2013-03-21

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 6): Mendaki Gunung Ijen Dan Melihat Blue Fire

Assalammualaikum!!!

Ok meh aku sambung kisah kembara di Jawa Timur yang tak habis-habis lagi ni. Di entry yang lepas, aku stop cerita sampai perjalanan ke Arabica Homestay, yang terletak di kaki Gunung Ijen, sebuah gunung berapi yang masih aktif dan agak popular di Jawa Timur. Kami tiba di Arabica Homestay pon dah malam, masa tu dah pukul 10.00 lebih malam dah, lepas makan KFC yang di tapau kami pon masuk tidur. 

Lebih kurang jam 12.00 pagi kami dah kena bangun dan bersiap-siap untuk mendaki? Ye pukul 12.30 pagi kami dah kena gerak! Awal giler kan? Sebab apa yang nak kena gerak awal sangat? Sebenarnya, kami memang dah pasang hajat nak tengok blue fire yang hanya boleh di lihat sekitar jam 1 hingg 4 pagi di puncak Gunung Ijen! Wow memang kena gigih le kan, sebab benda tu ada di puncak gunung, dan kami ni pukul 12.30 pagi masih berada di homestay, itu bermakna berapa jam lagi baru boleh nampak blue fire tu.

Apa sebenarnya blue fire?

Blue fire sebenarnya adalah cahaya yang terhasil akibat daripada aktiviti melombong sulfur di kawah gunung berapi Ijen. Cahaya biru yang terhasil adalah disebabkan api berwarna biru yang digunakan untuk melombong. Dan cahaya tersebut hanya boleh kelihatan sekitar jam 1 hingga 4 pagi memandangkan pada waktu tersebutlah, para pelombong sulfur sedang giat memulakan aktiviti perlombongan mereka. Dan untuk melihat cahaya biru itu jugak, memerlukan waktu yang gelap yakni waktu pagi sebelum matahari terbit (sunrise).

Kami bertolak dari Arabica Homestay yang terletak di Kebun Kalisat menuju ke kaki Gunung Ijen yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Aku rasa pak supir dah banyak ikut shortcut dah tu, dan keadaan jalan agak tidak rata dan sunyi. Maklumla pepagi buta kan. Kami tiba di pondok ranger Gunung Ijen dan melapor diri kat situ. Masa tu tak da nampak pon orang lain / pengunjung lain yang sebok nak mendaki gunung pepagi buta, tapi selang beberapa minit tiba Pak Juned (ingat tak Pak Juned yang kami jumpa di Bromo Permai hari tu? ) masa tu dia bawak dua orang perempuan warga asing yang nak mendaki jugak. Tapi yang tak boleh blah adalah, pompuan-pompuan tu selamba je pakai baju macam nak pegi shopping untuk mendaki gunung! Siap pakai kasut karipap / wedges yang tapak flat tu lagi! Aku ni tertanya-tanya la jugak kan, diorang ni tau ke tak nak mendaki gunung nan tinggi ni? Lantaklah labu kekeke.

Beberapa minit kemudian Pak Hafidz (supir kami) memperkenalkan kami kepada ranger yang akan membawa kami mendaki sampai ke puncak Ijen. Namanya Pak Im, dan jangan tak percaya umur Pak Im adalah 65 tahun! Umakaiiiii dah baya pakcik-pakcik aku kat kampung dah tu. Dan kami berenam (termasuk dua pompuan tadi tu) akan mendaki sebagai satu kumpulan dengan Pak Im. 
NOTA: Untuk mendaki Gunung Ijen di waktu pagi buta, sila bawak lampu suluh sendiri dan pakailah pakaian tebal sebab cuacanya sangat sejuk! Memang masa mendaki kita akan berpeluh sakan, tapi bila dah sampai ke puncak, sejuknya memang sampai ke tulang!
Ok, kami akan mendaki Gunung Ijen dengan ketinggian 2700 meter dari aras laut dengan purata jarak pendakian 3 km. Ha tinggi kan! Sebenarnya kalau sekali tengok keadaan laluan mendaki tu tak le sesukar nak mendaki Bukit Tabur yang berbatu batu tu, tapi disebabkan kecuraman laluan yang ada sampai 60 darjah secara terus menerus, memang memerlukan kegagahan lutut dan stamina yang tinggi!  Untuk satu atau dua km pertama, aku ok lagi, tapi lama-lama aku tengok si MasMZ dan dua orang pompuan tu dah makin laju pulak. Ish dah la pakai baju shopping, boleh pulak laju mendaki? Memang tak aci betol! Si John tu pulak kengkononnya gagah mengejar diorang, manakala aku dengan Kak Coco bersantai-santai je kat belakang, siap kena tinggal lagi kami berdua dalam keadaan gelap gulita di tengah-tengah hutan tu. 

Mula-mula Pak Im temankan kami kat belakang, tapi sebab nak mengejarkan blue fire dan takut diorang-diorang yang kat depan tu sesat, maka Pak Im mintak izin kat kami untuk terus kejar diorang di depan, dan meyakinkan kami untuk teruskan perjalanan kat belakang. Maka redho je la aku dengan Kak Coco jalan berdua je. Nasib baik la pagi tu cuaca elok, walaupun sejuk giler sambil gigil-gigil di awal pendakian, dan seterusnya kepanasan sebab mendaki tahap dewa, tapi bintang-bintang di langit pagi tu sangat cantik. Sekali sekala dapat jugak tengok keadaan perkampungan di kaki bukit yang nampak cahaya-cahaya halus je...ye maksudnya kami mendaki dah tinggi. Masa tu pulak ada dengar bunyi pelik dalam hutan seakan-akan dekat je dengan laluan aku dan Kak Coco mendaki. Dalam hati cuak jugak dengar bunyi tu, Kak Coco pulak boleh pikir kalau harimau yang datang suruh ngap aku dulu! Keji sangat. Tapi beberapa saat je bunyi tu muncul lepas tu senyap pulak. Rupa-rupanya menurut Pak Im, itu adalah bunyi rusa yang kencing dan air kencingnya terkena kat aki dia, jadi dia menjerit kesejukan.... oooo macam tu pon boleh ye.

Dah suku pendakian, akhirnya mula ada cahaya-cahaya lampu datang dari arah belakang kami, rupanya dah ada beberapa orang pekerja pelombong sulfur yang mendaki dan dengan selambanya potong kami. Yang kami ni pulak, pantang jumpa sudut mesti berhenti tenung tanah. Penat weh! Kesian tengok Kak Coco, semput dan pancit, tapi masih gigih meneruskan pendakian. Mujurlah aku pon tak setabah pdiorang-diorang yang kat depan tu, kalau tak, tinggal lah Kak Coco seorang diri di belakang.

Kadang-kadang, ada juga kumpulan pendaki mat saleh yang dengan selamba badaknya memintas kami, besau-besau pulak langkah diorang! Siap buat lawak lagi dengan kami, tapi mereka terus ugak memberi semnagat untuk kami mendaki. Bila pikir balik, untung jugak kami mendaki dalam waktu gelap, kalaulah mendaki waktu siang, aku rasa aku dah give up dah sebab bila tengok depan je, mesti pikir bila nak sampai, dan mainan psikologi sebab tengok keadaan gunung yang tinggi kat depan mata. Sepanjang pendakian jugak, kami bersembang-sembang hal negara dan sebagainya, nak memesongkan akal fikiran supaya tak give up untuk terus mendaki. 

Kami jugak dipintas oleh group adik Pak Im dan group anak buah Pak Im. Hamboih, bukan main ramai yang memintas kami! Lantak korang le janji kami sampai ke puncak! Ayuh!

Dah jenuh macam-macam cerita sambil mendaki, tapi tak sampai-sampai jugak ke puncak. Di tengah-tengah laluan pendakian akan ada satu kawasan tempat berehat, sebenarnya adalah kantin, tempat makan dan minum para pekerja. Tapi masa kami lalu tu, masih tutup kot, ye la pepagi buta pon kan. Sampai 2/3 pendakian, jalan dah mula agak landai. Fuh syukur alhamdulillah, aku dengan Kak Coco dan senyum-senyum dah sebab rasa macam dah nak sampai! Lepas tu dah nampai ramai orang kat depan kami, kami pon ikut je diorang entah ke mana. Tau-tau je kami dah sampai depan kawah Ijen! Masa tu Allah je la yang tahu bertapa seronoknya aku, ye la dah bersusah payah mendaki setinggi 2700 meter akhirnya sampai jugak ke destinasi! Memang syukur sangat. Kami tiba di puncak lebih kurang jam 3.30 pagi. Masa tu MasMZ dengan John dah turun ke pinggir kawah menuju ke tempat blue fire tu. Aku dengan Kak Coco memang kompom la takkan turun, rasa macam tak sanggup je hehehe. Lagi pon kita masih boleh tengok blue fire tu dari atas.


Lama jugak kami duduk kat atas tu, sambil menunggu diorang naik semula. Sambil-sambil tu macam-macam teknik la aku guna nak ambik gambar blue fire tu sebab agak susah nak focus memandangkan keadaan yang sangat gelap dan tak ada banyak cahaya. Cuaca pulak sejuk gila babi, sambil menggigil sambil snap gambo, hasilnya tak seberapa, tapi aku rasa macam sama je gambo yang aku amik dari atas dengan gambo-gambo yang diorang ambik kat bawah kawah tu. So aku tak menyesal sebab tak turun hahahaha. 


Lebih kurang jam 4.30 macam tu, MasMz, John, Pak Im dan dua pompuan tadi tu pon naik ke tempat kami lepak. Kesian aku tengok Putera Lindungan Kaabah tu, macam baru lepas masuk sauna dah. Dengar cerita dari Pak Im siap menangis-nangis lagi tu? Omai! Nasib baik aku tak tengok drama tu.

Sejuk yakmats masa ni!
Kami duduk lepak kat atas tu sambil tunggu matahari terbit. Subhanallah pemandangan memang cantik. Sambil-sambil tu kami tengok la para pelombong mengangkut sulfur untuk di bawa turun ke bawah. Ya ampun, memang gigih la diorang tu, kalau tak salah aku berat sulfur yang diorang angkut u lebih kurang 40 ke 60 kg! Dan diorang akan di bayar sekitar IDR 50,000 je je untuk satu trip. Hmmm kesian jugak, atas desakan hidup, terpaksa buat kerja berat yang membahayakan kesihatan dan memenatkan demi menyara keluarga.


Dalam jam 5, 30 pagi, Pak Im mengajak kami turun ke kaki gunung. Masa tu lah baru aku nampak keadaan sebenar laluan pendakian kami pagi tadi. Memang curam dan pemandangan di kiri dan kanan sangat cantik! Nak turun pon satu hal jugak, memang memerlukan ketahanan kaki yang kuat dan tak oleh laju sebab silap-silap boleh jatuh terduduk. Kak Coco je dah 3 kali jatuh terduduk sebab tergelincir.


Rupa-rupanya baru aku tau yang Pak Im ni merupakan pemegang kunci Gunung Ijen, ala macam cerita Mbah Maridjan pemegang kunci Gunung Merapi kat Jogja tu. Katanya lagi, dia boleh alihkan asap sulfur supaya tak terbang ke arah kami. Dan dia jugak kata yang hanya dia je yang boleh nampak ada sekeluarga yang tinggal di puncak Gunung Ijen. Wallahualam.... tak tahu le betul ke tak. Tapi diorang kan memang percaya benda-benda ni, so aku tak nak komen apa-apa.

Bergambar bersama Pak Im
Kegigihan pelombong sulfur mengangkut sulfur turun.
Bergambo dulu sebelum turun kekeke.
Aktiviti wajib!
Keadaan laluan pendakian.
Keadaan pokok-pokok mati.
Lagi pelombong sulfur sedang bertugas.
Tu dia kak Coco sedang gigih.
Katanya npendakian tamat, tapi hampeh, jauh lagi sebenarnya.
Jom jalan lagi....
Pak Im sedang bergaya
Pemandangan Gunung Agung dari jauh.
Inilah kantin yang dimaksudkan.
Laluan menurun lagi...
Yeay kami dah sampai!!!!
Kami sampai di kaki gunung lebih kurang jam 7.00 pagi. Pak Im membawa kami ke gerai makan miliknya, dan kami sempat jumpa isteri Pak Im yang menjaga warung tersebut. Kami breakfast kat situ sebelum berangkat pulang ke Arabica Homestay. Alhamdulillah misi menawan puncak Ijen dah tercapai. Rasa syukur sangat sebab dah berjaya. So kiranya aku dah jejak puncak 2 gunung berapi yakni Gunung Bromo dan Ijen!, dan hampur berjaya jugak nak jejak gunung Merapi di Jogja. Hehehe, bangga jugak la dengan diri sendiri.

Penjual cenderamata sulfur!
Sabun-sabun sulfur yang diukir cantek.
Sebenarnya dapat arahan untuk tutup. Tapi kami belasah je.
Keadaan sekeliling
Keadaan di bawah kaki gunung.
Breakfast di Warung Pak Im
Breakfast
Keadaan sungai sulfur, hijau airnya.
Ok la, nanti aku sambung lagi. Sikit je lagi nak habis.

