Posts

ERL Dan Bas (Putrajaya ke LCCT)

Image
Assalamualaikum... Dikemaskini pada 31 Mei 2013 Masuk bulan lima ni keadaan cuaca jadi semakin tak menentu, panas...hujan...panas. Nak tidur malam pon tak tenang. Maklumlah bagi orang-orang tak berada macam aku ni, yang tak mampu nak beli aircond mesti tak senang nak tidur malam. Terpaksa berlengging kalo nak tidor huhuhu... Sebenarnya aku nak share sikit mengenai satu perkara yang aku baru tau..Haish apa lah aku ni kan..ketinggalan zaman betol. Namanya rajin merayau tapi benda-benda basic percutian pon aku tatau. Haish!!! Ok aku nak cerita cara mudah ke LCCT menaiki ERL dan Bas (ni bagi orang-orang yang tak ada sesiapa nak hantar naik kereta ke LCCT la). Selalu terjadi pada aku, maklumla aku ni rajin le sesangat ke sana ke mari dan kapal terbang jenama Air Asia juga merupakan salah satu pengangkutan yang sering aku gunakan untuk merealisasikan impian percutian aku selain menaiki Al-Faris, kereta aku yang sering bermasalah dalaman tu! CARA JAUH (PUTRAJAYA - KLIA- LC...

Jelajah Singapore : Part 2 (Makan-Makan Sampai Lebam!)

Image
Assalamualaikum!!! Hari kedua di Seberang Tambak rasanya boleh dikatakan sebagai hari makan-makan sedunia kot! Mana taknya, sekejap-sekejap pergi makan, lepas tu jalan-jalan dan sambung lagi makan-makan. Haish rosak diet pemakananku ini...;p Restoran pertama yang kami jejaki adalah Tang Tea House Hong Kong Cafe !!Terletak di Beduk , hanya beberapa minit saja dari Simei . Fuh namanya bukan main panjang, dan menu yang disajikan jugak adalah pelbagai. Tengok sajalah makanan-makanan yang kami pesan di restoran tu, semuanya sangat menyelerakan dan sedap! Harga...hmmmm standard la kalau dah kat Singapore , semuanya kena kali dengan 2.49 . Sila kira sendiri yer. Selepas makan-makan di restoran Tang, Adie membawa kami ke beberapa buah supermarket, sebab aku nak pergi cari memory card untuk Cik Melatie aku yang tak boleh nak guna. Pusing dua -tiga supermarket tak jugak jumpa. Haish pelik jugak yer, walaupun Singapore ! Hahahah. Akibat kegagalan menemui memory card , kami semua ...

Jelajah Singapore : Part 1

Image
Assalamualaikum!!! Minggu lepas merupakan satu minggu yang panjang bagi aku. Kenapakah? Sebab aku bercuti panjang! Yeahhhhh! Walaupun bercuti panjang tapi terasa sangatlah cepat masa itu berlalu. Hasih...dunia..dunia. Sepertimana yang ramai dah tahu, minggu lepas kita menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei. Jadi ramai juga yang dah buat plan nak balik ke kampung la, berkahwin dan sebagainya. Aku pulak, awal-awal dah set dalam diary nak balik kampung sebab sepupu aku nak bertunang. Tapi apakan daya, dikala last minit aku menerima berita sedih. Kawan baik aku, Adie nak migrate ke Utah, USA dan hanya ada minggu ni saja untuk aku berjumpa dengan dia, sebelum dia berlepas ke US. Alamak, kalau nak jumpa di US rasanya bertahun-tahun jugak la aku kena kompol duit. Jadi setelah perbincangan dibuat dengan kengkawan yang lain, akhirnya kami semua bersetuju untuk membuat farewell meeting bersama Adie . Dan pada 28 April 2011 , aku dan dua orang rakan iaitu Boring and Max telah berto...

Bowling Lagi!

Image
Assalamualaikum!!! Dah dekat ujung-ujung bulan empat dah. Sekejap je masa berlalu ye tak? Dan bagi aku, bulan empat ni merupakan bulan super bizi untuk aku dan kengkawan seperjuangan sekalian. Redho dan tabah je la... Dalam banyak-banyak event yang kami handle , satu ni yang aku rasa boleh bagi release tension sikit iaitu Pertandingan Bowling Bahagian tempat aku kerja! Alhamdulillah seronok juga, ini merupakan acara tahunan yang Bahagian aku anjurkan. Sebenarnya dah lama dah plan nak buat acara bowling ni, tapi masa saja asyik tak sesuai. Akhirnya berjaya juga acara ini diadakan. Bertempat di Plaza Metro Point Kajang , kami semua berkumpul seawal jam 9.30 pagi. Persiapan semua dah disiapkan awal-awal oleh urusetia. Kalau tahun-tahun lepas, hadia berupa hamper makanan diberikan, tahun ini kami membuat sedikit pembaharuan dengan memberikan piala-piala kepada pemenang sekalian. Siap ada piala pusingan pulak tu!!! Ok la, aku pun tak mau nak cerita panjang. Acara bowling...

Restoran Tupai-Tupai (KL): Perhimpunan Budak Bulat

Image
Assalamualaikum!!! Alhamdulillah, muncul lagi entr y dalam blog ni. Kali ni aku nak cerita mengenai reunion Geng Ungu , walaupun tak semua yang hadir (separuh saja) tapi cukup untuk melepaskan rindu!~ (ngeee) Semalam, aku, HD dan Kenon telah merancang satu perjumpaan di Restoran Tupai-Tupai di Jalan Petaling, Kuala Lumpur memandangkan dah hampir 3 bulan kot kami tak berjumpa. Lama tu, maklumla banyak rancangan terbengkalai dan tak kurang juga yang terbantut dek kerana macam-macam masalah yang dihadapi. Alhamdulillah perancangan semalam berjalan lancar. Walaupun hujan lebat, gigih aku meredah highway menuju ke Restoran Tupai-Tupai tu. Selama ni asyik lalu lalang je depan restoran tu, tapi hari ni dapat juga singgah dan makan di dalamnya. Apa yang menarik di Tupai-Tupai ni adalah konsep restoran itu sendiri...santai dan tenang. Kami sampai awal, orang pon tak ramai yang datang lagi. Untuk Steamboat Dinner dikenakan bayaran RM 28 seorang . Kira agak berbaloi juga la sebab ...