Posts

Big Bad Wolf Book Sales!

Image
Assalamualaikum!!! Bagi peminat buku, ada berita gembira! Big Bad Wolf Book Sales telah muncul dengan menyajikan jutaan buku-buku pelbagai genre untuk dimiliki oleh pelbagai peringkat usia. Pagi tadi ku berkesempatan mengunjungi pesta buku terbesar didunia itu yang berlangsung di MAEPS, Serdang (Tapak MAHA ). Punya la bersemangat ku datang awal-awal pagi dah tercongok kat parking lot . Tunggu punya tunggu akhirnya pukul 10 pagi baru pintu Hall A tu dibuka. Masa tu pun orang dah ramai yang datang! Syukur Hall A tu besar dan walaupon orang ramai tapi keadaan masih terkawal. Masuk-masuk je aku terus amek kotak yang terletak bersebelahan pintu masuk, dan terus dengan program menuai! Gile bila tengok banyak buku tersusun mengikut kategori! Memang sangat banyak ok! Harga??? Ya ampun sangat murah, dari serendah RM 1 sampaila ke puluh-puluh. Tapi rata-rata buku adalah pada harga RM 8 hingga RM 122. !!! Aku pon apa lagi, penuh sekotak kecik yg aku amek tu! Kebanyakan buku yang aku tuai...

Projek Teater: The Secret Life of Nora

Image
Assalamualaikum!!! Projek Teater (PT) kembali lagi. Kali terakhir aku PT aku adalah pada bulan Julai yang lalu iaitu Teater Mak Dara Nyonya yang berlangsung di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur . Kali ini aku meneruskan saki baki PT dengan sebuah Teater Muzikal yang dikatakan gah milik produksi Infiniti Datin Seri Tiara Jacquelina, The Secret Life of Nora! Mungkin ada dikalangan kita yang pernah menonton Filem "Nora Zain - Agent Wanita 001" yang sangat popular satu ketika dulu sekitar tahun 1965 (filem hitam putih) lakonan Sarimah, Aziz Jaafar, Saadiah dan Nordin Arshad. Kali ini naskah Nora Zain diterjemahkan di dalam bentuk Teater Muzikal dan diberi nafas baru yang lebih segar dengan keunikan latar ceritanya. Bukan secara langsung menceritakan kisah Nora Zain itu sendiri tetapi Teater The Secret Life Of Nora ini merupakan kisah di sebalik kehidupan Agent Nora itu sendiri, di mana sejarah permulaannya sebagai Penyanyi Pentas Kaberet di tipu oleh seoarang pel...

The Lion Story

Image
Assalamualaikum... Lama jugak cari idea nak mulakan cerita baru tapi mood tak datang-datang. Sibuk dengan macam-macam perkara yang bertubi-tubi libatkan aku. Pasrah... Nak layan lagu ni... LAGU TEMAN . I do need one, but as usual, they keep coming and leaving like the air we breathe. One of my fav. song. From Singapore with love~ The Lion Story ft Zahidah Nanti aku cerita kisah membawa diri ke negara orang, sehelai sepinggang. Gigih. PEACE!~ Menulis untuk:

Eksplorasi Stong: FINALE

Image
Assalamualaikum!!! Kembali ke Kota Lumpur ...Sambungan dari SINI. Selepas kejadian Kepala Air semalam, keadaan kembali tenang hari ini. Pagi-pagi seperti biasa kami dapat juga bertenggek di tebing air terjun Jelawang untuk menyaksikan sang mentari menyinsing! Mula-mula tu takut juga nak ke sana selepas melihat sendiri apa yang berlaku semalam. Tapi dengan keyakinan yang tinggi dan bila dah nampak ramai orang yang siap bertenggek sama kat sana akhirnya kami pon gagahkan diri menenggekkan diri di puncak Jelawang . Seperti semalam, keindahan suasana subuh memang tiada tolok bandingnya! Syukur sangat sebab aku berpeluang menyaksikan lagi keindahan alam di atas puncak yang tinggi ini. Terasa tenang bila melihat kepulan awan menutup pemandangan sayup di bawah gunung, seakan-akan lautan kapas yang tiada penghujungnya . Subhanallah. Pagi ini, kami siap bawa dapur dan mee segera untuk bersarapan di atas tebing. Di tambah pula dengan air teh o panas, memang membuka selera! Kami juga...

Eksplorasi Stong Part 6: Air Terjun 7 Tingkat & Kepala Air

Image
Assalamualaikum!!!   Masih berada di Selatan Tanah Air. Adoiiii rindu KL! Sambungan dari SINI . Lepas dah habis menembak-nembak kabus pagi dan bersarapan pagi. Kami pon beramai-ramai menuju ke Kolam Air Terjun Permaisuri untuk mandi pagi. Pagi-pagi tu ramai jugak orang dari kemah lain yang sama-sama mandi, sejuk jangan cakap la, air direct dari puncak gunung la katakan! Tak lama membasuh badan, Che'Mud selaku ketua kumpulan meminta kami semua bersiap sedia, katanya nak naik ke tingkat tujuh air terjun Jelawang! Dekat je katanya, mendaki dalam 15 minit sampai ler. Lepas tu, kami dengan selambanya pon pergilah melenggang dengan pakaian mandi sambil pakai selipar mendaki. Gile betol mendaki macam nak pergi bersiram, siap ikat tuala kat kepala. Rupa-rupanya, pendakian kami memang sangat mencabar! Macam-macam hal berlaku, ada yang jatuh terduduk la (tergelincir), kena memanjat cerun batu ala-ala Cat Woman la, rock climbing guna tali la, dan yang paling tragis, siap ada yan...