Bersambung...

Pssstt: untuk lagi kisah menarik, boleh juga baca di blog 
Kakiberangan.blogspot.commasmz.blogspot.com dan anash-coconutz.blogspot.com

WASSALAM.

20 comments:

  1. wahhhhhhhh! masmz yg tinggalkan aku! hahah nasib baik x kene makan dek rusa nk kentut. kekeke untungla sampai jugak kat ats.

    ReplyDelete
  2. serious..teringin sangat nak pegi ijen nieeeeee,

    sebelum ni banyak bace orang travel siang, tp ngan korang ni lain. kuddoss. aku harap dapatla aku sampai sini satu hari nanti!!

    ReplyDelete
  3. John:

    Ha ko kena tinggal ngan MasMZ? Hahahahahhaa. Untunglaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. Maszuber:

    Sila la ajak buah hati pengarang jantung ko ke situ waktu malam yer... hehehe insyaAllah suatu hari nanti... mungkin post wed pictures atas tu? HAHAHHAA

    ReplyDelete
  5. pak im tu, org lain tau tak dia tu pemegang kunci? ke guide lain pun ckp diorang pemegang kunci dak? hehehe...

    biasa la diorg kan?

    ReplyDelete
  6. wakakakakaka.... sebenarnya cita2 murni ku hanya mahu tinggal di atas banjaran sahaja... Dek disebabkan nak memberi semangat yang katanya pencapaian pertama seumpamanya, maka turun jugalah diri ku ini....

    Biqque, Pak Im siap bilang2 sama mbah gunung... seriau japppp di tengah-tengah malam tuh....

    ReplyDelete
  7. oooo...bukan ke sama2 semput masa naik gunung ijen tuh? haaa???

    ooo..suspen gak rupanya janggel bila dgr bunyi pelik tu eh???

    oo...eh, bila masa plak bersembang hal negara plak ????

    iya..muka John sangat....takala naik kembali dari nengok blue fire...hehe..tak pe janji kita sama-sama sampai..yeayyy...

    ReplyDelete
  8. cayalah korang, berjaya jugak sampai atas, panjat gunung kot, bukit boleh gagah lagi, hehe...pak im pemegang kunci? boleh alih asap? nak kena lapor dekat prof. charles xavier cepat-cepat nih...

    ReplyDelete
  9. hurmm.xpernah terpikir plak nk menonton gunung merapi.sesuatu yg br dan fresh.kekekeke.ke aku yg kekurangan pengatahuan am dlm otak nie.menarik2.cecite lg.

    ReplyDelete
  10. Anon:

    Aku kenal ko ke? Sembang macam kenal. Kalau boleh sila lah bagi nama nak komen tu. Tak elok la terjah2 je.

    ReplyDelete
  11. Biqque:

    Entah, tapi dari pemerhatian, semua org macam hormat dan kenal ngan Pak Im ni.

    ReplyDelete
  12. MasMZ:

    Gitew... pemberi semangat katanya.

    ReplyDelete
  13. Kak Anash:

    Eleh buat2 tak ingat latewwww... ye saya memang semput.

    ReplyDelete
  14. Orga:

    Ye kami berjaya hehehe. gigih dan gagah hahaha.

    Report jangan tak report!

    ReplyDelete
  15. Assalam Janggel/Rain

    Seronok kan daki gunung tengah2 malam. Bukan senang nak dapat pengalaman tu..

    Tapi bagi Yong, cukup la sekali. Tak mampu dah lutut...cukup la seronok baca pengalaman korang muda2 mendaki pulak...dan mengimbau semula peritnya ketika mendaki dan menahan sejuk dalam keadaan statik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam yong ASP

      Haah seronok sebenarnya mengunpul kenangan. Sementara tengah larat ni kita buat habis habisan kan. Memang sejuk dan penat mendaki dalam keadaan statik. Heheh.

      Delete
  16. Bila baca entri Rain and the geng daki Gunug Ijen ni..rasa nk jejak jgk ke sana sementara masih muda(muda lagi ker..ahhaha)

    Berapa harga sabun tu..kalau guna tak gatal2 ker kulit tu nanti..ke sabun utk cuci kain :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarimanis:

      Ye betul tu, sementara ada kudrat ni eloklah mencoba heheehe.

      Seketul sabun tu harganya idr 5000 je. Murah

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS