Posts

Cam-Whore : Edisi Rayau 2!

Image
Cepat betul masa berlalu sekarang ni. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mei tahun 2010! Hari tu pada entry yang lepas aku ada janji untuk menceritakan sambungan kisah aku di Singapura . Maaf sebab lambat update sebab banyak betol benda belaku, agak sibuk aku kesana -kemari menjelajah tempat-tempat menarik. Nanti aku akan ceritakan dalam entry akan datang. Ok kali ni aku akan ceritakan beberapa lagi tempat menarik yang aku sempat pergi sepanjang aku di Kota Singa itu. Setiap petang bila habis saja kelas, aku dan kawan-kawan baru tak melepaskan peluang merayau-rayau di Kota Singa . Antara tempat yang banyak kali kami pergi adalah Arab Street dan Bugis Street. Di Arab Street terdapat banyak kedai makanan Muslim , beberapa malam juga aku dan F dan juga seorang PRIA dari Indonesia (chewah pria la sangat!!!) ke Arab Street untuk makan malam. Tak susah untuk ke sana, kami menaiki bas dengan tambang hanya SD1 ( RM 2.30 ).Di Bugis Street pula terdapat banyak gerai jualan cender...

Hot Spot! Edisi Rayau

Image
Seperti yang dijanjikan, kali ni aku akan kongsikan beberapa tempat menarik yang aku lawati di Singapore. Walaupon tak banyak tempat yang aku pergi, tapi dalam masa 14 hari, cukup untuk aku menyesuaikan diri dengan keadaan di Kota Singa itu. Untuk pengetahuan, kelas aku bermula jam 9 pagi setiap hari sampailah ke pukul 5 petang. Bukan sepanjang masa aku di kelas, kadangkala ada hari hari kami di bawa melawat ke kilang-kilang dan kawasan-kawasan yang related dengan tugas aku. Yang paling menarik sewaktu kami dibawa ke S emakau Landfill. Apa landfill ?? Yup satu-satunya landfill yang ada di Singapura . Yang uniknya, Singapura , sebuah negara yang langsung tidak mempunyai sumber alam, dan hanya bergantung kepada aktiviti ekonomi, namun ia menghasilkan sampah yang banyak setiap hari. Sebahagian besarnya dilupuskan melalui pembakaran di Insinerator dan cuma sebahagian kecil sahaja yang dilupuskan di tapak pelupusan di Pulau Semakau . Kalau aku sebut tapak pelupusan sampah, mesti kor...