2012-10-01

Open House Belated Raya dan Birthday Party Di Villa Keluarga Bahagia

Assalammualaikum!

Eh ni bukan update pasal Jejak Jepun - Janggel (ala-ala Jejak Jepun - Zizan kat ASTRO Ria tu kan kekeke), tapi ni pasal Open House Belated Raya oleh Ely Hasrul si pemilik blog INI. Nak dijadikan cerita, hari Sabtu hari tu, Ely telah mengadakan majelis Open House Belated Raya di rumah beliau, merangkap majelis sambutan Hari Jadi buat blogger tersohor dikalangan #Travelholicawesome iaitu Puan Biqque dan Encik Shahrul. Tetibe, atas kek tu ada jugak nama aku, katanya sempena meraikan kepulangan aku ke tanah air juga! Hahaha drama sungguh mereka-mereka ini kan! (termasuk aku juga). 

Jadi lepas magrib je kami pon sampai la sehelai demi sehelai sorang demi seorang ke Villa Keluarga Bahagia.  Sebenarnya majelis kat rumah Ely ni dah berlangsung sejak tengahari lagi sebab beliau mengadakan jualan gudang belakang rumah katanya, tapi majelis untuk #Travelholicawesome diadakan sebelah malam untuk mendapatkan lebih privacy dan lebih masa mengumpat  bertukar-tukar pendapat katanya. Di samping untuk merapatkan silaturrahim bersama kami semua. Ye kami memang selalu berjumpa sebab bagi kami kalau berjumpa face to face baru la meriah, tak semeriah kalau dok bersembang kat alam maya je. Lagipon kami dah macam satu keluarga yang besar, susah senang bersama katanya.

Tu dia Chawana sedang mentacap kek sekeret recipe nya sebelum kemunculan Biqque dan Shahrul

Kemuncak majelis adalah dengan ketibaan yang diraikan iaitu Puan Biqque dan suami yang tatkala membuka pintu Villa Keluarga Bahagia je disambut dengan nyanyian lagu 'Selamat Hari Jadi' sambil Chawanna memegang kek buatannya sendiri yang dikatakan sangat moist dan sedap (korang boleh order kat dia kek-kek berperisa lazat dan tempahan hendaklah dibuat seminggu awal bagi membolehkan dia mengkaji resepi di internet dan sebagainya).

Apa lagi, masuk-masuk aje Puan Biqque dan Encik Shahrul dah tersengih-sengih dan membuat muka terkesima melihat sambutan yang sangat mengejutkan itu. Alhamdulillah majelis berjalan dengan lancar dan sempurna walaupun tiga tunggak utama #travelholicawesome yakni Mr. Presiden (John), MasMZ (KakiJalan) dan Lily (Globetrotter) tak dapat hadir kerna memasing berada di luar kawasan dan Negara. Apa-apa pun sambutan tetap meriah. Yang lain semua datang (Kak Coco, Chawana, Maszuber, DanArif, Fatt, Byya)

Muka terkejut Biqque tatkala melangkah kaki ke dalam Villa Keluarga Bahagia (kualiti gambar kurang memuaskan sebab tengah teruja dan terkinja-kinja)

Terima kasih kepada pihak penganjur dan para sponsors yang sudi merialisasikan majelis tersebut sehingga nyaris-nyaris berlaku sesi overnight di Villa Keluarga Bahagia walau hanya Tansree Coco je yang overnight kat sana. (Nasib baik kisah di rumah Puan Biqque - Palmiera Cacatoos tak berulang). Alhamdulillah juga makanan semuanya lazat-lazat belaka.

Kelihatan tuan rumah dilindungi pekakas atas kek. 

Thanks guys!

WASSALAM.

16 comments:

  1. yeayyyy! best kan ada org celebrate bday/kepulangan kita :D

    ReplyDelete
  2. selamat polang janggel & hepi besday biqque...kek na makin improve...sedap!

    ReplyDelete
  3. 4th to comment
    yeayy
    best woo
    dodok rumah itu

    esok sarapan disediakan oleh en hasrul sendiri..ok? korang ade?

    hehe

    ReplyDelete
  4. Sukaaaaaaaaaaa


    Today's papi birthday, later nak hidangg balance cake hahahahahaha

    Next time dtg lagi Penuhkn pantry yeeeeee hihihihiji

    ReplyDelete
  5. wow! awesome kek! depan2 terus muka chef tersohor negara gitew~ kekeke.

    august babies takde ke??? #sentap kbai. hahah

    ReplyDelete
  6. Hamboi ko John, perli muka chef tersohor negara!! HAHAHAHH aku rasa nk belasah ko skrg jugak!! ^&*(&^%$^&*

    Hahaha kek improve, tp toppingnye jadi lain plak, semua aku salahkan respi, nyaris baling ke dinding berkecai, kalau tak sah2 la kena p buat gigi kt doctor gigi kt Indon tu..opssssssss

    Birthday aku october ni, kome jgn buat2 lupe, surprise party kt mana2 pn aku tak kisah, jom redbox? kekekeke

    ReplyDelete
  7. Na,

    jomm redboxxxx

    janggel,

    amboi sungguh pantas kluar entry ini!!

    ReplyDelete
  8. Wah Chawanna pandai buat kek rupanya.

    Semoga kau orang happy dan persahabatan berpanjangan.

    ReplyDelete
  9. Fatt:

    Thanks Fatt! Terbaik kan kek Na....kekeke

    ReplyDelete
  10. kak Tansree:

    Untungla dilayan bagaikan Tansree....

    ReplyDelete
  11. Ely:

    Happy Birthday papi!

    Gitew kan!!!

    ReplyDelete
  12. John:

    Kek tu hebat ok! Ada Globe di atasnya

    ReplyDelete
  13. BlueEwoke:

    Hahahha muka chef tersohor sangat!

    Oktober? terpaksa selebrate kat Hotel di tengah KL.

    ReplyDelete
  14. Naramas Aman:

    Kak, dia memang chef dikalangan kami semua kekekekee.
    Thanks kak

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!