2012-10-23

Amazing Japan (Part 11): Tokyo - Omotesando And Asakusa (Sensoji Temple)

Assalammualaikum!


Omotesando

Setelah puas berjalan-jalan di bawah terik mentari di dalam Meiji Shrine, kami pun keluar untuk meneruskan program ronda-ronda hari itu. Maklumla hujung minggu, memang kami banyak masa free dan banyak activiti perayauan boleh dilakukan (Haish.. jadi perosak bahasa pulak). Kami berjalan menuju ke kawasan Omotesando, kawasan yang aku pernah ceritakan sebelum ini.
NOTA: Omotesando merupakan sebuah kawasan di mana terletaknya kedai-kedai berkasta tinggi terutamanya butik pakaian, dan cafe di sepanjang jalan sejauh 1 km. Kat sini keadaannya lebih kurang sama macam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur .
Manusia bukan main ramai masa tu sebab jalan utama di Omotesando tu ditutup untuk tujuan perarakan Dance Festival! Jadi ramailah orang duduk menunggu kat kiri kanan jalan dan perarakan peserta Dance Festival memenuhi ruangan di tengah-tengah jalan. Rasa bertuah sangat sebab berpeluang menyaksikan perayaan ini di depan mata sendiri. Susah la kot kalau sesaja nak pegi Jepun untuk tengok benda ni. Rezeki namanya tu.

Kami meneruskan perjalanan di sepanjang kaki lima jalan dan singgah untuk makan di Mc Donald. Itu je pilihan yang ada ketika itu, sebab susah jugak nak cari kedai makanan Halal kat tengah orang ramai pada ketika itu. Apa yang mengkagumkan aku, sistem pengagihan sisa makanan dibuat sejak dari sumber lagi! Sebagai contoh, kalau korang dah habis minum kat Mc Donald tu, bekas minuman dan penutupnya hendaklah dipisahkan dan dibuang di dalam 2 bekas yang berbeza kerana penutup adalah plastik, dan bekasnya adalah kertas. Sebelum tu, ais batu yang tinggal / lebihan air minuman yang tak habis diminum pula di buang di satu bekas lain pula, dan straw juga dibuang di tempat yang berbeza. Ha hambek ko, semuanya di sort sebelum sampai ke tapak pelupusan sampah. Kalau kat Malaysia, korang tinggalkan aje atas meja kan? Itu pon belum tentu pekerja Mc Donald tu buat sorting kan???? Ye aku pun tak buat macam tu kat Malaysia ni sebab kemudahan bekas sorting tu tak disediakan. kekeke. Bagus kan? Dari situ sisa domestik dapat dikurangkan dan memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah.

Takesihta Dori (Takeshita Street)

Selepas makan tengahari, yakni aku hanya makan dua biji pai apple (sebab aku tak suka makan fillet ikan), kami meneruskan perjalanan melalui Takesihta Dori (Takeshita Street) yang merupakan pusat setempat atau focal point bagi pusat fesyen remaja di Tokyo. Kalau dilihat di situ, terdapat deretan butik-butik pakaian yang khusus untuk golongan muda belia dan harganya berpatutan jugak la (kalau dikira dalam yen) dan ada juga butik-butik bundle (barangan/pakaian terpakai) di situ. Memang menarik, tapi aku takde la nak shopping pakaian masa tu sebab macam tak sheshuai je dengan situasi di Malaysia

NOTA: Takesihta Dori (Takeshita Street) ni merupakan satu lorong kecil di belakang-belakang bangunan tetapi keadaannya sangat kemas dan dipenuhi dengan deretan kedai-kedai / butik-butik pakaian untuk golongan muda remaja. Ia dikatakan simbol kelahiran fesyen dengan trend terkini di Jepun.Laluan atau lorong di Takesihta Dori (Takeshita Street) adalah sepanjang 400 meter sahaja.
Bukan main ramailah manusia masa tu, dan keadaan cuaca pon panas hazab, maka terpaksa la kami singkatkan perjalanan menuju ke destinasi lain pulak. Memang tak ada shopping apa pun kat Harajuku ni, sebab masing-masing berpinar bijik mata tengok harga. Mahal jugak le, maklumla kami  ni misekin.

Takeshita Street. Tengok la bangunan di kiri dan kanan jalan yang unik ... Actually tu semua adalah butik pakaian.
Kat sini tak berapa sesak sebab mungkin barang-barangnya agak mahal dan mungkin juga sebab bundle.
Ha kat sini dah start ramai manusia... giler  betol!
Macam-macam gaya diorang ni.
Tengok la manusia kat belakang tu!!! Dah macam ulat TAIK!

Asakusa

Yes, destinasi kami berikutnya! Setelah diracuni fikiranku oleh seorang peminat tegar Negara Jepun di opis, katanya pergilah ke Asakusa kalau nak shopping maut. Kat situ souvenir semua murah-murah nak mampos! Maka aku pon mengajak semua rombongan cik kiah tu menuju ke Asakusa, dengan harapan nak menghabiskan duit beribu-ribu yen di dalam tangan. Kami menaiki semula tran di Harajuku Station (dekat je dari Takesihta Dori (Takeshita Street) tu seberang jalan je menuju ke Asakusa Station. Tak de la jauh sangat cuma melangkau beberapa station je, tambang / harga tiket aku dah lupe. Mungkin dalam 300 yen kot? Aku dah lupa.

NOTA: Asakusa ni merupakan salah satu daerah di Tokyo yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisionalnya seperti bangunan-bangunan lama dan juga kepopularan si penarik beca beroda 3! Tarikan utama di Asakusa adalah Sensoji Tample yakni sebuah kuil Buddha yang terletak di tengah-tengah bandar Asakusa.
Kami tiba di stesen Asakusa dah dekat pukul 2 petang. Keluar dari stesen Asakusa, menghala sebelah kanan maka nampaklah kawasan Sensoji Temple yang besar dan penuh dengan kedai-kedai cenderemata di hadapannya! Ya Allah, aku dengan Kak Mah dah berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum! Tak sabar nak shopping katanya, ye la dah duduk Jepun 2 minggu baru hari ni dapat merasa shopping yang sebenar! Bukan apa, sebelum ni jenuh la kami cari souvenir sampai ke Kitakyushu, satu pon susah nak jumpa. Tapi di Asakusa ni memang berlambak-lambak kedai jual souvenir! Korang cakap je la nak apa, FM? Keychain? Baju? semua ada, cuma yang tak ada luggage tag je, jenuh aku cari sebab Byya kirim tapi tak jumpa.

Ada trishaw boleh sewa...sekali naik aku tatau berapa ribu yen, diorang ni kerja penarik trishaw tu.
Malu-malu abe ni kena amek gambo HAHAHAHA.
Ok dah sampai kat gerbang kuil!
Untuk menuju ke dalam Sensoji Temple ni, kami perlu melalui deretan kedai-kedai souvenir tu dulu yang dipanggil Nakamise Shopping Street. Masa ni, aku tahan je napsu nak membeli. Maklumlah, nak pi tengok dulu macamana rupa Sensoji Temple ni. Nak la jugak amek gambo depan bangunan lama tu kan. Kalau tak buat apa pegi situ. Seperti biasa, aku dengan Kak Mah tak masuk pon dalam kuil tu, hanya amik gambar kat luar-luar je. Seperti biasa jugak la, diorang sembahyang, tulis-tulis nama kat kertas dan ikat kat satu sudut. Lepas tu beli ayat-ayat jampi jugak.

Tu dia sederetan kedai untuk shopping!!!!

Ok inilah the main temple
Ramai orang nak semayang kat sini.
Ni kotak tilik naseb.
Nak tilik naseb kena bayar 100 yen dulu.
Lepas tu ambek air sembahyang. 
Lepas tu pi la sembahyang dalam temple tu.
Selesai ambik gambar kat situ, maka sesi shopping menyopping pon bermula. Setiap kedai tanpa missed kami jengah dan bandingkan harga-harga setiap kedai. Satu yang aku nak bagitau kat sini, kedai paling hujung yang berdekatan dengan kuil ni menjual barang paling murah berbanding kedai mula-mula kat pintu gerbang Sensoji ni. So buatlah pilihan yang bijak! Total lost kat sini adalah lebih kurang 30,000 yen. Mampusla sekali shopping! Hahaha sebab kami pikir macam susah je nak jumpa barang-barang kat situ kan, dan tak pasti dapat datang situ lagi ke tak...so pejam mata je la. Hasil tuaian agak memberangsangkan, ala beli untuk keluarga dan kengkawan jugak. Untuk diri sendiri? Lupa nak beli boleh? Terpaksa mengulang lagi jawabnya.
NOTA: Harga putrata sebuah key chain adalah 350 Yen (RM 14), fridge magnet 300 - 600 Yen sebuah (RM 12 - 24). Barang-barang lain pon lebih kurang sama jugak harganya. Dan tak payah la nak cuba tawar menawar, Orang Jepun bukan jenis suka menawar dan korang takkan dapat punya nak diskaun-diskaun. 
Lagi...lagi...lagi!
Macam-macam ada!
Dari Asakusa dah boleh nampak TOKYO SKYTREE!
So lepas habis shopping, kami pon bertolak balik ke hostel. penat bukan kepalang! Dah la jalan kaki jauh pulak tu, tapi pengalaman yang dipungut tiada tolok bandingnya. Syukur diberi kesempatan menikmati semua itu.

Sebahagian hasil tuaian yang dah siap-siap dibalut oleh makcik kedai souvenir tu. Bagitau je la nak balut asing ke atau sekali.  Balutan adalah percuma.


JOM LAYAN VIDEO LAGI! WAH ADA PULAK VIDEO DI SETIAP ENTRY KAN!!!

Ok nanti sambung lagi kisah lain.

WASSALAM.

18 comments:

  1. walaupon kawasan yg bnyk orang ~ tpi aku prasan sgt bersih.. x mcm kt jalan tar kt malaysia ni...ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syakir rahman:

      Ye betol memang kawasan semua bersih.

      Delete
  2. Wah menarik entri ini.

    Yang pasal McDonald tu, mereka agih-agihkan sisa makanan tu dan bekas2 makanan tu, memang baguslah.

    Semasa saya di USA (selama 4.5 tahun), masa tu 199oan, USA telah mengamalkan cara begitu di fast food restaurant. Lepas makan je kita kena buang sendiri & kemas sendiri pinggan mangkuk tu. Tapi bila saya balik Msia, kita makan dan tinggalkan pinggan mangkuk tu kat meja, sy rasa macam cultural shock pula di negara sendiri. Sehingga ke hari ini Malaysia masih tak buat sistem macam tu walaupun dah lebih 20 tahun USA mengamalkan cara begitu.

    Semasa di USA McDee je yg sy boleh makan, sebab restoren halal memang tak ada langsung di kawasan saya tinggal/universiti. Jadi pilihan saya hanya apple pie dan fish filet memanjang, jadi dah naik jelak/muak. Sampai sekarang kalau org offer saya makanan tu saya tolak...sebab sy dah muak. Sy lebih suka masakan Malaysia lg. MCDee tu tak main, kalau makan pun kerana darurat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naramas Aman:

      Ye kak, kebanyakan negara maju semua dah macam tu. Mentaliti lain ...

      Delete
  3. Ramai gile weh org kt tempat shopping tu!!!! nk jalan pun berlaga bontot kekdahnya hahhaha

    weh yg ko beli mcm kain batik tu apa? kimono ke? kt dlm gambar bawah tu hehehe..cer explain..cer cer cer

    ReplyDelete
  4. Bluewok:

    Bukan stakat berlaga bontot, segala2nya berlaga! Lembekkkk je kalau kena.

    Tu cotton jepun, aku beli handkerchif (camtu ke eja ntah).

    ReplyDelete
  5. perghhhh!!! asakusa ni HARUS aku terjah nnt nak pegi mggu depan. #motif baru bagitau kan? kekeke. average harga utk 1 FM brape yg lawa2 kat situ?

    bestnyaaa dorang siap tlg balutkan! takyah balut sendiri kat msia dah!

    ReplyDelete
  6. Danny:

    Silalah pergi ...memang berbaloi.

    Ye memang makcik2 sana suka balut hadiah kekeke

    ReplyDelete
  7. mesti pacik lalu lalang kat situ sambil "ketepi..ketepi..retis malaya nak lalu"

    kakakaka

    ReplyDelete
  8. Hanie:

    Mestila...restis melaya katanya. Pastu sambil nyanyi lagu rasa sayang.

    ReplyDelete
  9. gambo no 3 ngan 5 macam jalan TAR menjelang raya hehehe..dah la summer, berhimpit2 camtu..korang memang gagah :-)

    cam kacak je abe penark trishaw tu haha

    ReplyDelete
  10. macam ni rupanya keadaan Asakusa waktu siang, penuh dengan lautan manusia, pergh...

    ReplyDelete
  11. mana bicboi akak?
    mana??
    manaaaa????
    huh!

    ReplyDelete
  12. Dzuchan:

    Hahaha ye kalau dibandingkan dengan keadaan di Jalan TAR waktu nak raya, maka Jalan TAR lagi menang la dengan kesesakan kekeke.

    Ehemmmm nak kirim salam ke? pi la jepung hahahah

    ReplyDelete
  13. Orga:

    Ye macam ni la.... sentiasa penuh dengan manusia.

    ReplyDelete
  14. Kak Anash:

    Hamboihhh kan saya dah pos haritu? tak sampai ke?????

    ReplyDelete
  15. terima kasih share info...
    bolehlah siap sedia nak shopping souvenir nanti...dah tahu tempat murah..hehe~

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS