Amazing Japan (Part 9): Bon Odori -Its Yukata Time!
Assalammualaikum! Ada la sorang hamba Allah tu, yang ala-ala retis tu suh aku buat entry khas katanya sempena birthday dia! Ishhhh tak koser tau, tepaksa la demi pelaburan masa hadapan. Happy Besday Chawana! Semoga makin kaya dan makin beranak pinak bersama suami tersayang yang taff itu bernama Cawan. [ Sambungan dari Part 8 ] Ok berbalik kepada kisah yang lebih penting! Sepanjang musim panas di Jepun , kebanyakan sekolah kat sini bercuti, ye la macam summer holiday kat negara-negara empat musim yang lain jugak la. Lepas tu apa yang lagi best tu pulak, sana-sini ada je orang berpesta, Pesta Musim Panas katanya. Ye memang banyak pesta musim panas terutamanya di Tokyo sempena summer . Dan memandangkan aku di Japan ni dah hujung-hujung summer , maka diorang sibuk pulak merayakan perayaan 'Selamat Tinggal Summer' yakni perayaan merayakan hari-hari terakhir di musim panas. Wah pepandai je aku intepritasikan perayaan diorang kan walhal (ops terguna ayat sastera) ...