2012-10-13

Amazing Japan (Part 9): Bon Odori -Its Yukata Time!

Assalammualaikum!

Ada la sorang hamba Allah tu, yang ala-ala retis tu suh aku buat entry khas katanya sempena birthday dia! Ishhhh tak koser tau, tepaksa la demi pelaburan masa hadapan. Happy Besday Chawana! Semoga makin kaya dan makin beranak pinak bersama suami tersayang yang taff itu bernama Cawan.
Ok berbalik kepada kisah yang lebih penting! Sepanjang musim panas di Jepun, kebanyakan sekolah kat sini bercuti, ye la macam summer holiday kat negara-negara empat musim yang lain jugak la. Lepas tu apa yang lagi best tu pulak, sana-sini ada je orang berpesta, Pesta Musim Panas katanya. Ye memang banyak pesta musim panas terutamanya di Tokyo sempena summer. Dan memandangkan aku di Japan ni dah hujung-hujung summer, maka diorang sibuk pulak merayakan perayaan 'Selamat Tinggal Summer' yakni perayaan merayakan hari-hari terakhir di musim panas. Wah pepandai je aku intepritasikan perayaan diorang kan walhal (ops terguna ayat sastera) aku tatau apa nama sebenar perayaan tu. 

Salah satu perayaan yang aku sempat hadiri / turut serta kali ini semasa di Tokyo adalah 'Bon Odori' perayaan tradisional yang sebenarnya untuk merayakan kedatangan roh-roh terdahulu yang telah meninggal dunia yang disambut menggunakan pelbagai muzik yang berbeza untuk setiap daerah/tempat. Tapi pada masa kini, kebanyakannya hanya dilakukan sebagai salah satu budaya untuk mengekalkan adat resam masyarakat Jepun. 

Tak sangka sebenarnya aku dapat join benda alah ni. Pada awalnya saja-saja je menyebok kat kaunter hotel tengok-tengok kalau la ada aktiviti menarik boleh join hujung minggu kan. Kebetulan pulak tinggal 3 saja tempat kosong untuk participate dalam majelis tu. Aku dengan kengkawan pon apa lagi, terus register nama la. Sebenarnya teringin nak pakai Yukata je, takde la teringin sangat nak join menari-nari bagai.

NOTA: Yukata merupakan baju seakan-akan Kimono yang dipakai ketika musim panas. Manakala Kimono pula dipakai kebanyakannya pada musim sejuk kerana ia lebih tebal dan berlapis-lapis.

Tiba hari yang dijanjikan, kami bertiga pon pergi lah ke tempat majelis diadakan, di Tokyo International Centre. Fuh ramai jugak orang yang datang, tetibe rasa malu pulak kekeke. Tapi bile pikir-pikir, diorang bukannya kenal kami pon kan, terus semangat je pegi register kehadiran dan diorang suruh pegi pilih Yukata. Ha tang ni la yang paling best, boleh pilih-pilih corak yang kita suka. Haish tapi sayang pulak sebab Yukata lelaki tu tak banyak corak cantek macam yang pompuan punya. #dengki.

Jom pilih-pilih Yukata dulu...
Ada pelbagai pilihan.

Selepas tu kami disuruh tunggu giliran untuk pakai, sebab masa tu tengah ramai orang. Ada sekumpulan makcik-makcik tua yang akan tolong kami pakai Yukata, termasuklah ikatkan tali kat perut tu hehehe. Tiba tang aku, sampai empat orang makcik datang tolong, sambil sembang-sembang bahasa diorang. Aku hait-hait kan aje sebab tak paham, lepas tu makcik-makcik tu tunjuk tanda bagus dengan tangan. Beria diorang pilih cara mengikat tali perut tu, macam-macam pesen, kekeke. Ke sebab perut aku besar sangat sampai susah nak ikat??? Goshhh tak mungkin sebab tali tu panjang giler hahaha. Lepas tu makcik-makcik tu pun suruh aku pusing-pusing (posing la konon) dan diorang tepuk tangan. Giler ar malu aku tau!

Proses disiapkan oleh makcik-makcik.
Sementara tunggu semua orang siap, boleh lawat tempat makci-makcik ni main permainan tradisional. All of them are volunteer ok.

Bile semua orang dah siap pakai Yukata memasing, makan majelis pon bermula. Ada yang tak dapat pakai Yukata, sebab tak register maka terpaksa tengok je la dari tepi. Persembahan dimulakan oleh makcik-makcik yang tolong aku pakai baju tadi. Mereka buat bulatan, lepas tu  mula la buat tarian lemah gemalai diiringi muzik dan nyanyian klasik. Fuh teruja pulak nak join, maka barulah kami semua yang berpakaian Yukata join buat bulatan dan menari sama. Tariannya simple dan ulang banyak kali sampaila muzik habis. Hehehe.

Ok dah siap, jom berjoget! ewahhhhh!
Three , four, Negeri Pahang...aman sentosa... kaya dengan tumbuh...tumbuhan ewah!!!

Pengalaman join Bon Odori ni sangat best, kalau tak silap aku kat Malaysia pon tiap-tiap tahun ada buat sambutan ni jugak. Penganjuran oleh persatuan komuniti Jepun di Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia. Ok jom layan video dan beberapa keping gambar yang tak sensored ok!

Comel kan auntie-auntie ni! hehehe . Masa ni belom siap pakai Yukata lagi.


HA cer tengok VIDEO ni! RARE tau, mana nak dapat aku menari camtu kekekeke. Nampak tak? Nampak???

Pssttt: Sebenarnya tersilap buat entry! Entry ni terlangkau beberapa entry sebelumnya. Kekeke layan je la ye.

 WASSALAM.



14 comments:

  1. hahaha...motif salah buat entry? wahh! chawanna demand entry khas? harus mintak royalti nih! haha

    brape ramai yg join majlis tari menari nih? mcm sume yg tua2 je? muda remaja lepak kat cc gamaknya.

    ReplyDelete
  2. Yang join pakai Yukata dia buka untu 30 orang je. Fist come first serve katanya.

    memang banyak yg tua2, tapi pompuan yg muda2 ramai gak join. Yang lain maybe tengah bergelimpang dengan dosa di Kotaraya TOKYO kot.

    ReplyDelete
  3. motif sgt ko sibuk nk sambut bon odori yg meraikan roh2 org mati dari meraikan birthday AKU!!! huhhhhh

    Ok lain dr yg lain ni..cam takde org buat lagi nari2 pakai yukata ni..sukak!!

    ReplyDelete
  4. bila laaaa boleh sampai jepun ni.. teringin jugak.. hehe..

    ReplyDelete
  5. haittt...haittt haittt...haiddd! opps! hahah

    ReplyDelete
  6. Terbaik dari Jepun!

    Senyum-senyum saya membaca entri ni.

    Tapi sy tak cam Janggel di dlm video tu, yg mana satu ek? Rabun dah mata ni he he

    ReplyDelete
  7. BlueEwoke:

    Hahahah haruslaaaaa meraikan roh org mati lagi happening! wakakakakaka..

    Ye rasanya takde pulak aku tgok org gi jepun nari2 bon odori ni kekekee.

    ReplyDelete
  8. Farikica:

    Arigatoegozaimasu!!! Haitt haittt *ada bunyik Jepung tak?*

    ReplyDelete
  9. Hazwan samian:

    InsyaAllah sampai le tu nanti... :)

    ReplyDelete
  10. Naramas Aman:

    Terima kasih kak. Tak sangka plak entry ni boleh buat org senyum sensorang kekekeke.

    Saya ada dalam video tu, halusss je kat hujung.. sensored . segan nak tayang depan-depan kekekekek.

    ReplyDelete
  11. ahaha...diorang suruh pusing-pusing and pastu tepuk tangan, kelakar giler...

    ReplyDelete
  12. Orga:

    Hahahaha memang kelakar pon. :p

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS