2008-06-11

Kerja -Minyak-Training-Semua Jadi Satu!

Rabu :: 4 Jun 2008

Whushhh dah berapa hari tak dapat online..akhirnya malam ni dapat juga masa untuk update blog. Sejak hari Rabu lagi aku dah kene pergi outstation. Ish lama jugak tu, aku kene pergi melawat ke satu tapak projek di Mersing, Johor. Sebenarnya itu bukan direct projek yang aku handle tapi aku ditugaskan untuk mengiringi rakan sekerja ke sana. Projek mega punya pasal, macam-macam hal berlaku. Aku dan kawan aku, Amir bertolak dari ofis jam 2.30 petang. Dari Putrajaya ke Melaka, aku memandu kereta sendiri sambil mengikut kenderaan pejabat. Napa plak naik kete sendiri?? Haaa nanti aku bagi tau. Dah park kereta di Ayer Keroh, Melaka, aku pun naik kenderaan pejabat menuju ke lokasi di Mersing. Ish jauh betol.!!!! Hampir 5 jam perjalanan, ada sesuatu yang menarik dapat aku rakamkan. Tiba-tiba sampai di pekan Keluang, kesesakan lalulintas berlaku. Ish pelik jugak, kat pekan kecik macam ni, jem mengalahkan KL.!!! Rupa-rupanya, kesesakan berlaku akibat kenderaan yang beratur ke stesen minyak berhampiran! Whushhh penuh tu.....!!! Pelik jugak..bile selidik punya selidik akhirnya kami dapat tahu yang harga minyak akan naik pada keesokan hari. Patut la pun!!! Terkejut juga aku bile dapat tahu, harga minyak naik sebanyak RM2.78 sen seliter!!! Wah, tak pernah lagi harga minyak naik setinggi ini! Memang besar impaknya kepada ekonomi negara. Sama-sama la kita lihak apa yang akan berlaku. Yang pastinya, banyak sok sek sok sek akan kedengaran untuk satu tempoh masa yang lama.


Keadaan Traffik yang sesak di Stesen Minyak [Lokasi::Keluang]

Kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki 45 km ke bandar Mersing. Di mana-mana sahaja kelihatan stesen minyak yang padat dengan kenderaan menghiasi pemandangan di bahu-bahu jalan. Akhirnya setelah lebih kurang 1 jam perjalanan, kami pun tiba di bandar Mersing lebih kurang jam 9.00 malam. Huh kejutan lagi! Bandar Mersing yang setahu aku, aman damai dan tenang, mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk!!! Semuanya gara-gara harga minyak yang bakal naik esok. Kami terperangkap hampir satu jam. Padahal, hotel tempat kami menginap tidak jauh dari tempat kami tersekat. Kami sempat lepak di sebuah Bistro di jeti Mersing sementara menunggu kesesakan itu reda. Akhirnya, pada pukul 11 malam, kami berjaya sampai ke hotel dan check in. Lega, akhirnya dapat jugak berehat dengan tenang sementara menunggu hari esok yang pastinya penat!

Khamis :: 5 Jun 2008

Pagi-pagi lagi aku dah terjaga, entah kenapa tidur pun tak lena semalam. Setelah selesai mandi dan bersiap apa yang patut, aku dan Amir turun breakfast tepat jam 8.00 pagi. Program lawatan akan bermula jam 9.00 pagi di mana kami dikehendaki berkumpul di pejabat JPS Mersing untuk mendengar satu taklimat daripada pihak pemaju dan consultant projek. Setelah selesai membentankan taklimat, ahli rombongan seramai lebih kurang 20 orang dibawa ke jeti Mersing untuk menaiki bot dan melihat tapak projek. Hmmm naik bot lagi??? Harap-harap tak mabuk macam perjalanan ke Redang dulu. Lama jugak perjalanan di atas bot tu, lebih kurang sejam setengah kami berlegar-legar di lautan Mersing! akhirnya jam 12.30 kami pulang semula ke Jeti. Terus kami dipelawa ke Bistro (tempat lepak malam semalam) untuk makan tengah hari. Selepas lunch, kami pulang semula ke hotel untuk berehat. Program seterusnya adalah pada jam 2.00 petang, sempat juga la tidur barang seminit dua.


Di sebelah petangnya pula, kami diawa melawat di kawasan sebelah darat pula. Jenuh juga la menjelajah dari utara ke selatan Mersing. Banyak juga benda baru yang aku pelajari. tak payah la cerita panjang, secara ringkasnya memang penat! Jam 6 petang baru kami pulang ke hotel.

Sebelah malam pula, kami dibawa ke sebuah restoran makanan laut yang terletak 45 km dari hotel kami. Adui jauhnya, dah la lapar dan penat....




Jumaat :: 6 Jun 2008

Kami akan bertolak pulang hari ini, pagi-pagi dah bersiap untuk pulang. Tepat jam 8.30 pai kami pun bertolak. Aku akan ke Melaka untuk meneruskan program aku manakala Amir akan terus pulang ke Shah Alam. Kami tiba di Ayer Keroh pada jam 12.30 tengahari. Setelah mengambil kereta, aku terus bergegas ke A'Famosa Resort. Aku difahamkan yang team aku dah sampai di sana. Hmmm kiranya aku sorang je la yang tertinggal nih! Sampai di A' Famosa Resort, aku menalifon Nazrul. Hmm besar juga tempat nih, siap sesat-sesat lagi aku, so untuk tidak membuang masa lagi, sembahyang Jumaat pun dah nak start, akhirnya Nazrul menjemput aku di satu tempat yang telah dijanjikan. Kami terus bergerak ke Masjid berhampiran. Tiba-tiba pulak satu kejadian yang tak diingini berlaku! Apa tu??? Haaaaaa tayar kereta Nazrul pancit! Aduh, apa nak buat ni?? Angin pun dah tinggal sikit. Lalu aku dan Nazrul pun terus la pergi mencari kedai tayar. Sebelum tayar pancit sepenuhnya. Kami bergegas meredah bandar Alor Gajah, hmm takda pulak kedai tayar yang jual tayar 18 inci... jalan-punya jalan akhirnya jumpa la sebuah kedai tayar Falken di bandar MELAKA!!!! jauh gak kami merantau! Jem pulak dah pukul 1.30 tengahari..hmm burn la sembahyang Jumaat.



Setelah settle mengerjakan kes tyre kereta Nazrul, kami pun balik semula ke A'Famosa Resort. Barulah aku tau, rupanya jauh kedalam tempat tinggal kami. Rumah banglo 3 biji tersedia untuk semua geng yang berkumpul di situ. Hushhh best jugak kalau dapat beli sebuah kat sini..Berapalah agaknya harga sebiji rumah tu??? Hmmm bile dah sampai .. tau-tau je lah...bermulalah aturcara yang sememangnya memberi impak maksima buat diriku sendiri hahahahaha. Program berjalan sehingga Ahad. Sepanjang 3 hari berada di A'Famosa, macam-macam pengalaman dan games yang aku dapat! Best jugak, dari berlari-lari anak di sekitar A'Famosa hinggalah menerjunkan diri ke dalam swimming pool! Semua dah rasa. hehehehe.

Ahad :: 8 Jun 2008

Program di A'Famosa tamat pada jam 1.oo tengahari. Kami bersiap-siap untuk check out jam 1.15 pm. Hm setelah mengatur kereta sepanjang jalan keluar, kami sempat juga bergambar..Program seterusnya ialah lunch di sebuah restoran yang telah ditempah di Seremban. Macam-macam hal jugak berlaku di sepanjang perjalanan tapi tetap happening!..

Dah selesai Lunch, kami pun dah siap-sedia untuk berpisah. Masing-masing nak balik ke tempat masing-masing. Sedih betol time ni...Lepas ni masing-masing dah sibuk semula. Mungkin ada yang tak sempat jumpa @ bertegur sapa. Takpe,.. semuanya demi masa depan yang cerah! Semoga kenangan ini tetap menjadi satu produk yang kekal dalam ingatan kita semua!


WASSALAM

4 comments:

  1. uish...lagu ape ni pakcik...?

    naik seram makcik dengar kat page nih....he he he....


    nway..nice blog.....keep in touch k...

    =)

    ReplyDelete
  2. [yan!e][putrajaya]:: heheh awatnye seram...ni la namanya lagu ke alam barzah! heheheh (gurau je).

    Thanks 4 the visits. Jemputla jengah selalu.

    yours nice too...

    :)

    ReplyDelete
  3. erm bestnyer kalu dpt wat gathering ngn member2 lame ek...msti happening sgt2!

    ReplyDelete
  4. .::c!kzUrA::.: Yup best tersangat-sangat tak terhingga..!!!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS