Posts

Eksplorasi Stong Part 2 : Dari KL ke Dabong (Hutan Simpan Gunung Stong)

Image
Assalamualaikum!!! Tatkala aku buat entry ni, ada pulak kengkawan yang sedang bergumbira merancang pengembaraan dengan promo AA . Haish diriku sangat jeles, tapi apakan daya aku hanya mampu mendengar cerita-cerita indah mereka. OK back to the Stong . Sambungan dari SINI. Perjalanan melebihi 11 jam menaiki keretapi Senandung Wau sedikit pon tidak melemahkan semangat aku. Walaupun lama, tapi sebab perjalanan waktu malam, tak terasa pon jarak masa yang panjang tu. Lagipon aku lebih banyak tidur dari berjaga. Cuma sesekali terkejut jugak bila keretapi tiba-tiba bergoyang ala-ala gempa bumi.Pasrah. Akhirnya keretapi berhenti jugak di destinasi yang di tuju, iaitu Dabong, Kelantan. Ini merupakan kali pertama aku ke Dabong. Sebenarnya aku tak tau pun kat mana letaknya Dabong dalam peta negeri Kelantan tu. Yang aku tau Gua Musang, dekat dah dengan rumah aku kat Perak tu cuma Banjaran Titiwangsa saja yang memisahkannya. Tepat jam 7.55 pagi kami tiba di Stesen Keretapi Dabong. ...

Eksplorasi Stong : Penjelajahan Bermula!

Image
Assalamualaikum!!! Lepas sudah percutian panjang aku kali ini. Walaupun penat tapi ini merupakan satu pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan. Sebab? Ini juga merupakan pertama kali aku ber camping (keinginan yang tak pernah tercapai sebelum ini) dan juga pengalaman pertama menaiki gunung yang jauh lebih tinggi daripada Bukit Broga dan Bukit Tabur , dan juga pengalaman pertama menjejakkan kaki ke puncak Air Terjun yang tertinggi di Asia Tenggara ! Nampak tak betapa special nya eksplorasi aku kali ni? Ok biar aku ceritakan dari mula. Perancangan awal dibuat sebulan sebelum tarikh jadinya eksplorasi iaitu dalam bulan Ogos bersamaan bulan Ramadhan . Masa tu hati aku berbelah bagi samada nak join atau tidak, sebab aku pernah cakap masa naik Bukit Tabur di Gombak dulu yang itu merupakan kali terakhir aku mendaki, tobat tamau naik mana-mana bukit dah lepas ni. Pikir-punya pikir, aku pun bersetuju untuk join trip ni memandangkan KJ dan Che' Mud dah beria-ia mengaja...

Rehat Otak

Image
Assalamualaikum!!! Mode : Lega dan Happy (sambil humming lagu SMURF "lalalalalal sing a happy song~") Seminggu dua ni aku sangat sibuk dengan kerja sampai kadangkala kerja hakiki tak terbuat sebab tepaksa buat kerja yang tak hakiki ni...Apa benda kerja tak hakiki tu? Sebenanya aku sibuk dengan Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Peringkat Wilayah Persekutuan. Haish tak sangka pulak panjang langkah group aku. Syukur sampai peringkat Wilayah. Dah nama pon ketua, jadi memang tanggungjawab nak pastikan persembahan kumpulan aku berjalan lancar tu sangatlah besar. Stress jugak bile pikir benda-benda ni. Takpelah dah rezeki sampai ke situ kan. Ada 22 kumpulan bertanding dan kumpulan aku buat persembahan yang pertama! Adoi apa punya naseb la tangan aku pergi pilih no 1 masa cabut undi haritu...Pasrah. Alhamdulillah pertandingan dah selesai pagi tadi dan seperti dijangka kumpulan aku tak menang pun ke Peringkat Kebangsaan bulan depan. Takpelah bukan rezeki kami. B...

Projek Terbaru

Image
Assalamualaikum!!! Tamau dah citer pasai hari raya, sebab mode raya aku dah pupus kot...(sedih sebab takde sape ajak pergi open house ) *eh ada la cuma tak dapat pergi hahahaa. Sorry ye pada yang menjemput tapi saya ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Minggu lepas aku ada satu projek baru, projek yang memang tak pernah aku buat tapi disebabkan ada permintaan dan atas dasar tanggungjawab maka aku dan beberapa orang kawan telah menjayakan projek ini. Projek apa agaknya ye? Sebenarnya aku dan beberapa orang kawan telah diminta untuk menembak seorang baby yang baru berumur 5 minggu! Comel dan kiut!!!  Nama baby ni Zulaikha !~ Persiapan sebelum menembak amat penting, seminggu sebelum tu aku dah ada buat homework sikit-skit, then kami juga kena keluar modal untuk beli beberapa jenis props seperti kain dan hiasan untuk baby. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Gigih tau aku merempit lepas kerja pergi Jalan TAR untuk beli props . Pada hari kejadian, aku bertolak ...

Kami Penat Bila Tiba Hari Raya (Tapi Puas)

Image
Assalamualaikum!!! Hahaha tak habis-habis lagi cerita raya. Kan raya sebulan, aku rasa ramai yang bakal mengembongkan perut dengan jemputan-jemputan open house di rumah sesiapa sahaja yang menjemput. Alhamdulillah hujung minggu ni aku pun ada 2 jemputan Rumah Terbuka Hari Raya ...tapi belum pasti dapat pergi ke tak, tengok keadaan la. Berbalik cerita pasal hari raya, aku dan family balik ke kg arwah atok dan opah di Ipoh pada hari raya ke 3. Alhamdulillah, walaupun atok dan opah dah tak ada tapi masih ramai saudara-mara aku di Ipoh, adik beradik mak aku memang ramai, setanding adik beradak ayah aku! Jadi kesempatan pulang ke rumah atok dan opah kami semua mengadakan majlis perhimpunan keluarga. Memang setiap tahun sejak pemergian kedua nenda tercinta kami akan berkumpul pada hari raya ke 3 di rumah arwah dan bertukar-tukar cerita. Maklumlah ada di antara kami yang berjumpa hanya setahun sekali. Masa tu lah nak bincang pasal kawin anak, pasal hari keluarga, pasal kebajikan da...

Jom Makan Pecal dan Sambal Taun (Tahun) : Selamat Hari Merdeka!

Image
Assalamualaikum!!! Tak habis-habis lagi kisah raya aku kan! Mesti dah ada yang termuntah nak baca. Ok la malas dah citer kisah perilaku sengal aku time-time raya. Aku terus cut the story je lah. Hari Raya Kedua, semua dah tau yang kita juga menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke???? Kompom ramai yang tatau tu, semestinya yang ke-54 tahun! dah tua dah negara kita ni, tapi pemikiran rakyatnya masih ramai yang macam belum akil baligh...betul tak? Maksud aku, masih tak maju ke hadapan la, tak matang berfikir untuk menyaksikan negara kita lebih berdaya saing. Dalam sebok-sebok beraya, sempat juga tembak pose-pose merdeka/patriotik/sengals! Hahahaaa. Tu dia, kengkononnya TUGU NEGARA la tu!!! Pemuda harapan bangsa, Pemudi TIANG negara...tu semua tiang tu pemudi la tu wakakakaka. Oklah, entry kali ni aku nak cerita pasal juadah paling popular kat kampung aku bila tiba hari raya! (tak sah kalau takde entry makan!). Pepagi raya, menu wajib yang kena ada atas me...

Hari Raya Pertama (1 Syawal) Semakin Menjadi-Jadi

Image
Assalamualaikum!!! Sambungan dari SINI Kalau diikutkan memang penat bila sehari suntuk beraya, manakan nak pergi beraya rumah orang, lepastu melayan orang beraya kat rumah nenda lagi. Kalau dulu masa kecik-kecik bolehlah buat hal sendiri, main tepi longkang, main mercun, meriam semua...tapi sekarang dah officially kena jadi penyambut tetamu pulak, sebab mak bapak pergi beraya, kita tinggal rumah..*hehe alasan malas nak jadi driver. Raya tahun ni pon dah tak banyak rumah yang kami ziarah. Selalunya kami sekeluarga akan beraya di rumah yang mana orang-orang tuanya (adik-beradik nenda aku) masih ada. Mana yang dah meninggal tu kami tak pergi dah sebab kebiasaannya rumah tu pon dah tak ada orang, anak-anak mereka pon mungkin tak balik beraya. Jadi tahun-demi tahun menyaksikan penurunan jumlah rumah beraya. Tak kisah la janji rumah nenda aku meriah. OK, sebelah petang tu, lepas dah bosan asyik pergi beraya rumah orang je, aku dan kazen-mazen aku pakat ramai-ramai nak buat...