::Kak Era::Her Wedding Ceremony!!!::

Jumaat (27 Jun 2008) Hujung minggu ni aku pulang ke kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan Kak Era a.k.a Dr. Zuhairah Munir dengan suami tersayangnya Azrul. Aku bergerak pulang ke Ipoh selepas waktu kerja hari Jumaat. Biasa la kalau time nak balik kampung, pasti sharp pukul 5 dah gerak dah. Kali ni ada sepupu aku sorang nak tumpang balik skali, Nadia namanya. Aku kene ambik nadia di Subang Parade sebab kat situ je yang aku familiar di area subang. Tempat lain kamek sik tauk!!. Dekat-dekat pukul 6 baru aku sampai di subang. Nadia dah siap tunggu aku kat depan kedai buah. Kami pun terus bergerak menuju ke Ipoh melalui lebuhraya PLUS. Tak banyak yang nak dibualkan dalam kereta sepanjang perjalanan. Memang mengantuk betol, maklumlah petang-petang macam nih selalunya memang agak rajin gak aku membuta heheh dah terbiasa. Kami tiba di Ipoh dalam jam 8 malam. Aku terus memandu kereta sport ku ke rumah makcik aku di Rapat Setia, Ipoh memandangkan semua keluarga tengah berkumpul kat sana. W...