Johor oh Johor...
Assalamualaikum. Hari ni hari pertama masuk opis selepas dua minggu terumbang-ambing di lautan hahaha (bukan lautan sebenarnya, cuma pinggir lautan). Minggu lepas, selepas berhari raya korban aku telas ditugaskan ke Selatan Tanahair ( Johor Bharu ) untuk menghadiri satu kursus last minit. (ops...) Bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) , aku dan semua rakan sejawatan telah ditempatkan di Scholar's Inn, UTM yang merupakan sebuah appartment 2 bilik yang boleh menempatkan 3 orang peserta satu appartment . Hmm not bad juga fasiliti penginapan yang disediakan, semuanya lengkap kecuali dapur yang tak berasap je... Sebenarnya aku tak pernah pon masuk dalam UTM ni, so sepanjang kursus tu aku pon mengambil kesempatan jugak la mengenal-ngenal UTM. Mujur jugak ada member sekursus yang ex -UTM, jadi secara automatik diorang la yang menjadi juru pandu aku dan kengkawan. Thanks alot . Dan hampir setiap malam jugaklah kami merayau-rayau di sekitar Skudai dan JB . Paling ...