2012-10-10

Amazing Japan (Part 8): TOKYO - Shinjuku, Harajuku And Shibuya

Assalammualaikum!!!


Hari ni secara rasminya aku akan berada di Tokyo dalam tempoh masa yang agak panjang. Tokyo, memang satu bandar yang wajib dikunjungi kalau ke Jepun, rugilah kalau tak singgah menjengah bandaraya metropolitan yang Mega ni kalau ke Jepun! Petang tu, aku dah berjanji dengan seorang teman untuk keluar meneroka beberapa bandar utama di Tokyo. Tokyo yang digelar MegaCity merupakan sebuah bandaraya metropolitan yang sangat luas, bahkan keluasannya adalah lima kali lebih luas daripada Bandaraya Kuala Lumpur! Ha cubalah korang bayangkan. 

InsyaAllah aku akan try gambarkan beberapa tempat menarik yang aku sempat terjah petang tu. Kami bertolak daripada stesen Yoyogi-Uehara yang terletak selang 2 buah station daripada Bandar Harajuku. Tambang tren (JR Line) yang aku naiki adalah 120 Yen dan mengambil masa lebih kurang 7 minit sahaja untuk ke Harajuku. Target petang ni adalah ke tiga buah bandar utama yang popular di Tokyo iaitu Harajuku, Shinjuku dan Shibuya. Ketiga-tiga bandar ini terletak bersebalahan di antara satu sama lain. Daripada bandar Harajuku kami manaiki tren melalui Yamanote Line menuju ke Shinjuku.

NOTA: Bagi aku, untuk berjalan-jalan di Bandar Tokyo, Yamanote Line adalah pilihan yang terbaik! Sebab apa aku kata Yamanote Line terbaik? Sebab line tren ni akan berpusing mengelilingi bandaraya Tokyo dan singgah di beberapa buah bandar utama tumpuan pelancong seperti Shinjuku, Harajuku, Shibuya, Akihabara, dan banyak lagi. Kalaulah dikatakan terlajak station sekalipon, kita masih boleh duduk dalam train sebab linenya bulat dan akan kembali ke station yang kita mula-mula naik tadi. Jadi untuk yang tak banyak masa di Tokyo, buatlah pilihan yang bijak, rancang dulu tempat apa yang korang nak pergi dan pilihlah line tren yang sesuai. InsyaAllah mudah je sebenarnya.
Ok yang ni JR line je tau, ada lagi Subway dan Monorel takde dalam gambar di atas. Bayangkan berapa banyak line kat Tokyo ni??? Tak ke pitam, hahahah. OK YAMANOTE LINE adalah yang aku bulatkan warna MERAH tu. Nampak tak? (KETIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN)

SHINJUKU:

Shinjuku merupakan bandar yang merujuk kepada pusat hiburan terkemuka di Tokyo di samping peranannya sebagai pusat perniagaan dan syurga membeli belah!. Keluar je dari Shinjuku Station, aku terpegun tengok bangunan pencakar langit yang sangat banyak terbentang luas di depan mata. Pusing 360 darjah aku dah nampak shopping complex Uni-qlo dalam 5-6 buah bangunan kat sekeliling. Terus terkagum lagi. Shinjuku Station pulak merupakan sebuah station yang tersibuk didunia! Ha patut la serabut je dalam tu, giler ramai orang, nak jalan pon kena berjengket-jengket macam orang pakai Kimono/Yukata.  Dianggarkan seramai 2 juta penumpang menggunakan Shinjuku Station setiap hari! Pitam lagi. Aku berjalan kaki dari Shinjuku Station menuju ke sebelah barat (west) bandar Shinjuku di mana terletaknya SkyScapers District. Kenapa nama dia SkyScapers District? Di kawasan tersebut terletaknya banyak bangunan pencakar langit, kesemuanya tertumpu di satu kawasan sehingga kita dapat melihat perbezaannya dengan kawasan-kawasan lain dari segi bangunan tinggi dan rendah. (Ala, macam ko duduk kat Puchong, ko boleh nampak sekelompok bangunan pencakar langit kat Kuala Lumpur, ha macam tu la).

Depan Shinjuku Station
Kami berjalan menyusur jalan besar menuju ke sebuah bangunan universiti yang katanya baru dibina dan dibuka kepada umum. Mode Gokuen Cocoon Tower, sebuah bangunan pencakar langi setinggi 204 meter dan berbentuk seperti kepompong! Unik kan. Sebab tu lah ianya dijadikan Art University di Shunjuku yang menempatkan beberapa buah pusat pembelajaran utama iaitu Tokyo Mode Gakuen (fashion vocational school), HAL Tokyo (special technology and design college), and Shuto Iko (medical college). Bangunan ni siap di bina pada tahun 2008 dan merupakan bangunan pendidikan kedua yang tertinggi di dunia! Ha hambek ko, universiti je dah tinggi melangit, patut la katanya menuntut ilmu ke menara gading ye tak?. Aku sempat la ronda-ronda dalam bangunan tu walaupon tak sempat nak naik ke atas, maklumla segan nak naik sebab ramai sangat orang pandai kat situ. (Wajib pergi)

Mode Gakoen Cocoon Tower


Ok dari  Mode Gokuen Cocoon Tower, kami berjalan kaki lagi menyusur jalanraya menuju ke Tokyo Metropolitan Government Building, yang merupakan bangunan yang menempatkan beberapa buah pejabat kerajaan dan pentadbiran Tokyo. terdapat dua buah menara di bangunan ni yang kedua-duanya terdapat menara tinjau (observatories) yang dibuka PERCUMA kepada umum! Ha bangunan ni memang WAJIB pergi sebab korang tak perlu nak naik Tokyo Tower atau Tokyo SkyTree yang mahal tu semata-mata nak tengok pemandangan keseluruhan Megacity Tokyo (Tapi kalau korang KAYA, pegi je la naik menara-menara berbayar tu). Masa ni kami pergi ke North Tower sebab nak naik ke South Tower kena beratur panjang giler! Sebab apa orang ramai naik ke SouthTower? Sebab dari South Tower katanya boleh nampak Gunung Fuji! Tak apalah, sebab ramai sangat orang beratur so aku pasrah je naik North Tower. Setiap tower dilengkapi dengan cafe dan observatories area. Di atas tu jugak ada kedai cenderamata, tapi paham-paham je la harga kalau dah kat atas kayangan ni, kompom mahal, aku beli jugak la Fridge Magnet untuk koleksi diri sendiri, nak bagi kat orang mintak maap la. Hehehh harga seketul FM dianggarkan lebih kuran 600 yen (RM 24) aku beli 3! HAHAHA. Apa yang menariknya dari atas menara tinjau ni, kita boleh lihat kat mana letaknya bandar Harajuku, Shibuya dan beberapa lokasi pelancongan yang popular sekitar Tokyo. Untuk maklumat lanjut boleh rujuq SINI .

Tokyo Metropolitan Government Building

NOTA: Waktu operasi adalah seperti berikut:-

North Observatory : 9.30am  to 23.00 pm
South Observatory : 9.30am to 17.30pm (until 23.00 am when North Observatory is closed)
Admission end 30 minutes befor closing time.

Tutup:
North Observatory : 2nd and 4th Monday of each month (next day if national holiday)
South Observatory : 1st and 3rd Tuesday of each month (next day if national day)
Both observatories : December 29 to January 3rd (except January 1)

Admission : FREE




Di sebelah bawah (ground floor) pulak ada beberapa ruangan pameran yang menunjukkan trademark setiap bandar utama di Japan, bagus juga kawasan pameran tu sebab ada diletakkan hasil pegeluaran tempatan bagi setiap daerah di Jepun, secara tak langsung kita boleh tahu bandar ni popular dengan apa, makanan apa yang dihasilkan, tempat shopping ke, atau sebagainya. (Wajib Pergi)

Hasil keluaran Wilayah Fukushima, Yamagata, Miyagi, Iwate dan Aomori
Hasil keluaran Wilayah Fukui, Ishikawa dan Toyama.
Hasil keluaran Ryogoku
Hasil keluaran Akihabara
Macam Empire State Building , USA kan?
Sekitar Shinjuku Station

Dari Tokyo Metropolitan Government Building, kami berjalan kaki menuju ke Harajuku. Fuh jauh jugak sebenarnya tapi sebab dah melalui kawasan-kawasan ceruk dan beberapa laluan pintas , maka kejauhan tu tak berapa terasa. Kami melalui sebuah kawasan yang dipanggil Cat Walk, di mana terletaknya banyak kedai bundle di situ. Majoriti kedai pakaian la sepanjang laluan tersebut. 

