Selamat Tahun Baru - Imbasan 2013

Assalammualaikum!!! Pejam celik pejam celik akhirnya sampai juga ke penghujung 2013. Alhamdulillah satu tahun yang penuh warna bagi aku dan aku sangat-sangat bersyukur di atas peluang yang dikurniakan oleh Allah peluang untuk hidup melata di muka bumiNya ini. Syukur. Selamat Tahun Baru 2014 , kepada semua yang membaca blog ini. Mungkin siapa yang telah mengenali blog ini lama dulu, telah menyaksikan pelbagai perubahan terutamanya dari gaya penulisan, teknik penyampaian, gambar-gamabr dan layout blog ini, tapi percayalah, aku masih orang yang sama. Masih berpijak di bumi yang nyata dan sentiasa bermimpi untuk menggapai bulan dan bintang! Tak salah untuk bermimpi kerana daripada mimpilah lahirnya realiti. Kan? Sepanjang tahun 2013, sekali lagi rasanya aku memaksa diri untuk terus mengembara. Alhamdulillah, selagi ada rezeki, insyaAllah aku akan terus mengembara, tak kira lah ke mana saja sekali pon, asalakan aku dapat menyaksikan keindahan ciptaan Allah di mana-mana...