Posts

Doraemon Rupanya!

Image
Assalamulaikum! Pepagi buta masa aku on the way ke office smalam aku dikejutkan dengan seekor mahkluk yang sangat kiut dan montel terbang di ruang angkasa Putrajaya! Owh rupanya Doraemon !!!! Apakah yang Doraemon tun buat kat Putrajaya? ?? Darth Vader pon ada jugak?????? Haish nak berperang ker atau nak main aci nyorok di sebalik pokok-pokok hiasan di Putrajaya ? Rupa-rupanya semalam dah start Festival Belon Udara Panas kali ke-3 di Putarajaya !!! Mantap! Banyak belon baru berbanding tahun lepas. Aku pon seawal pagi (Sebelom opis hour yer! jangan cakap aku ngulor pulak!) Terus bergegas ke tapak festival di Presint Dua , ala tapak pasar malam di depan Monumen Alaf Baru tu. Best sangat bila tengok bebelon ni semua terbang di udara! Ok nanti aku melaporkan untuk harihari berikutnya. Banyak lagi nak tembak nih. Festival ni sampai hari Ahad, so jom reramai ke Putrajaya! PEACE!  

Kejadian Misteri

Image
Assalamualaikum... Ada beberapa peristiwa berlaku minggu ni ..(fuh straight to the point aku nih) Yang pertama, opismate aku hilang kasut kat opis. Huhuhu opis pon dah jadi tempat tak selamat sekarang ni? Kejadian berlaku sekitar jam 5 petang, masa tu staff pon dah ramai yang balik rumah dan member aku ni meninggalkan "kasut kulit berjenama" dia di bawah meja untuk pergi solat Asar . Balik-balik dari solat kelihatan kosong di bawah meja, tiada kelibat kasut kulit berjenama itu. Kesian dia... Sebenarnya macam-macam perkara pelik jugak pernah berlaku dalam opis aku ni, hmmm rasanya tak payah la cerita kejadian-kejadian mistik dan misteri tu, cukup sekadar aku bagitau yang memang ada perkara-perkara pelik berlaku. Rasanya boleh panggil blogger Nick Irfan kot buat siasatan pasal perkara-perkara mistik nih? hahhaa gurau jer!!! Ok move to another story, smalam pulak ada satu tugasan untuk mencari gambar-gambar terbaek untuk dimuatkan di dalam laporan Pelan Strategi...

Bulan Kesedihan

Assalamualaikum... Minggu yang sangat sederhana dan rasanya seluruh dunia merasa kesedihan. Bagi aku ini merupakan minggu kesedihan berganda kot. Kenapakah? First: Aku eksiden, Al-FariS koma dan masih di wad menunggu waktu dibedah. Aku pasrah dan bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku dan tidak mengapa-apakan aku. Alhamdulillah. Second: Jepun dilanda gempa bumi yang paling teruk dalam sejarah hidup aku. Siap ada tsunami l agi, dan selama aku hidup dah dua kejadian tsunami besar aku dapat lihat (walaupun bukan dengan mata kepala sendiri ( live ) tapi ia cukup menggerunkan). Walaupun kejadian gempa bumi dan tsunami tu bukan berlaku di Malaysia , namun ia sedikit sebanyak menggugat hati dan perasaan aku jugak. Siapa tak sedih bila lihat kemusnahan dalam sekelip mata kan? Tambahan pula aku ada sahabat di sana dan dia selamat. Alhamdulillah ..mendengar dia bercerita mengenai gempa bumi, bangunan-bangunan tinggi bergoyang-goyang seperti jelly, subhanallah , mujur semuanya ...

Kita Tidak Dibiarkan Sendirian

Image
Assalamualaikum... Tak siapa akan menyangka nasib yang akan dilalui oleh mereka. Semuaya di atas percaturan Allah SWT . Susah, senang, sakit, sihat, takut, berani dan sebagainya akan datang paling tidak sekali dalam hidup, dan sekiranya kita lepas menghadapi ujian itu maka bersyukurlah kerana itu bermakna Allah masih sayangkan kita. Dugaan itu bukan datang dengan sengaja, itu tanda wujudnya perhatian. Walau bertimpa-timpa ujian yang digugurkan ke atas aku, aku redha dan cuba berfikiran positif. Semua itu ada hikmahnya dan tidak berlaku dengan sia-sia. Dugaan juga menjadikan kita lebih dekat dengan Allah, dengan keluarga dan dengan kawan-kawan. Sesungguhnya kita tidak akan dibiarkan hidup sendirian, paling tidak Allah akan menghadirkan seseorang walaupun kita tidak kenali atau tidak pernah ambil tahu, datang menghulurkan bantuan. Itu memang pasti kerana itu juga pernah terjadi pada aku. Syukur kerana aku masih bernyawa, syukur kerana tidak terlalu berat ujian  MU berbanding a...

Goodbye Chempaka : Welcoming Cik Melatie

Image
Assalamualaikum!!! Fuyoooo lama plak terbiar blog aku ni. Ahaha biasa la kalau takde benda nak dicerita, memang jadi hutan banat la blog ni. Anyway thanks la pada yang sudi singgah walaupon tak ber update. Alhamdulillah juga, Chempaka telah selamat dijaga oleh orang baru...Sedih!!! Macam-macam perkara dah kami harungi bersama dan dah banyak tempat kami pergi, panjat bukit, masuk hutan, redah lautan, seberang laut bagai semua aku dan Chempaka dah buat. Tapi bila masa nak berubah, terpaksalah aku serahkan dia kepada penjaga baru. Babai Chempaka semoga kamu tenang di sana. Jadi apakah yang menggantikan Chempaka ??? (Senyum,... senyum sambil membelai-belai kekasih baru. Ehem diperkenalkan mata baru aku yang bakal menghiasi kebanyakan gambar di dalam blog aku selepas ini! Cik Melatie !~ Amacam? Masih mengekalkan nama-nama klasik kan!~ Ngeeee~ Cik Malatie ni dari spesis golongan pertengahan. Tinggi sikitla tarafnya dari Chempaka , nak jaga pon susah, maklumlah semua keperluan nak...

Broga Hill : Part Two Bersama Geng Ungu

Image
Assalamualaikum!!! Tak habis lagi sakit kaki aku ni sebab pergi mendaki Bukit Broga minggu lalu. Hahah macam ni la kalau tak biasa memanjat, tapi at least ada kemajuan dalam hidup! Ye tak? OK mai sini aku nak cerita (cer citer cer citer). Hujung minggu lepas aku, KJ, HD dan MN telah mendaki Bukit Broga di Semenyih. Ini merupakan kali kedua aku memanjat Bukit Broga tu, Kali pertama dalam tahun 2009 kalau tak silap aku. Si KJ dan HD dah banyak kali naik dah manakala MN pulak merupakan pertama kali mendaki bukit ni. Jadi excited si MN ni terlebih sikit la. Seawal 4.30 pagi aku dan bangun dan bersiap-siap. Berjanji berkumpul di Putrajaya dengan kawan-kawan pada jam 5.30 pagi. Cadangnya nak menyaksikan keindahan alam, matahari terbit! Jadi gigihla kami bangun awal pagi. Sampai di kaki Bukit Broga lebih kurang jam enam pagi dan kami terus memulakan pendakian. Adoiaiii semput jugak, tapi kali ni tak la seteruk pendakian kali pertama dulu, kali ni lebih pantas dan steady kot hah...

Projek Teater: Terima Kasih Cinta (Muzikal)

Image
Assalamualaikum!!! Mode Teater telah marey! Bagi sesiapa yang menggemari Filem Cinta yang pernah ditayangkan beberapa tahun dulu, pasti tak sabar -sabar mahu menonton Teater Muzikal Terima Kasih Cinta!. Sebenarnya memang tak ada dalam perancangan pon nak menonton Terima Kasih Cinta , tapi memandangkan tiket adalah hasil sepenuhnya disponsor oleh Encik Deennasour, maka terjebaklah jugak aku. Thanks ya Deen !~ Teater Terima Kasih Cinta dipentaskan di Istana Budaya bermula 19 Februari 2011 menampilkan beberapa nama besar dan selebriti yang agak dikenali ramai. Antara yang menarik perhatian adalah dengan kemunculan Latiff Ibrahim yang memegang watak Cikgu Elyas sangat mengimbau nostalgia zaman kegemilangan lakonannya dahulu. Suara pon mantap beb!!! Digandingkan bersama Safura Yaakob yang pernah memenangi beberapa anugerah utama perfileman, memang best suara diorang semua. Safura memegang watak Rubi. Teater Terima Kasih Cinta adalah adaptasi daripada Filem Cinta yang memapar...