2010-08-08

Eksplorasi Gunung Nuang

Assalamualaikum.

Lama juga aku tak masuk hutan, nama je Janggeltrekker tapi asyik merayau kat bandar je kan! Hahaha. Ok kali ni aku ada kisah-kisah dalam hutan untuk dikisahkan. Semalam, aku telah secara tiba-tibanya dijemput untuk join satu program mendaki gunung. Fuh ni rasanya first time aku nak mendaki gunung! Sebelum-sebelum ni hanya mendaki bukit saja. Itu pon dah sempot! hehe.

Sebenarnya si KJ la punya angkara, malam-malam buta talipon aku ajak aku mendaki. Katanya, aku boleh dijadikan alasan untuk tidak naik sampai ke puncak! Hampeh.. hahaha aku suka alasan itu! Maka bagaikan dirasuk, aku pon terus saja bersetuju. Alkisahnya, terpaksalah aku tidur awal di malam minggu kerana nak mendaki seawal subuh.

Janji berkumpul di Putrajaya dalam pukul 6.30 am. So seawal 6.00 pagi aku dah bangun dan bersiap. Sampai di Putrajaya, KJ, Incik Mud, Incik Nazeem dan Incik Syukri dah menunggu. Tanpa banyak cakap kami pun bergerak ke Hulu Langat untuk mendaki Gunung Nuang. Di sana dua orang lagi sudah menunggu Puan Jaja dan kawannya yang kecik molek yang aku dah lupa namanya. Sorry!

Sebenarnya sebelum mendaki tu banyak pulak hal yang berlaku yang menyebabkan aku terpaksa mengambil breakfast dalam kadar yang luar biasa! Aku rasa tak payah la cerita perkara-perkara yang menyentuh hati dan perasaan itu. Yang penting aku dapat tembak gambar depan pintu pagar masa nak naik dan turun Gunung Nuang tu. Huhuh. Alhamdulilah, satu lagi pengalaman ke tempat yang tak pernah aku jejak telah tercipta. Thanks kepada semua yang sudi menjemput aku untuk acara ini.

Yang pastinya pemandangan kat sana memang best. Nyaman dan tenang, jauh dari hiruk pikuk kota. Jom layan gambar-gambar yang ada saja.

Pssttt: kalau ada peluang aku teringin nak panjat gunung lagi la...

PEACE!


Sempat breakfast dulu...kumpul tenaga kisahnya..


Para pendaki tegar! Syahhhhbazzz.



Posing itu perlu hahaha!


Jom layan lagu si Nikki Palikat ni.. Mengilai-ngilai? hahah janganlah dengar lagu ni dalam hutan masa hiking kehkehkeh, pasti kecut perut!!! percayalah!





8 comments:

  1. huh!...aku suke gak naek gunung nie..
    dah lame tol x naek..eeii..trigin ar..ko nyer breakfast..perggh!.sdp lak aku tgk..

    ReplyDelete
  2. Anip

    haha apa lagi, next time leh la aku ajak ko naik gunung skali!!!!
    bfast tu buat aku lpar plk mlm nih hhaaha

    ReplyDelete
  3. pasni test panjat gunung tebu lak..best ooo...kat puncak tu kalau bernasib baik boleh berinteraksi dgn makhluk ahalus..

    ReplyDelete
  4. Pencacai Alim =

    Waaa gunung tebu tu kat mana bro? mahluk halus??? ni kena ajak si Nick Ifan nih hahahaha

    ReplyDelete
  5. gunung tebu tu kat terengganu..kat kaki gunung ada port mandi..air dia mmg bersih..warna hijau..mmg best ah..tapi situ mmg byk org buang jin dan tok bomoh menuntut ilmu dia org..tapi takde hal beb..kalau niat baik, insyallah..Kuasa Allah lebih besar..pgla cuba skali panjat..

    ReplyDelete
  6. walalalala Janggel,
    mau pg lagi tak??? cari port laen laksss lepas nih ;)
    i like!!!! Akakakaa

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS