Posts

Cubalah Untuk Mengerti

Image
Assalamualikum.... [refleksi diri sendiri... legacy seorang sahabat] Ramai orang suka menyalahkan orang lain bila terjadinya sesuatu musibah kepada diri mereka. Amat jarang yang mahu menyalahkan diri mereka sendiri. Kenapa? Sebab itu adalah lumrah manusia, sebaik-baik kejadian adalah manusia, mereka dikurniakan akal untuk berfikir, jadi mereka cuba mencari jalan untuk tidak membebankan diri mereka sendiri. Memang susah untuk mencari pendamping yang benar-benar faham dengan apa kehendak kita. Percayalah, dalam segenggam padi, bukan semuanya elok, pasti ada yang rosak. Aku sering terfikir tentang keaadaan, mengapa begini? Mengapa begitu? Semua itu terjadi semestinya bersebab...ada hikmahnya. Tapi kadangkala aku tak berapa nak faham, apakah hikmah yang cuba ditunjukkan kepadaku sebab kejadian itu berlaku dalam keadaan yang tidak logik. Pasti ada percaturannya. Allah maha Mengetahui. Memilih? Siapa yang tidak pernah memilih? Tak salah untuk memilih yang terbaik bukan...

Trip To Bali - Tips and Tricks Part II

Image
Assalamualaikum!!!! [Sambungan dari SINI ] Sambung semula kisah ke tanah seberang. Sebetulnya banyak yang dapat kita pelajari kalau rajin menjengah ke tempat orang. Tak kiralah luar negara atau pon di Malaysia sendiri. Allah sendiri sudah berfirman bahawa ilmu itu adalah seluas lautan, kita baru mendapat setitis darinya sahaja. (ehmmmm kalau salah tolong betolkan yer). Aku teruskan dengan kisah-kisah perjalanan aku ke Bali dan peristiwa yang boleh dikongsikan di dalam entry ini. Pengalaman 5: Jom Berlepas! (Naik Pesawat) Bagi yang dah biasa turun naik pesawat (kapal terbang) pasti pernah mengalaminya. Kalau kita dapat seat sebaris dengan kawan-kawan yang kita suka memang best! Tapi kalau dah berpecah belah, sorang di depan...sorang di tengah dan sorang dibelakang memang tak syok lah. Nak bersembang dengan sapa pon tatau, kalau jiran sebelah jenis kaki sembang, oklah boleh layan, tapi kalau buatnya orang Korea ke, Jepun ke huhuhu tido sajalah. Sebaik-baiknya tido sa...

Trip To Bali - Tips and Tricks Part I

Image
Assalamualaikum... Sebenarnya dah lama aku terpikir nak tulis pasal benda ni. Mengenai tips percutian. Ops sebetulnya aku bukanlah orang yang paling layak untuk memberikan tips terutama mengenai percutian. Sebabnya kadangkala aku sendiri pon kantoi. Tapi tu lah, kalau kita tak rasa, kita takkan tahu...betol tak? Bila dah tahu, kenalah kongsi-kongsikan kepada sesiapa saja yang nak tahu. Sebetulnya aku nak bagi tips untuk sesiapa yang nak bercuti di Bali ya. Aku tahu, Bali merupakan satu tempat yang sangat terkenal di mata dunia dan semestinya ramai yang mendambakan untuk ke sana, alhamdulillah aku dah berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah Bali tahun 2011 ni. Sebagai rekod, aku sebelum ini memang tidak pernah menjejakkan kaki ke Indonesia. Trip ke Bali bersama Geng Ungu merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke tanah Jawa , ya tanah nenek moyang aku dulu la (sebab datuk aku berasal dari kepulauan Jawa - way back to 100++ years ago ). Ok jom aku share beberapa pengala...

Buat Kawan-Kawan Yang Kita Suka

Image
Assalamualaikum... [ Mood : Monday blues ] Entah kenapa la gamaknya, asal hari senin jer aku rasa tak happy, asal hari senin je aku rasa tak semangat...haish please please please kembalikan hari-hariku yang ceria! Belom hilang penat melaram di Bali , minggu ni aku nak kena terbang lagi. Adoi penat ler...tambahan pulak mood kayap sekarang ni, semua hasil pelaburan telah disalurkan ke gerai-gerai makcik di Bali . Huwaaaaaa mana mau cari royalti? Mau jual apakah??? Sekarang ni apa yang laku yer??? ehem ehem... Sepertimana yang aku ramal sebelum ni, semua kenangan tu akan jauh ditinggalkan di belakang. Susah nak jumpa keceriaan yang pernah dikecapi sebelum ni. Semuanya HANYUT dengan dunia realiti. Alangkah bagusnya kalau boleh hidup di alam fantasi!!! (jangan bermimpi la kome) sebab dunia fantasi ni hanya milik KANAK-KANAK yer! Jadi sila kembali ke alam nyata. Buat teman-teman:- Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku. Terima kasih sebab sudi layan karenah aku. Terima kasih...

Trip To Bali - Part III (Geng Ungu)

Image
Assalamualaikum!!! [Mode KeBALIan makin menipis...tapi tetap happening!] Biasa la bila balik dari bercuti, tak kesahlah samada di dalam atau di luar negara pasti kite (aku sebetulnya) akan rasa kerinduan pada tempat yang dilawat tu. Betol!!!! aku rasa sekarang ni aku jadi demam rindu la sama itu tempat! Huhuhuh....pagi, petang, siang dan malam asyik dok ulang-ulang tengok gambar-gambar di sana. Huhuhu ni lah penangan kalau pergi bercuti. Kadang-kadang aku tak pernah cakap pada orang pun pasal hati dan perasaan. Masa balik dari Penang dulu pon, aku amek masa jugak nak hapuskan rindu tapi yang tu aku pendam sorang-sorang je. Hahah (lari topik) Ok back to the story . Hari ketiga di Bali , kami memulakan perjalanan seawal jam 3.30 pagi!!! Menurut Mas Yanto, tempat yang kami nak pergi tu mengambil masa perjalanan 3 jam dan meredah gunung! Waduh waduh jauh tu Mas! Tapi demi meraih pengalaman, kami semua gigih bangun jam 2.30 pagi bersiap sedia untuk melihat DOLPHIN di utara Pula...