HARAJUKU:

Harajuku pula merupakan bandar di mana letaknya Meiji Shrine (Tample) yang popular. Sayangnya masa kami sampai tu, Meiji Shrine dah tutup! Shuttttt. Terpaksa tengok dan intai-intai dari luar je. Takpe, masih ada masa nak masuk Meiji Shrine. Kalau nak tau, kat Harajuku ni jugakla tempat budak-budak Tokyo pakai pakaian yang pelik-pelik! Sungguh, memang ada, walaupon cuca panas nak mampos, tapi gigh diorang tu pakai baju pelbagai rupa semata-mata nak tarik perhatian orang ramai. Kata kawan aku, diorang memang sanggup berabis duit beli baju pelik-pelik tu hanya semata-mata nak melepak kat situ. Haish pelik sungguh. Harajuku juga dikenali sebagai pusat fesyen dunia! Tak hairan la memang banyak yang pakai baju pelik-pelik kat situ.

Pemuzik jalanan berpakaian HANTU JEPUN Hhahaaa

Di samping itu juga (wah skema giler ayat aku), Harajuku jugak tempat dimana terdapat banyak Gedung Fesyen terkemuka seperti LV, dan yang sewaktu dengannya. Aku sempat jugak masuk ke Omotesando Hills, yang merupakan sebuah shopping complex sedalam 6 tingkat ke bawah tanah! Menurut sejarah, dulu kawasan tu kawasan perumahan, tapi diubah jadi kawasan membeli belah, dan Omotesando Hills tu dibina sebegitu rupa sebab nak bagi sama level tingginya dengan bangunan rumah asal di situ. Sayang dalam tu tak boleh ambik gambar kalau tak kena saman! Hahaha.

Dari Omotesando, kami berjalan melalui Takeshita Dori, sebuah lagi laluan di mana terletaknya pelbagai jenis gedung pakaian murah sepanjang 400 meter. Kalau nak makan, kat area Omotesando ni ada satu gerai kebab orang Turkey, sedap jugak la. Aku sempat beli untuk dinner dengan harga 600 yen + setin Coke. Kami lepak kat Takeshita Dori sambil makan kebab. Duduk tepi-tepi kakilima je sebab nak duduk dalam kedai tak mampu hahaha.

Kebab Turkey
Sedap juga....
Takeshita Dori
Omotesando Hills

SHIBUYA:

Ok dah habis melepak dan makan kebab kat Harajuku, kami meneruskan perjalanan ke Shibuya. Shibuya juga merupakan satu bandar membeli-belah terkemuka di Tokyo. Rasanya satu dunia tau kot Shibuya ni macamana, sebab kebanyakan filem-filem Hollywood pon menjadikan Shibuya sebagai lokasi penggambaran diorang. Penat menag tak boleh cakap la, bukan main jauh kami menapak kan, tapi seronok sebab pemandangan yang dijanjikan sangat meng-inzal-kan.  (Wah aku dah pandai guna perkataan Inzal!) 

Antara yang popular di Shibuya adalah Shibuya Crossing yang merupakan lintasan belang paling sibuk di dunia! Ha hambek la, semua ko nak jadi yang paling sibuk kan!. Tapi memang sumpah, ramai giler manusia seberrang jalan kat situ! Macam la takde tempat lain ko nak seberang kan. Menurut sumebr lagi, kalau nak ambik gambar orang melintas kat situ, paling ideal kena ambik dari Starbucks Cafe kat tepi jalan tu. So kami pon gigih la masuk Starbuck tu walau tak mampu nak beli walau secawan air, terus naik tingkat dua dan lepak kat tepi tingkap. Keadaan dalam tu memang sesak la, tapi buat muka tak malu je la selit-selit tepi orang sambil ambik gambar! Hampeh, bukan lawa sangat pon gambar yang aku hambek, tapi puas la sebab aku dah been there done that! .

Shibuya Crossing
Ya Ampunnnnnnnn ramainya manusia! Hahahaaa
View dari Starbucks Cafe
Nak jugak merasa lalu atas crossing ni hahahaa

Dari situ kami lalu cuci-cuci mata kat kedai-kedai sepanjang jalan. Orang memang ramai giler tak boleh nak digambarkan macamana. Lebih kurang macam, perhimpunan hari Merdeka kat Dataran Merdeka la ramainya. (errr relevan tak contoh yang aku bagi ni?) 

Ok nak dijadikan cerita, tetiba ada la sorang hamba Allah tu nak belanja makan malam pulak! Syukur sangat walau pun tengah kenyang, tapi disebabkan ada orang nak belanja makan, maka kugagahkan jugak la. Jalan kaki pergi kat restoran apa tah namanya, tapi restoran tu jual makanan berasaskan tauhu dan kekacang je. Sumpah sedap walau aku tak tahu apa yang di makan. Jauh lagi sedap dari makanan yang aku makan kat Kitakyushu haritu hehehe. Alhamdulillah... 




Dah habis makan, kami berjalan kaki lagi menuju ke Shinjuku Station untuk balik semula ke hostel. Haduih penat memang tak boleh nak cakap la, longgar-longgar dah lutut aku. Alhamdulillah, aku sampai hostel dalam jam 10.00 malam. Bayangkan berapa jam aku keluar jalan kaki tak berhenti petang tu, tapi puas (kurusnya tak jugak!).

Ok lah banyak lagi nak sembang ni, tunggu la sambungannya ye. 

Me and my friend! :)
WASSALAM.

31 comments:

  1. Rasanya masa melintas kat Shibuya crossing tu kenderaan dari semua arah akan berhenti serentak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mie:

      Yup kenderaan semua berenti derentak... Org crossing pon serentak.

      Delete
  2. "Di samping itu juga?"...ayat skema sungguh

    university dah macam bangunan opis? amat mencakar langit

    langit biru (untungla gi jepun time langit biru)

    (masih menantikan magic bucket..tak mau dari MPPJ/MBSA nyer jenis..)

    ramainyer manusia .....lintas jalan terus tak nampak warna jalan ..hehe


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak koko:

      Ye memang Di samping itu . Lalalala kekekee.
      Saya amat bersukur dek kerna waktu itu cuacanya bagus banget!

      Ha memag universiti tu unik tau, macam kepopmpong gitew.

      Magic buket? Sila tempah dengan encik takamura. Kekekeke.

      Begitu ramai manusia macam ulat taik!



      Delete
  3. aku suka gambo shibuya crossing tu...kebanyakkan J-drama ada adengan kat situ haha

    shinjuku station tu penah masuk dalam discovery or Nat Geo.

    Jeles 2.0

    aku tgk entry ni macam tengok website shootokyo.com versi melayu :-)

    ReplyDelete
  4. Yesssss..naik jugak ko kt starbuck tu kan? hehehe bagus2, dapat tgk shibuya crossing tu dr arah tinggi sket, baru la nampak berduyun2 huhuhuu..

    Menarik la trademark tuk setiap city tu, ingatkan FM tadik..hehhe

    ReplyDelete
  5. ni yg buat semangat berkobar2 nak jugak sampai ke tokyo nih...wajib kumpul duit dari skang!!hihi

    ReplyDelete
  6. na, kalo FM, aku marah dah tak dpt! hahahaha!

    ha bagus, naik stabak :D best kan shibuya? nawaitu aku nak baring tengah2, takut kena halau plak!

    ReplyDelete
  7. kawan ko takde gigi ke?

    WAHHHHH HEBATNYAAAAAAAAAA....ramainya orang crossing. kekekeke...

    aku kalau dok memikir pasal Jepun ni habis tercabut sume bulu roma aku sebab bleh muflis tau..muflisss

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Org Jepun suka pakai gila-gila kan dengan rambut trojannya...datang Malaysiapun pakai-pakai macam tu jugak.

    Ada tak jumpa yg pakai cosplay?

    Bangunan Uni kedua tertinggi di dunia? Crossing tersibuk di dunia? Semua yang ter...ter.. #1 ada kat sini...bestnya...

    Tahap pencemaran udaranya macam mana?

    Agak2 Janggel jalan kaki berapa km hari tu?

    ReplyDelete
  9. ahkak telah kembaliii...! cis! xdek masuk dlm list pengome tegar, pembaca senyap tegar ade tak??? walaupon aku dh ade unifi tp masih dok xnyempat nk ngomen.. 'kawan ko xdek gigi?' ape jenis komen si fatt nih??? hahaha

    ReplyDelete
  10. Dzuchan:

    Yup Shibuya crossing tu memag fames. Aku pon suka tengok..kalau lepak lama2 kat situ pon best sebab boleh tengok pelbagai karektor manusia. :)

    ReplyDelete
  11. BlueEwoke:

    Haah aku ikut nasihat ko la ni hahahaha.

    Kan, aku pon suka trademark tu semua, kalau depa buat FM lagi bagus kan.

    ReplyDelete
  12. Cik Lala:

    Sila sila... berbaloi pergi.

    ReplyDelete
  13. Biqque:

    HAhahahah kalau aku pon nak FM camtu!

    Hahaha aku pon ingat nak buat fotocelen kat situ tapi tak kesampaian, takut kena kerumun hehehe

    ReplyDelete
  14. Fatt:

    HAHAHAH ada la gigi! tu foto efek je kot?
    Huntungla kan dah dapat VISA. so apa lagi, aturla perjalanan anda dengan betol!

    ReplyDelete
  15. Kak NA:

    Yup memang diorang fashionable kan.. saya pon suka.
    Cosplay tu menatang apa kak? maap le saya ni naif sket hehhee.

    Yer, banyak yang ter di dunia kat Jepun. Kagum dengan semnagat diorang. Kita pon boleh!

    Satu yg saya suka, diorang takde JEREBU! Udara sangat berrsih dan segar.

    Saya rasa saya jalan dah dekat 10 km kot.

    ReplyDelete
  16. Ely:

    Aku merindui komen2mu yang sengal macam dulu....

    Fatt sengalll hahhahaa.

    ReplyDelete
  17. kotak2 nye bangunan tue..

    tetibe teringat cerita otoman, yg selambe jea rakrasa godon bantai bangunan2 yg ade kat situ.

    ReplyDelete
  18. WOW 10KM!!!!! Jauhnya jalan. Kalau saya dah lama tumbang....

    Jalan jauh-jauh macam tu dengan udara bersih tak tercemar, tentu seronok, nikmat... :D

    Cosplay tu ialah costume & makeup yang dipakai utk imitate karakter anime, mangga, macam Final Fantasy, Naruto, dll. Dema tiru sebijik macam character tu. Ada jumpa tak?

    ReplyDelete
  19. x sakit kaki ke jalan dari pagi sampai malm tuh..? kalau tengok kat map metro tu, rasa mcm nak pening dh... tp since u kata x susah, so... ada harapanlah kot nak jalan2 DIY kalau ada rezeki ke sana (which i don't really know when...;) )

    p/s: sungguh mencabar word verif mu...

    ReplyDelete
  20. MasZuber:

    Kan, memang macam dalam Ultramen punya citer kekekee.

    ReplyDelete
  21. Naramas Aman:

    Tu anggaran je tapi memang betul rasanya sebab lemah dah kaki nak bejalan masa tu kekee. Ya betul sebab tak banyak debu dan banyak pemandangan menarik disajikan sepanjang jalan, so tak terasa sangat la.

    OOO banyak sangat yang pakai macam tu cuma tak dapat nak amek gambar masa ni sebab dah malam. Maklumla skill amek gambo waktu malam belom belajar kekeke.

    ReplyDelete
  22. Farikica:

    Kompom sakit kaki. lenguh2 badan semua la. Map metro memang pening. Kena hadap satu hari kaji betul2 baru boleh. Kekeke.

    Ye ke hahaha, mencabar la sangat kan. Ok cubajaya.

    ReplyDelete
  23. bro, link untuk baca entry sebelum nie x leh bukak

    ReplyDelete
  24. Mcm kenal..... Dok mencari info pasal jepun..... Dah habis baca (menarik sgt) tup2 tgk gambaq.. Laaaaaaaaa.......

    ReplyDelete
  25. Macam kenaiiiiiii..... Dok cari info pasai jepun.... Baca punya baca (serius menarik) tup2 tgk gambaq, laaaaaaaaa dia ni.....

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS