masa tu buffet dinner dah bermula, jadi kami naik ke Level 9 di mana terletaknya open area, kolam renang dan buffet dinner disediakan di sana. Memang mewah gile makanan kat situ, macam-macam ada...cuma aku je tak berapa nak makan sangat sebab masih kenyang makan mee goreng sotong mamak dan air coconut shake kat Padang Kota Lama tadi.
Keadaan di open deck Level 9 dan 10 |
Antara makanan yang dihidangkan. |
Puding roti! Sedap giler! |
Sambil makan, sambil cuci mata jugak. Memang ramai penumpang kali ni. Angin pulak sepoi-sepoi bahasa. Lepas tu boleh jugak ambik gambar sunset. Masa ni kapal belum berlayar lagi. Pelayaran kami akan bermula sekitar jam 9.00 malam. Destinasinya??? Tak tahu ke mana, cuma belayar di tengah lautan dan akan kembali semula ke Pelabuhan Weld pada pagi esoknya. Hehehe cukuplah untuk orang yang nak merasa naik kapal besar macam kami.
Di atas kapal, kami berjumpa dengan dua orang lagi kawan John...aku lupa pulak nama diorang, tapi diorang memang macam Fazura dan Maya Karin lah (Filem Pisau Cukur) , memang sempoi habis dan humble. Time makan tu kami duduk semeja bulat. Banyak gile makanan sampai aku cari air minum free memang tak jumpa. Aku tak tahu samada boleh masuk ke dalam restoran untuk ambil air atau tak, tapi aku ada nampak beberapa orang anak cina yang bawak gelas berisi air, itupon time aku dah tak lalu nak makan. Maka terpaksalah kami order sejug air Ais Lemon Tea yang berharga RM 28.00++ termasuk tax. Gile mahal! Maka barulah aku tau kenapa ramai yang bawak air botol mineral masa nak check in tadi! OK noted, lain kali sesape nak naik kapal sila bawak bekalan air sendiri.
Lepas dah puas makan, kami sambung lepak-lepak di atas deck terbuka sambil menyaksikan keindahan panorama senja. Alhamdulillah tak hujan hari tu, cuaca pon baik dan redup. Kami lepak di atas deck sampai jam 8.00 malam kot, aku tak ingat. Lepas tu balik ke cabin untuk menunaikan kewajipan sebelum keluar semula menjelajah isi perut kapal.
Semua sekali dalam kapal tu ada 10 Level. macam-macam kemudahan ada disediakan termasuklah gymnasium, pusat karaoke, panggung wayang (Stardust lounge), pusat urutan badan dan macam-macam lagi lah. Kami hanya lalu lalang aje sebab macam tak seswai pulak nak berurut dan bersokan time-time macam tu.
Pada jam 10.00 malam (kalau tak silap aku) ada persembahan sekumpulan penari (ala-ala teater muzikal) di Stardust Lounge tu. Kami pon pergilah meghiburkan diri, temanya sempena krismas dan tahun baru gitu. Jadi setiap orang dihadiahkan sebuah topi kon, wistle, alat peniup yang berbunyi bingit (aku tatau nak panggil apa), dan beberapa lagi barang untuk berparty! Hahaha meriah sangat la kononnya. Layan je.
Keadaan di sebelah malam. |
Keadaan dalam Stardust Lounge |
Show habis lebih kurang jam 11.30 malam, jadi semua pengunjung dijemput naik ke atas open deck untuk acara count down. Memang ramai giler manusia kat atas tu, dan suasana pon agak bising dengan lagu-lagu dari live band. Memang suasana party la. Kami takde la nak join diorang tu semua terkinja-kinja sambil minum bagai, kami hanya lepak di deck atas sambil tengok bulan hikhikhik. Angin pulak memang kuat gile malam tu, sejuk je. Oh ya, jangan lupa bawak gebor (selimut) atau baju sejuk ya, sebab atas kapal tu memang sejuk giler, terutamanya kepada yang ambil standing pax.
Tepat jam 12.00 malam, maka masing-masing pon bersorank riang la. Mana yang mabuk tu memang mabuk la, mana yang nak terkinja-kinja memang diorang terkinja-kinja la, ada jugak yang hanya menjadi pemerhati, termasuklah kami. Sambil-sambil tu menganyam la bile tengok ramai tua kutuk tak sedar diri mabuk terkinja-kinja di situ hahahaha. Dari jauh jugak dapat dilihat tembakan bunga api di Padang Kota Lama...tapi nampak ciput je.
Setengah jam sebelum tahun baru 2012 |
Jam 12.00 malam 2012. |
Bunga api di tanah besar. |
Lama jugak kami lepak atas open deck tu sebelum turun semula ke Stardust untuk tengok movie bertajuk Super 8! Best weh citer tu walaupon aku rasa aku tengok setengah jam je..sebab tetibe dah subuh hahahaha! (pepaham la maksudnya itu yer). Sejuk giler malam tu....
Ok nanti aku sambung kisah sebelah pagi pulak....
Psstt 1: Jangan lupa bawak air minum sendiri sebab kat atas tu diorang jual air minum mahal nak mampos. Kalo korang mampu, beli la.
Psstt 2: Jangan lupa bawak gebor / baju sejuk sebab kat atas tu memang teramatlah sejuk nya. Kalau kulit korang tebal , setebal kulit kerbau tak payah bawak pon takpe.
Psstt 3: Bagi yang ambil standing pax, try la tidor dalam panggung wayang tu, sumpah selesa! Kalau teringin nak tido atas open deck pon boleh sebab banyak giler kerusi disediakan. Tapi kompom la berembun dan sejuk.
WASSALAM.