2009-02-09

Cuti Lagi...Melaka Yang Baru!

Bukan senang dapat cuti panjang, dan bila dah dapat janganlah disia-siakan...betol tak? Hmmm itu lah yang aku cuba lakukan sedaya-upaya abila ada cuti panjang. Akan aku penuhkan dengan pelbagai aktiviti, sementara masih ada masa ni...
Jadi seperti minggu-minggu sebelum ini, untuk menghilangkan rasa kebosanan duduk di rumah, aku dengan gila-gilanya telah menghabiskan duit berjalan-jalan ke Tapak Warisan Dunia iaitu Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah. Masuk kali ni, dah tak tau berapa kali dah aku menjejakkan kaki ke bumi pahlawan itu. Hmmm pasti bagi orang-orang yang selalu ke Melaka, tak nampak banyak perbezaannya. Tapi bagi aku, kini Bandaraya Melaka sudah berwajah baru dan lebih mesra pelancong! Fokus percutian aku kali ni bukan sahaja untuk menjelajah tempat-tempat bersejarah yang memang dah selalu aku jejaki sebelum ini, tetapi juga menjelajah ke tempat-tempat baru dan menilai Wajah Baru Bandaraya Melaka!

Sebelum ke Bandaraya Melaka, aku sempat singgah di Pekan Alor Gajah yang aku tak pernah pergi sebelum ni. Entah kenapa pulak tetiba je nak pegi situ. Saja nak menilai tempat orang, di Alor Gajah, sempat aku menerjah pasar tani, dan Dataran Keris yang terletak di tengah-tengah pekan tersebut. Memang menarik!

Sempat singgah kat pasar tani...

Percaya atau tidak, sejak sedekad lalu, pelbagai perubahan dan pembangunan yang telah dijalankan di Melaka. Bermula dengan pembinaan Dataran Pahlawan yang mengikis kesemua gambaran klasik Bandaraya Melaka, sehinggalah kepada pembinaan megah Menara Tamingsari yang menjadi tarikan utama pelancong ke Melaka. Adoiii sayang aku tak berkesempatan menaiki menara tersebut sebab terlalu ramai orang! InsyaAllah satu hari nanti akan ku gapai juga puncak menara itu! Tak lupa juga Eye on Malaysia...masa kat KL dulu pon aku tak sempat nak merasa naik benda bulat tu...tunggu satu hari nanti....

Jonker Walk yang happening!

Yang paling menarik, aku belum pernah menjejaki Jonker Walk sebelum ini! Setelah diberitahu oleh beberapa orang rakan, dan setelah melilau-lialau mencari lokasi sebenar tempat tersebut, akhirnya aku berjaya menjejaki jalanan yang penuh dengan gelagat dan aktiviti manusia. Keadaannya saling tak tumpah seperti Petaling Street di Kuala Lumpur, namun keistimewaan Jonker Walk adalah pada budaya dan panorama di sekitarnya. Memang tiada di mana-mana melainkan di Melaka! Ini adalah kali pertama aku ke Jonker Walk, dan bagi aku, tempat ini amat menarik. Aku diberitahu yang Jonker Walk hanya berjiwa di malam hari. Yup Sama seperti Petaling Street. Tapi petang itu, keadaan sudah semakin sesak dengan para peniaga yang sudah rancak membuka gerai-gerai jualan mereka. Memang menarik!!! Tengah asyik berjalan di Jonker Walk, tetiba aku terpandang kepada satu makam yang terselit di celah-celah gerai di situ. Memang sebelum ni aku tak tahu pon wujudnya makam Hang Kasturi. Alhamdulillah, kesempatan mengunjungi makam tersebut dapat diabadikan di dalam potret peribadi aku.

Selesai berjalan-jalan di Jonker Walk sehingga malam, akhirnya aku pon dah bersedia untuk balik ke Kuala Lumpur. Memang Bandaraya Melaka sudah berubah wajah, semakin maju dan moden, dan warisan sejarah itu sememangnya wajib dikekalkan.InsyaAllah kalau berkesempatan, Melaka akan dijejaki lagi kerana masih banyak kawasan yang belum diterjah! Hmmm ...kena cari member pulak kali nih...baru boleh bergambar! PEACE!!!



Pekan Alor Gajah










Janggeltrekker

14 comments:

  1. bergambo sakan... tp mmg best la gi melaka skrg.. tak mcm jaman dulu.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. saKaN ciK JaNGGeL kita Nie BeRJaLaN :D

    ReplyDelete
  3. CikEc@h:: Yup memang best g melaka sekarang kan cik ec@h!!! Leh la kalau ko nak berdua-duaan dengan abg pilot hahahahahahahahah!

    ReplyDelete
  4. CikmasmZ:: Hahahhaha cikmas pon apa kurang yer!!! Meredah hutan belukar lagik!!! Adoi jeles aiiii....

    ReplyDelete
  5. jelesss la mcm ni
    tiap² kali bt posting suma psl pegi jln²


    hehe

    ReplyDelete
  6. rupenya byk temapt menarik di Melaka, ingatkan ade kota A famosa je..

    ReplyDelete
  7. nice pic
    tu la
    g x ajak
    :(
    HAHAHA

    ReplyDelete
  8. khairil:: Ala takyah la jeles-jels...meh g jenjalan kat blog nih... jenjalan gak namanya tu kan???

    Hehehe tu je la yang boleh diposkan ...kalu tak..takde benda plak nak update huhuhu.

    ReplyDelete
  9. Kabussenja::

    Yup banyak lagi tempat yang tak dieksplore dan tak berapa di highlight sangat kat Melaka. Even kat tempat-tempat lain jugak...

    matlamat tahun ni, nak g eksplore semua tempat -tempat tuh!

    ReplyDelete
  10. EnchekCamera::

    Hahahah memang aku nak ajak sesangat ko
    wahai enceh Camera ..

    Tapi alangkah malangnya, aku terlupa
    kat mana aku letak ingatan aku tuh hahahahha..


    len kali la yer... kiter gi Singapore plak hahahahhahaha!.

    ReplyDelete
  11. aaa..janggel.. hari tu saya pon pergi melaka kononnya nak cari le yang orang kata kuih cucur udang alor gajah ke apa namanya tu tak jumpa le pulak. ke salah direction ke entah la.. hehhehe...

    ReplyDelete
  12. Saya:: Owhh ada ker Cucur Udang Alor Gajah??? Alamak rugi tak p cari aritu....

    ReplyDelete
  13. wahh,,smgt die berjalan..da lame xjalan2 dlm blog..internet baru ade dan sibuk sgt skrg ni..

    ReplyDelete
  14. Hiroshi:: wah ko pon berjalan-jalan skan yer!! selamat berjalan-jaln lah yer!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS