Posts

Putrajaya Hot Air Balloon (Part 2):; Glow In The Dark :)

Image
Assalammualaikum!!!  Oleh sebab tengah rajin nak mengetik kibod, akhirnya aku buat keputusan nak apdet pasal Pesta Hot Air Balloon Night Glow hari tu, yang aku sempat terjah bersama dengan Kaki Berangan di Presint 2 Putrajaya. Macam biasa la, acara ni memang tetiap tahun ada, dan memang kalau berkesempatan tetiap hari aku pegi jengah tengok belon-belon yang sedang mengembang tu, sebab aku suka tengok belon-belon tu, sangat comel. Untuk sebelah malam pulak, biasanya memang akan ada Night Glow punya show , kira macam acara kemuncak untuk pesta Hot Air Balloon ni la. Apa yang menarik pasal acara kemuncak ni? Semestinya belon-belon tu semua akan dikompolkan dan akan ada persembahan cahaya dan bunyi. Maksudnya di sini, kesemua hot air balloon tu akan dinyalakan apinya mengikut rentak lagu-lagu yang dipasang. paham tak? Ala susah pulak nak menerangkan kat sini, korang tengok je la video yang aku sempat rakam kat bawah ni, mungkin cukup untuk menggambarkan semuanya. M...

All About Surabaya (East Java): Video Pendek

Image
Assalammualaikum!!! Dah habis aku tulis entry pasal trip ke Jawa Timur tempoh hari, dan seperti yang dijanjikan, ada sedikit video nak tepek kat sini untup tatapan semua (cewah macam la ada orang nak tengok video ko yang tak seberapa pakai kemere murah tu kannnn). Apa-apa pon layan je la ye. Retis-retis utama macam biasala, orang tu dan orang tu jugak. Aku langsung tak masuk frame sebab tak muat aku director nya :) Enjoice!  Aku tak tau le nape gambo retis tu banyak kali keluar, padahal ada retis-retis lain dalam video tu, pandai pulak software ni pilih-pilih part. haish (aku buat video ni auto select je, so apa yang keluar adalah hasil editing automatik video tu sendiri) Pautan kisah-kisah di Jawa Timur di bawah ini: Part 1 - The Journey Begins: From Kuala Lumpur To Surabaya  Part 2 - Air Terjun Madakaripura dan Hotel Bromo Permai, Probolinggo. Part 3 - Sunrise di Penanjakan 1, Mt. Bromo Part 4 - Savanah, Pasir Berbisik dan Kawah Bromo . Part 5...

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 8) : Surabaya

Image
Assalammualaikum!!! [ Sambungan daripada Episode 7: Masjid Muhamad Cheng Ho ] Ok, semalam bile dah sampai je ke Surabaya, kami terus check-in kat sebuah hostel yang bagi aku cukup cozy dan sedap mata memandang. Nama hostel ni adalah Krowi Inn yang terletak di Jl. Ciliwung 66, Surabaya Centre, Surabaya, Indonesia. Sebenarnya aku dah booking siap-siap hostel ni masa di Malaysia lagi, sebab memang dah tahu, penginapan di Surabaya untuk hari pertama dan hari terakhir kena urus sendiri, ia tak termasuk dalam pakej pak Wawan. Harga penginapan untuk satu malam adalah IDR112 500 untuk satu kepala (kira murah jugak la, tak sampai pon RM 70. Dah setel urusan check-in dan mandi manda, kami pon keluar semula untuk cari makan malam. Masa ni urusan kami dengan Pak Hafidz dah habis, duit pon dah di bayar. Maka terpaksalah kami terkontang-kanting sendirian di Surabaya. OMG tinggi giler tau nak manjat katil ni, macam duduk atas almari je rasanya. Ruang tamu yang simple ...

Hot Air Balloon Putrajaya 2013

Image
Assalammualaikum!!! Fuyohhh terkujat tengok pepagi banyak pulak alien serang ruang udara Putrajaya! Pastu nampak pulak monyet gergasi tengah intai-intai celah pokok! Ingatkan dah jadi Planet of The Apes ke apa kat Putrajaya ni rupa-rupanya Pesta Belon Udara Panas Putrajaya dah kembali!!!! Ye acara tahunan di Putrajaya ni memang tak pernah miss, tetiap tahun ada cuma tahun lepas je aku tak sempat pergi sebab masa tu berada di India. Tapi tahun ni, gigih tau pepagi buta, sebelum masuk kerja dah berkampung kat  tapak belon Presint 2, Putrajaya. Dan antara kelainan yang ada tahun ni, banyak jugak belon-belon baru yang join antaranya SMURF , Monyet tu (aku tak tau nak panggil apa), ada monster hijau yang kat kepala dia ada ular dan dinasor tu (jugak aku tak tau nak panggil apa) dan banyak lagi!!! TAPI AWAS! Semua ni hanya boleh di lihat / di tonton sekitar jam 7.00 am hingga 8.00 am dan 5.00 pm hingga 6.00 pm SAHAJA. Waktu-waktu lain, jangan harap le nak ...

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 7) : Masjid Cheng Ho And Surabaya City

Image
Assalammualaikum!!!  Jom baca entry sambil layan lagu Cakra Khan Hahaha #tetibe. [ Sambungan daripada Episode 6: Pendakian Gunung Ijen Tercapai ]  Setelah selesai sarapan pagi di Warung Pak Im yang terletak betul-betul di kaki Gunung Ijen , kami bergerak pulang semula ke Arabica Homestay , seperti biasa perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam dari Kaki Gunung Ijen ke Arabica Homestay . Dalam kereta, memang takda buat benda lain dah melainkan tidor, maklumla dari pukul 12.30 pagi dah celik mata dan mendaki, tenaga pun dah banyak habis, nasib baik tak mengalami sebarang kecederaan, alhamdulillah kami semua selamat panjat dan selamat turun. Kami tiba di Arabica Homestay lebih kurang jam 9 pagi macam tu, sampai-sampai je terus bersiap-siap untuk check out. Masa ni la baru nampak macamana rupanya keadaan kat sekeliling Arabica Homestay tu. Memang cantik tempatnya dan banyak pokok bunga di tanam di sekeliling kawasan. Ada juga penduduk kampung berh...