Posts

Nak Selamatkan Burung Kenalah Bunuh Kucing!

Image
Adoyai sejak kebelakangan ni banyak pulak segmen-segmen pendidikan alam sekitar aku terapkan dalam blog ni kan? Bukan apa, sebenarnya saja nak simpan data-data berkenaan kes-kes alam sekitar kat sini supaya nanti senang aku nak buat rujukan. kehkehkeh...Disamping tu boleh jugak share maklumat dengan sesiapa yang sudi baca benda-benda cam gini kan? Sekarang ni macam-macam hal berlaku, dan yang terbaru aku dapat sebuah artikel yang secara tersiratnya berbunyi begini, "Nak selamatkan burung kenalah bunuh kucing!" Boleh ker macam tu? Ok, lets me explain a bit about this article . Kerajaan Australia telah bercadang untuk 'menyingkirkan' kucing-kucing yang berkeliaran di sebuah pulau di Australia bagi menyelamatkan burung-burung laut. Ini adalah kerana burung-burung laut tersebut diancam serangan bertubi-tubi oleh kucing-kucing tersebut. Tetapi, rentetan daripada keputusan tersebut, muncul pulak satu permasalahn baru iaitu kewujudan generasi tikus dan arnab yang begitu ber...

Oh Piala Ku

Image
Hari tu aku ada buat entry pasal Liga Badminton kan??? Ha ni aku nak tempek dia punya hadiah..kehkekeh walaupun dapat hadiah saguhati...aku tetap berbangga sebab bertungkus lumus bermain untuk pasukan pada masa tu!! Oh Piala Ku... Terharu sungguh perasaan ini apabila diserahkan piala saguhati..[ni baru dapat piala saguhati dah ada entry macam nih, kalau dapat jadi johan agaknya aku buat entry seminggu berturut-turut kehkehkeh]. So marilah beramai-ramai menghayati keindahan piala yang tak seberapa ini [tapi sangat bermakna bagiku] Kehkehkeh. Janggeltrekker

Lagi Pasal Ikan Paus -Jepun dan Ikan Paus

Image
Tertarik dengan satu petikan akhbar yang ditulis oleh wartawan Jay Alabster berkenaan Tabiat Pemakanan Masyarakat Jepun terhadap Ikan Paus, aku pun membuat beberapa siri bacaan berkenaan artikel berkaitan, sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama di sini. Dari pemahaman aku, masyarakat Jepun telah mula memakan daging ikan paus sejak dari zaman Perang Dunia Ke-2 lagi, dan tradisi ini telah diturunkan oleh datuk nenek mereka sejak itu. Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak seperti pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan [NGOs], dan beberapa persatuan pencinta alam yang bergiat aktif di seluruh dunia, namun, masyarakat Jepun yang terkenal dengan budaya dan teknologi yang tinggi itu masih teguh mempertahankan tabiat pemakanan yang sebegitu. Kenapa tidak boleh? Ramai di antara mereka [masyarakat Jepun] yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. "Kenapa orang lain menghalang kami daripada memakan makanan yang telah kami makan sejak berakhirnya Perang Dunia Ke-2 lagi...

Projek Teater: Makyung "Raja Besar Senyanya"

Image
Assalammualaikum! Sanggar seni tahun ini dimulakan dengan pementasan Makyung bertajuk "Raja Besar Senyanya". Bertempat di Lambang Sari, Istana Budaya semalam, 9 Januari 2009, aku dan rakan berpeluang menyaksikan sebuah karya pementasan makyung, arahan Fatimah Abdullah. Dengan tiket berharga RM 23 ringgit yang telah dibeli awal mingu lalu, kami pun bergegas ke IB setelah habis kerja. Nasib baik jalan tak jem, so sempat jugak la bermalas-malasan di perkarangan IB sebelum menyaksikan persembahan Makyung itu. Terus terang aku katakan, aku memang tak pernah menonton mana-mana persembahan Makyung sebelum ini, dan ini merupakan kali pertama aku menyaksikannya. Persepsi terhadap persembahan Makyung pada mulanya, agak samar-samar, memandangkan ianya hanya popular di kalangan masyarakat Kelantan dengan loghat bahasa yang agak sukar difahami. Tapi setelah menonton persembahan Makyung pada malam tadi, dengan bangganya aku mengatakan bahawa Makyung bukan sukar, ianya sesuai untuk tont...

Lebih 1000 Spesis Baru di Temui!

Image
Sudah lama sebenarnya aku simpan artikel ni untuk ditempelkan di sini tapi baru harini tergerak hati nak share. Its all about amazingness of our nature . Mula-mula baca macam ragu-ragu jugak, masih adakah spesis-spesis baru yang ditemui di zaman-zaman canggih ni? Maklumlah sejak berkurun-kurun lamanya manusia dah explore segenap pelusuk alam dan aku agak mesti dah habis jumpa benda-benda baru punya. Tapi ternyata aku silap, keajaiban ciptaan Allah tidak pernah habis, akan sentiasa wujud sesuatu yang diluar dugaan kita sebenarnya. Subhanallah... Artikel tersebut mengenai penemuan lebih 1000 spesis baru ditemui di Southeast Asia's Greater Mekong region sejak sedekad yang lalu! Dan ini termasuklah penemuan terbaru seekor labah-labah [spider] sebesar sebiji pinggan makan! [kenyataan oleh WWF]. Adoiai aku tengok lelabah sebesar ibu jari kaki pon dah geli, inikan pulak labah-labah sebesar pinggan makan!!! Kalau tak percaya, tengok video kat bawah tu, seekor labah-labah sedang makan se...

Salam Alaik!!!

Image
Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2009! Ini merupakan entry pertama untuk tahun ini. Agak lama juga aku menyepikan diri, tapi tidak bermaksud tiada kunjungan ke blog-blog lain, masih ada cuma tidak meninggalkan jejak sahaja. Tahun 2009 bagu aku bermula dengan agak tenang, mungkin sebab banyak cuti [Krismas, Tahun Baru dan cuti-cuti sampingan yang lain]. Banyak juga aktiviti yang dijalankan sepanjang percutian tersebut, kalau ada masa nanti akan ditempelkan juga di sini...kalau takde orang nak baca pun, aku boleh baca sendiri...boleh senyum sendiri...boleh gelak sendiri...boleh feeling sendiri..Gheeehhhh. Dah masuk hari keenam tahun baru, semangat untuk bekerja pun sebenarnya masih berkobar-kobar. Yelah, azam tahun baru aku adalah untuk lebih fokus pada kerjaya. InsyaAllah akan aku kotakan janji itu. Tapi aktiviti-aktiviti sampingan tu still akan berjalan juga. Mana boleh tinggal. Kalau tak, tak ceria la kehidupan Kan?. Cerita pasal aktiviti sampingan, tetiba teringat dengan tiga ...

Life Must Goes On..

Image
Alhamdulillah, setelah bercuti panjang akhirnya hari ini kehidupanku kembali normal. Bukan nak kata masa cuti aku jadi tak normal, cuma kurang normal sikit tu ada lah hehehe. Percutian kali ni amat bermakna memandangkan ianya percutian terkahir bagi tahun 2008. Hmmm I will miss all the bullshit things happened. Kenapa nak dikenang??? Bukankan ia menyakitkan hati saja??? Kadangkala perkara-perkara begitu eloklah dikenang supaya menjadi iktibar dan pengajaran untuk menghadapi masa hadapan. Kan ker pengalaman itu satu pengajaran! Yang pasti Tahun 2008 merupakan satu tahun yang TIDAK begitu indah dalam hidup aku. Macam-macam perkara buruk berlaku yang bukan calang-calang buruknya, dah capai tahap dewa dah.., tragis!!! Tapi bukan semua yang berlaku itu buruk, ada juga perkara-perkara manis yang mengneutralkan keadaan itu. Alhamdulillah, Allah sentiasa mengasihi hambaNya ini.... Ini mungkin entry terkahir untuk tahun ini [kalau tetiba ada mood nak menulis lepas nih, ada la lagi entry..untuk ...