Royal Belum Adventure With TA And Friends (Part 3): Air Terjun Sungai Ruok Dan Pulang.
Assalammualaikum!!! Hujung-hujung minggu ni ramai pulak orang buat kenduri kendara, kawinkan anak kan. Penat weh minggu lepas sekali tiga kenduri kawin kazen sendiri nak kene attend . Maka terpaksa la pulak bahagi-bahagi badan sekejap kat utara sekejap kat selatan demi menjaga hati keluarga... itu lebih penting. Esok-esok aku kawin diorang jugak yang nak datang memeriahkan suasana tak gitu? OK... Mood untuk apdet cerita Royal Belum masih bersaki baki lagi, so ayuh kita teruskan perjalanan cerita yang tak seberapa ini. [ Sambungan daripada Episode 2 ] Alhamdulillah , boleh tahan nyenyak jugakla tidur dekat atas bot ni waima beralaskan sleeping bag dan berbantalkan kusyen sahaja. Lepastu tidur bawah hammock Cawan pulak tu, buatnya dia jatuh tergolek, habis aku kene himpap. So pagi-pagi tu selepas solat subuh, kami pun ronda-ronda la kawasan sekeliling basecamp Sungai Tiang tu. Tinjau-tinjau sebelah atas sampai le ke hujung... lepas tu tak berani nak terus ke bela...