|
Kansai Region, Japan. (Sumber Google) |
|
Yup, ini merupakan kembara kami berlima! Janggel, (John) Kaki Berangan, MasMZ (Kaki Jalan), Tansree Coco dan Miss B!
|
Ahli Jemaah kali ni agak ramai jugak yakni 5 orang termasuk aku,
John, MasMZ, Kak Coco dan
Miss B. Tapi tiket ada yang beli asing-asing. Tak beli sekali.
Plan asal hanya aku,
John dan
MasMZ yang akan ke
Jepun, kemudian baru datang
Miss B dan
last sekali baru
Kak Coco join. Maka lengkaplah 5 sekawan menjelajah
Kansai heheh.
Teksi ke LCCT
Perjalanan kami bermula dari
Putrajaya, John dan
Kak Coco pakat letak kereta kat rumah aku,
free katanya daripada nak bayar parking kat
Putrajaya Sentral mahupun
LCCT kan. Dari
Putrajaya kami menaiki teksi ke
LCCT. Alhamdulillah dapat brader teksi yang murah dan dia charge sama rata samada waktu biasa atau lepas
midnight yakni
RM 50 satu teksi. Setelah membuat perjanjian dengan brader teksi, beliau menjemput kami di
Putrajaya pada jam 9.30 malam. Bagus brader ni sebab dia datang awal. Kalau sesiapa nak
try, boleh
call brader ni di talian
016-537200 (Noor Ishak Ismail).
LCCT Ke Kansai Airport (Osaka Prefecture), Japan
Kami sampai di
LCCT lebih kurang jam 10.30 malam. Di
LCCT jugak kami berjumpa dengan
Miss B dan
MasMZ yang masing-masing dihantar oleh
bodyguard sendiri! Huntungla ada
bodyguard! Selepas selesai urusan
check-in luggage (semua kene ada depan
counter sebab orang
AA tu nak tenung muka satu per satu, ingatkan boleh hantar-hantar wakil je untuk letak
luggage hehehe) kami menghabiskan masa di
McDonalds sambil menapau makanan mana yang patut untuk diseludup masuk ke dalam kapal terbang. Tujuan utama penyeludupan adalah untuk bekalan sarapan pagi di
Jepun keesokan harinya. Selalunya kalau
travel memang kaminbuat kerja cenggitu hehehe.
|
Dinner dulu kat McD LCCT. |
|
Ok jumlah bagasi berat tak termasuk bagai yang bergantungan di badan. #Pengsan |
Kapal terbang kami ke
Kansai berlepas pada jam 12.50 pagi, dah dekat pukul 1.00 pagi dah tu. Masa tu memang mengantuk yakmats dan ramai pulak orang yang satu
flight dengan kami. Penerbangan
Air Asia X ke
Kansai akan mengambil masa lebih kurang 6jam 30 minit. Agak kematu jugak la buntut duduk lelama dalam
flight tu. (Harga tiket
Air Asia X dari
Kuala Lumpur ke Kansai masa kami beli dulu adalah
RM 645.00 per pax return tickets).
|
Jangan lupa isi embarkation card dan Customs declaration form. |
Tengah syok-syok melayan perasaan dalam
flight tengah-tengah malam tu tetiba
flight kami bergegar! Bukan macam gegaran biasa yang aku pernah alami sebelum-sebelum ni, tapi gegar dia sampai satu tahap tu tetibe macam
flight kami jatuh mengejut ke bawah sikit. Siap ada bebudak kat blakang aku tu dah jerit-jerit dah. Orang sebelah aku tu pulak siap dah pegang-pegang tangan aku hahaha mengucap-ngucap dalam hati katanya! Tapi memang
scary jugak la, terbayang cerita
FLIGHT lakonan
Danzel Washington (sape pernah tengok cerita tu? Boleh insaf jugak la tak nak naik
flight masa aku tengok cerita tu dulu, tapi kejap je la hahaha). Tapi memang cuaca malam tu agak buruk, menurut kapten ada berlaku pergolakan angin ke apa tah kat kawasan yang kami lalu tu.
Alhamdulillah, lepas tu penerbangan kami ok dah, lancar sampai ke pagi. Masa tengok fajar menyinsing kat ufuk timur dari atas kapal terbang memang terasa tenang je, teringat pulak kejadian kelam kabut bersahur dalam
flight masa pergi
Jepun tahun lepas heheh.
|
Alhamdulillah dah cerah. Terima Kasih Air Asia X #tetibe |
Kami tiba di
Kansai International Airport pada jam 7.00 pagi.
Alhamdulillah semuanya selamat. Urusan imigresen dan segala macam urusan lain sebelum masuk ke balai ketibaan tu sangatlah remeh. Akhirnya secara rasmi kami sampai la ke
Negara Matahari Terbit! Ohaiyogozaimas Kansai! Hahaha.
|
Ini bukan kapal terbang yang kami naiki. |
|
OK tetap nak enter-frame kan diri sendiri. |
Di
airport, kami selesaikan apa yang patut, ada yang tukar baju, gosok gigi, pakai mekap semua la. Tetibe ada pulak dua orang polis
Jepun, sorang lelaki dan sorang perempuan datang tegur kami. Ahhh sudah, nape pulak ni kan. Adakah sebab kami berlonggok kat situ dengan beg berbundut-bundut? Rupa-rupanya diorang sekadar menjalankan
random survey, antara soalan-soalan yang ditanya adalah
kami berasal dari mana? Datang Jepun untuk apa? Lepas ni nak pegi mana? Nasib baik la polis-polis tu pandai cakap
english, so senang sikit la nak berkomunikasi dengan diorang walaupon tergagap-gagap. Yang
bestnya aku tengok polis perempuan tu beria-ia dengan ekspresi muka dia macam
eksaited bertanya pasal kami. Siap tertunduk-tunduk lagi, kami pon tertunduk-tunduk jugak la dengan dia hahahaha.
Dari Kansai International Airport ke Nara
Selesai sesi soal jawab, kami terus ke stesen keretapi yang terletak bersebelahan dengan bangunan
airport. Ada
connecting lane untuk ke stesen keretapi tu. Misi selanjutnya adalah untuk membeli tiket train ke
Nara. Sekali tengok
line train kat situ, terus berserabut kepala otak, sebab banyak sangat
line, tapi kalau perhati betul-betul
insyaAllah boleh paham. Tak susah sebenarnya. Untuk ke
Nara, kami akan membeli
Nara Access Ticket dengan hargar
1200 Yen sehala. Beli tiket ni senang sebab beli sekali je, boleh naik sampai
Nara. Tapi
make sure kita naik
line train yang betul ye. Pastikan dulu
line laluan
train anda.
|
Sebenarnya bile nampak je pokok-pokok yang berkaler oren ni, kami semua ibarat terkinja-kinja nganmbek gambo. Maklumla eksaited autumn katanya hehehe. Suhu kedinginan adalah belas-belas degree C. Sejuk jugak la. |
|
Tempat beli tiket, Nankai Line. |
Lepas dah dapat tiket, kami pun naik
Nankai Electric Railway (melalui
Nankai Line) membawa bundut-bundut beg yang berkilo-kilo sorang tu menuju ke
Namba Station. Oh tapi sebelum tu, kami singgah dulu kat
Tourism Information Centre di
ground level Kansai Airport utuk pungut apa-apa maklumat yang tersedia.
|
Ok kalau rujuk pada gambar kat atas ni, kami akan ke Nara menaiki Nankai Line dengan harga 1200 Yen. Nampak tak? Ketik gambar untuk tumbesaran. |
Kansai airport ---> Namba Station (Nankai Line) ---> tukar ke Osaka-Namba Station (Kintetsu Line) ---> Kintetsu-Nara Station
Ok kalau ikutkan kepada carta alir kat atas ni (haha sekali carta alir keluar) kami akan naik
Nankai Line ke
Namba Station dan tukar
train ke
Osaka-Namba Station. Sebenarnya, dari
Kansai Airport nak ke
Namba Station tu je pon dah makan masa dekat sejam. Bergantung pada jenis train yang kita naik samada
Ekspress, Semi-Ekspress atau Local. Kita boleh pilih mana-mana
train yang kita nak naik asalkan
train tersebut lalu kat tempat yang kita nak pergi. Masa kami pergi tu, kami
ter-naik local train rasanya. Ya ampunnn punya la lama nak sampai, setiap
station dia berhenti. Dah tertidor-tidor dah kami dalam
train tu, dan sempat jugak buat adengan
photoshoot merata dalam train. Nasib baik
train tak penuh masa tu hehehe. Jam pulak dah dekat pukul 11 pagi, memang kelaparan tahap cipan la. Asyik teringat-ingat je kat beger
McD yang kami tapau dalam beg. Kami sampai
Namba Station lebih kurang pukul 11.00 pagi.
|
Keadaan dalam train.. Alhamdulillah tak sesak. |
|
Sesi menabahkan diri. Nampak suci murni je kulit muka ku. hahah #pensan lagi. |
Dari
Namba Station nak ke
Osaka-Namba Station tu kene jalan kaki sikit agak jauh! Mula-mula tu terpinga-pinga jugak la mencari kat mana arah
Osaka-Namba Station tu, dalam terpinga-pinga tu tetiba ada sorang
mat salleh tegur kami. Dia siap tanya kami nak kemana. Dengan selamba je dia tunjukkan arah
station yang kami nak pergi. Sah memang
mat salleh tu dah lama duduk kat
Osaka ni. Heheh syukur ada yang datang membantu hehehe.
So berjalan la kami turun
bertingkek-tingkek ke bawah tanah.
|
Ok, inilah rupanya tiket yang telah dibeli. Dekat tiket pon ada tulis kekdah nak ke destinasi yang dituju. |
|
Kansai Tourist Information Center. Lebih kepada menjual pakej-pakej pelancongan je. |
Coin Locker
Sebelum menukar tran di
stesen Osaka-Namba, kami akan meninggalkan bagasi kami di
coin lockers yang banyak tersedia di stesen-stesen keretapi. Itu satu perkara yang aku suka pasal stesen-stesen keretapi kat
Jepun ni, rata-rata semua ada menyediakan perkhidmatan
coin locker sebab kebanyakan orang
Jepun ni tempat kerjanya jauh-jauh dari rumah mereka dan diorang pon rajin travel ke sana kemari di dalam negara diorang,
so barang-barang boleh
ditransitkan di
coin locker yang tersedia.
|
Deretam coin lockers yang tersedia pelbagai saiz dan harga berbeda. |
|
Kekdah menggunakan coin locker. |
Kami memilih
locker yang paling besar dengan kadar sewa
800 Yen. Nak bayar duit
locker kena pakai duit
syiling ye. Jadi sediakanlah duit syiling yang secukupnya. Kalau tak ada duit syiling boleh pergi tukar kat tempat tukar duit yang disediakan (ada peta lokasi tempat tukar duit ditampal dekat kawasan
coin lockers tersebut). Kaedah nak menyewa
locker pon ada ditunjukkan, dari cara-cara nak masukkan duit sampailah nak mengunci
locker tu.
|
NOTA: Info mengenai coin lockers. Ingat, tempoh sewaan adalah selama satu hari dan selepas tiga hari locker akan dikosongkan oleh petugas stesen.! (Sumber Google) |
Sumbat-punya sumbat beg kami dalam
locker tu rupa-rupanya tak muat la pulak! Terpaksa ambik satu lagi
locker yang kecik dengan sewaan
200 Yen. Jadi jumlah sewaan
locker kami hari tu adalah
1000 Yen untuk sehari. (Untung travel ramai-ramai
so segala
cost boleh dibahagi sama rata hehehe).
|
Keadaan beg yang telah disumbat-padatkan di dalam locker. |
Menyambung Perjalanan Ke Nara
Lepas dah selesai menyimpan bagasi, kami pon meneruskan perjalanan untuk ke
Nara. Ingat tak tadi, kena tukar stesen dari
Namba Station ke
Osaka-Namba Station (Kintetsu Line)?
So kita masih menggunakan tiket
Nara Access Ticket yang sama (awas jangan hilangkan tiket tu
or else kene la beli tiket lain. Jadi perjalanan diteruskan menaiki
train yang seterusnya. Perjalanan dari
Osaka-Namba Station ke
Nara Station mengambil masa lebih kurang 40 minit. Jadi bertabahlah duduk dalam
train sambil menyaksikan pemandangan-pemandangan indah di sekitar landasan keretapi.
Nara, Japan
Kami tiba di
Nara lebih kurang pukul 1.00 tengahari. Bayangkan dari pagi belom
breakfast atau menjamah makanan (beger) dalam beg. Memang tersangat la lapar. Oh lupa pulak, untuk trip kali ni,
Miss B merupakan pemandu arah rasmi kami, hahah dia la yang buat
research pasal jalan, pasal
transport semua di samping
John. Aku dan yang lelain tu main ikut je la, macam biasa, malas nak pening kepala pikir. Dah ada yang
expert, biar la mereka menjalankan kerja mereka.
|
Nara Map (Sumber Google) |
OK, misi di
Nara, kami akan cuba pergi ke beberapa
main attraction antaranya adalah
Nara Park di mana dalam taman tu sendiri ada macam-macam tempat nak kene
cover antaranya seperti berikut:-
Nara Park (Ini merupakan apa yang ada dalam
Itenerary asal kami
)
- Todaiji Temple
- Kasuga Taisha Shrine
- Kofukuji Temple
- Nara National Museum
- Nandaimon Gate
- Kasuga Taisya
- Daibutsuden Hall
OK kalau tengok
list kat atas ni memang banyak tempat nak kene cover kan, walhal kami sampai pun dah pukul 1 petang. Jadi adakah kami sempat
cover semua??? Ok nanti aku sambung cerita di
entry akan datang.
... bersambung.