Skip to main content

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

Assalammualaikum!

Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasik la katakan. Amacam? Dah bulan lima ni berapa negara dah korang travel? Hahaha kot-kot la ada yang gigih travel tetiap bulan kan....aku tak mampu huhuhu.

Anyway, kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh, Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh, kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan.

Jom masuk Bandaraya Ipoh. Kampung halaman tercinta.
So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab bos aku yang ajak makan. Lols.

Ok apa sebenarnya nasi ganja?

Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata orang Penang. Tapi tatau la apa ke jadah nama dia boleh jadi nasi ganja. Mungkin sebab bila kita dah rasa, teringat-ingat sampai sekarang kot. Itulah istimewanya nasi ganja ni.

Lauk pauk utama adalah ayam goreng, dan telur masin, disiram pulak dengan kuah kari ikan dan bendi. Lepas tu ada sambal kelapa yang special. So korang bayangkan lah sendiri macamana rasa dia, aku tak boleh nak pos rasa nasi ganja ni kat sini, setakat pos gambar boleh le.

Lokasi?

Bagi penduduk Ipoh, mungkin dah familiar la kot dengan lokasi restoran ni. Jangan terkejut pulak, sebenarnya restoran ni adalah sebuah restoran Cina, tapi yang jual nasi ganja ni adalah India Muslim yang berkongsi kedai dengan restoran Cina ni.

Nama restoran adalah Yong Suan Restaurant terletak di Jalan Yang Kalsom. Untuk alamat restoran adalah seperti berikut:-

Nasi Kandar Yong Suan (Nasi Ganja)
Jalan Yang Kalsom
30250 Ipoh, Perak. 

Gambar ni aku ambik kat Google je. 
Masa mula-mula sampai kat kedai ni, terkejut jugak tengok bukan main ramai manusia pelbagai bangsa tengah beratur sampai ke luar kedai, walhal baru je pukul 11.30 pagi. Sampai-sampai je terus kami pun masuk dalam barisan. Lepas tu ane tukang ambil order tu bagitau kat kami, kalau nak makan kat situ tak perlu beratur, boleh terus duduk di meja. Yang beratur tu untuk yang nak tapau bawak balik je.

Tudiaaaaa ramainya peraturan! Sebab jaki sangat tak nak dapat lambat terus beratur kat belakang abang baju biru, paduhal tak payah beratur pun hiks.
Keadaan dalam kedai yang dah hampir penuh. Kelihatan taukeh kedai sedang kira duit minuman (sahaja).
Oooooooo barula paham. So kami pun duduk je la kat meja sementara ane ambik order tu mengambil order kami. So rasanya menu dia takde la pelbagai tapi memang menu nasi kandar ni, standard la macam menu nasi kandar di Penang tu. 

Lauk pauk pula adalah lauk pauk nasik kandaq macam kat Penang tu...sama je.
Tudiaaa mungkin ini adalah keistimewaannya.... masak nasik dalam belanga gangsa.
Untuk order air pulak, bukan ane tadi yang ambik order, tapi ada nyonya yang bekerja di Restoran Yong Suan tu yang ambil. Haaaa unik kan. Macam biasa, waktu tengahari memang penuh la restorang Yong Suan ni.

Orang makin ramai. Masa ni dah pukul 12.00 tengahari kot.
Tadaaaaaa..... ni dia nasi ganja yang digembar gemburkan sangat tu! Nampak biasa je kan. Taoi rasanya enak.
Mengikut sejarah, Restoran Yong Suan ni telah dibuka sejak tahun 1960 an, dan bertahan hingga sekarang. Kalau tengok keadaan restoran pun boleh tahu la, sebab senibina klasiknya masih kekal utuh.

Sekali rasa, Nasi Ganja ni memang ada keistimewaannya la... boleh tahan la sedapnya dan tak hairan kalau ada yang sanggup datang tetiap minggu beratur depan kedai semata-mata nak beli Nasi Ganja ni. Power lah. InsyaAllah ada rezeki aku nak datang lagi dan makan Nasi Ganja kat sini!

Masa kami dah habis makan pun still ramai yang beratur... hebat.
Psttt: Kalau nak makan kat sini kene datang awal sebab kalau datang waktu tengahari memang kompom restoran ni penuh!

Psttt 2: Restoran Nasi Kandar ni tak ada cawangan di mana-mana. Kat sini ajelah satu-satunya tempat Nasi Ganja ni.

Ayuh!

WASSSALAM.


Comments

  1. Orang Ipoh rupanya...ada masa mai singgah Tg Malim....

    ReplyDelete
  2. dah dekat 7 tahun lebih dok kt tronoh xpernah sampai cni lagi even kawan2 dok ckp sedap sgt nasi ganja ni.huhu

    ReplyDelete
  3. eh bukan ni nasi vanggey ke?kan ada gak vanggey yang kat greentown tu?eh ke aku yg salah?hehehe

    ReplyDelete
  4. susah parking hahaha
    aku 2 tahun stay ipoh, baru sekali je p makan. memang marveles ayam dia.
    Alternatif kepada nasi ganja ni ialah nasi wanggey dekat greentown tu.

    ReplyDelete
  5. haha... nasi ganja sebab dia taruk ganja la bro. itu pasai leh hayal jer makan... itu kas2 kasi taruk dalam... poppy seed juga itu kas2 :)

    ReplyDelete
  6. Dekat bebenor dengan rumah ke-2 saya, tapi tak pernah makan kat situ pun. Nanti bolehlah cuba balik nanti :)

    ReplyDelete
  7. tak bawak pun kami ke sini mase di ipoh arituh..
    #tetibe sentap yang amat.. haha

    ReplyDelete
  8. Derang cakap, nama Nasi Ganja ni dapat sbb kalau makan, macam ketagih nak lagik. Gitu la ceritanya. Ada another version of Nasi Ganja which is Nasi Vanggey kat Greentown Mall. Ada juga yg cakap its from the same owner. Tapi tak tau la betul ke tak.

    ReplyDelete
  9. Aku tak penah makan, wlaupun anak jati Ipoh..seram katanya..bersih ke kedai nye?

    ReplyDelete
  10. Aduhhhh terus teringat betapa lazatnya nasi ni, thanks for posting post ni bro :)

    ReplyDelete
  11. mak mentua aku kata, dulu laaaagi sedap. skang dah kureng. tapi dalam kureng-kureng tu ok gak..tak dapat bayangkan canne rasa dia time tiptop dolu-dolu mesti kebabom mavelesnya. suka sambal kelapa tu...

    ReplyDelete
  12. meleleh aih ayaq liuq tgk!
    dah lama xmakan!

    ReplyDelete
  13. ayam goreng dia tu nmpk sedappp bangattt! kecur air liur aku nih!

    ReplyDelete
  14. ntahnyer
    aritu pi Ipoh tak bawak pun makan sini?

    huhuhuhu

    ReplyDelete
  15. MKL:

    Haah orang Tapah sampai ke Ipoh penuh sedara mara.

    InsyaAllah, kalau lalu lalang Tanjung Malim tu selalu la.

    ReplyDelete
  16. EiJa:

    Saya pon apatah lagi, duduk Perak dah berpuluh tahun baru kali ni nak rasa hahahaha.

    ReplyDelete
  17. dzuchan:

    Haah nak paking tu kene gigih sikit la, tapi masa kami sampei tu terus ada paking depan kedei, so tak payah nak gigih sangat.

    Nasik vanggey kat GM tu tak penah rasa lagi.

    ReplyDelete
  18. Hafiz Azmi

    Hahaha tu la, janji sedap sudah.

    ReplyDelete
  19. Shahrule:

    Hahah motip nak sentap? Masa korang datang tu NA yang jadi tuan rumah, bukan aku hehehe.

    ReplyDelete
  20. Zaraab:

    Haaa macam tu jugak la yang aku dengar pasal ada ganja2 bagai dalam nasik tu hahaha. Tak pasti la same owner ke tak tapi katanya mmg takde cawangan kat tempat lain. the one and only in Perak.

    ReplyDelete
  21. Chawana:

    Kalau tak bersih takde la ramai orang pelbagai peringkat datang.

    ReplyDelete
  22. Azuan,

    Hahah saja nak bagi awak teringat0ingat, sebab tu post entry ni! HAHAHA

    ReplyDelete
  23. NanaTron:

    Ye ke dulu lagi sedap? Aduis nyesal tak rasa dari dulu hahaha.

    Haah sambal kelapa tu pedas gile kot! hahahah

    ReplyDelete
  24. Syafiq Solihin:

    Hahah bebila sesat ke Ipoh, pi la makan. Semoga tak melelh lagi.

    ReplyDelete
  25. John:

    Sedap weh, dia siap bagi dua ketul sorang.

    ReplyDelete
  26. Kak Anash:

    Sudah la akak.
    kbai

    ReplyDelete
  27. Is the greentown one same as this one?

    ReplyDelete
  28. Is the greentown one same as this one?

    ReplyDelete
  29. NO..they're not the same owner,vanggey have many francaise nasi ganja don't have just one in ipoh..don't know why they keep called they're same...LOL

    ReplyDelete
  30. NO..they're not the same owner,vanggey have many francaise nasi ganja don't have just one in ipoh,,don't know why they keep called they're the same one

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Assalammualaikum!!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu).
Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perlis jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut.


Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berzaman aku dengar pasal Padang Besar ni, sejak kecik kot. Dan aku pon tak ingat samada aku pernah jejakkan…

Sehari Di Bohey Dulang Dan Sibuan Island, Semporna

Assalammualaikum!!!
Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita sedikit tentang trip aku ke dua buah pulau yang terletak di dalam Daerah Semporna, Sabah. Sebelum tu moleklah kiranya aku cerita dulu macaman aku boleh ke sana.
Kisahnya, aku telah join satu group Instagrammers di Tawau ni (@Towautown) yang telah menganjurkan satu aktiviti meet up dengan followers IG mereka ke Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan. Memandangkan aku memang 'mereput' habis kat Tawau ni, makanya aku dengan pantas send whatsapp kat Qimayra (admin @tawautown) bagitau nak join trip tu. Alhamdulillah dengan pantasnya aku terus bayar duit trip yakni RM 87 (termasuk makan/ duit bot/ duit bas) dari bandar Tawau! Fuh start hari pertama bayar tu dah tak sabar-sabar dah aku menghitung hari.
Tiba hari yang dinanti, kami berkumpul di hadapan Dewan Masyarakat Tawau seawal jam 7.00 pagi. Dari situ kami menaiki dua buah bas yang disewa khas (aku tak tau berapa harga sewa bas tu sebab dah termasuk sekali dalam harga pakej…

Food Hunter: Rumah Makan Cibiuk, Kajang - Selera Masakan Sunda

Assalammualaikum!!!
Sekarang ni dah masuk dalam 10 hari terakhir Ramadhan, amacam semua? Rasanya masing-masing dah tak sabo-sabo nak raya la tu... jangan dilupa, kejar juga pahala puasa di sepuluh malam terakhir ni yer. Zakat  fitrah dah bayar ke? Kat Selangor ni masa aku bayar semalam harganya RM 7 sekepala. Bayarla zakat tu sebab ianya perkara wajib bagi yang mampu, untuk membantu pada yang memerlukan.
Ok nak cerita pasal berbuka puasa. Haritu, ada sorang member kat opis ni memperkenalkan satu restoran yang bagi aku sangat best untuk bersantap bersama keluarga dan kawan-kawan. Bagi sesiapa yang teringin nak merasa masakan Sunda (salah satu bangsa di bahagian Jawa Barat, Indonesia) boleh la cuba datang ke restoran ni. Nama restoran yang aku maksudkan ni adalah Rumah Makan Cibiuk! Dengan tag line "Rajanya sambal" memang sesuia la sangat sebab di rumah makan (restoran) ni disediakan pelbagai jenis sambal (sambal belacan, sambal halia, sambal mangga dan lain-lain) serta ulam-u…