2012-09-08

Amazing Japan (Part 3): Berbasikal Lagi Ke Tsukuba City Center


Assalammualaikum!!!


Di entry yang lepas, aku cerita pasal kegigihan mengayuh basikal dan menjelajah beberapa kawasan di Tsukuba, kali ni aku nak cerita penjelajahan yang lebih jauh sikit dari kampung tempat aku menginap. Memandangkan dah tau jalan-jalan short cut nak ke supermarket, keesokan harinya aku pulak jadi tourguide kepada kengkawan Vietnam dan Thailand (pelaburan masa hadapan kekdahnya ni!). Diorang pon teringin nak ke Yamada dan Kasumi katanya keke. Tapi sebenarnya tersesat-sesat jugak la menghala ke jalan yang tak betol, nasib baik ramai-ramai, kalau tak dah panik dah pikir macamana nak balik asrama keke.

Sehari sebelum hari raya, yakni hari Sabtu, 18 Ogos 2012, tatkala semua orang di Malaysia sebok pulang ke kampung dan membakar lemang dan ketupat, dan memasak rendang di sampaing mencoba baju raya baru yang di ambil di tailor, maka aku, kak Mah, pak Agus dan mbak Ajeng mempunyai rancangan menjelajah ke Tsukuba City Centre yang terletak hampir 6-7 km dari asrama kami. Ingat ye 6-7km!!! Aduh macam tak percaya rasanya, mengayuh basikal ke tengah bandar. Memang gigih kami ni ye.

Pohon-pohon Sakura yang belum musim mengiringi perjalanan kami :)

Apa yang menariknya, perjalanan kami melalui pelbagai kawasan! Daripada kawasan kampung, masuk ke hutan, masuk ke taman, lalu tepi sekolah dan sebagainya. Memang mencabar dan penat, tapi disebabkan pemandangan yang cantek maka kepenatan tu tak terasa sangat la. Bab panas tu jangan cakap la, memang matahari tengah merembang ye walau pun kami bertolak dari asrama pukul 9 pagi.

Yang ni aku tatau bunga apa, banyak kat tepi-tepi jalan.

Untuk ke Tsukuba City Centre, kami tak melalui jalan-jalan utama yang dilalui oleh kenderaan-kenderaan besar, sebaliknya kami melalui beberapa kawasan taman utama di Tsukuba. Untuk pengetahuan, kebanyakan taman-taman rekreasi di Tsukuba ni merupakan connection park di mana taman-taman tersebut adalah bersambung di antara satu sama lain dan ianya amat mesra pengguna, maksudnya masyarakat Tsukuba yang suka berjogging dan berbasikal boleh melalui kawasan tersebut untuk ke bandar selain daripada melalui kawasan jalan raya yang sesak. Best kan!


Seperti biasa, Pak Agus dan Mbak Ajeng jadi pemandu arah kekeke.
Aktiviti wajib! Bergambar sana-sini.
Sebenarnya masa ni ramai orang berkelah kat taman ni hehehe.

Sepanjang perjalanan, memang tak habis-habis bergambar, sikit-sikit berhenti, maklumla jakun sikit bab-bab eksplore tempat baru ni! Ish kalaula time springs kan best! Kompom taman-taman tu semua berwarna warni! #pasrah. Perjalanan dari asrama ke Tsukuba City Centre yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang sejam, terus jadi dekat 2 jam! Hehehe. Slow and steady katanya, maklumla puasa. 

Antara taman-taman yang kami lalui menuju ke Tsukuba City Centre adalah Tsukuba Park Ave, Akatsuka Park dan Doho Park.  Hampir 2 jam akhirnya kami tiba jugak di Tsukuba City Centre. Apa sebenarnya yang ada kat Tsukuba City Centre ni?

Suasana di Tsukuba Park
Ramai juga pakcik dan makcik yang gigih berjogging di kala ini.
Singgah lagi di Doho Park
Ada pulak menara jam...

Nota:
Tsukuba City Centre merupakan sebuah bandar kecil di utara Tokyo dan ianya terkenal dengan Science City kerana di sini merupakan pusat kepada akedemi penyelidikan dan juga terdapat sebuah universiti iaitu Tsukuba University. Bandar Tsukuba ni agak kecil berkali-kali ganda dari Tokyo dan agak kekampungan, tapi masih membangun dengan kewujudan beberapa pusat membeli-belah baru yang besar. Kiranya takdelah kampung sangat. Kalau nak ke Tokyo City, boleh naik Tsukuba Express dari Tsukuba Station (Station baru) ke Akihabara dan tukarlah ke line mana yang korang suka untuk ke Tokyo City Centre. Maklumla, kat Tokyo ni banyak giler line train, yang subway je dah berbelas-belas! Belum masuk line JR (Japan Railway - keretapi atas landasan) yang juga berbelas-belas dan ada Monorail lagi! Omaiiii pening pala kalau sekali tengok map.

OK berbalik kepada Tsukuba City Centre, kami terus menuju ke shopping mall, Creo. Kelihatan bangunan shopping mall ni masih baru dan banyak juga kedai-kedai lain yang baru di buka. Misi utama aku adalah untuk mencari POSKAD! Ye kan wajib nak hantar poskad kat #Travelholicawesome kekeke. Gigih ye mencari poskad sampai mengayuh basikal berkilo-kilometer!

Akhirnya sampai jugak ke Tsukuba City Centre, diorang ni baru nak bukak kedai...jual apa tah.
Ni la dia Creo Shopping Mall
Tempat letak basikal berbayar... 100 Yen sehari...naseb baik per day
Ni mesin autopay bayar parking basikal.

Jenuh jugak la sebenarnya nak cari poskad kat Jepun ni. Tambah pulak kalau kite pergi ke tempat yang bukan tourist spot area. Memang takkan jumpe la poskad yang diidamkan! Alhamdulillah berkat menggunakan kepakaran Pak Agus berbahasa Jepun, akhirnya berjumpa jugak kedai jual poskad yakni di LOFT bersebelahan Creo Shopping Mall. Harga poskad-poskad kat situ boleh tahan mahal juga, dalam 180 Yen sekeping. Pasrah je la beli, demi kengkawan. Nasib baik setem ada di jual di asrama tempat tinggal aku, so senang tak payah pegi pejabat pos beli setem. Harga setem untuk di pos ke Malaysia dari Jepun adalah 70 Yen untuk sekeping poskad.

Musim Kimono kekke .
Lagi muka aku..sila jangan muntah.
Bandar Tsukuba... tak sesak sangat pon.
Aku... untuk kesekian kalinya.

Dah selesai hal poskad aku, kami semua pusing-pusing sekitar kawasan, singgah juga di 100 Yen Shop yang terletak di tingkat bawah Creo Shopping Mall. Huhu memang rambang mata , cuma sediakan duit je la. Pusing-pusing sekitar mall, tak sedar jam dah pukul 2 petang. Nak balik ke asrama rasa macam awal lagi, tapi badan penat giler tambahan pulak tengah panas giler kat luar tu. Akhirnya kami membuat keputusan untuk lepak-lepak di Doho Park sementara menunggu petang sebelum waktu berbuka puasa. Haish kalau kat Malaysia ni dah sibuk-sibuk pasang pelita panjut, susun kuih dalam balang, bakar lemang semua dah ni! Ish pasrah je la. Pengalaman macam ni bukan dapat selalu.

Pak Agus membeli bekalan untuk berbuka puasa. :)

Kami kembali berbasikal menuju ke Doho Park. Lepak di Doho Park hampir sejam melihat pemandangan dan kerajinan masyarakat Jepun berjogging di tengah rembang mentari, kentalnya jiwa diorang ni. Dalam jam 4.30 petang, kami pon bergerak pulang ke asrama yang memerlukan kayuhan basikal sejauh 6 km lagi.

Kat Doho Park ni ada tasik. Taman-taman lain takde.
Ada juga angsa dan itik liar berkeliaran... nampak tak?? halus je tu.

Waktu berbuka, kami bersama-sama dengan pelajar Indonesia, Pakistan, Turkey  dan negara-negara Arab yang lain saling mengucapkan Happy Eid. Seronok sangat sebab sebelum ni tak bertegur sapa pon memasing, tapi malam tu memasing ramah tamah sambil bergembira. Maklumla, memasing tak balik beraya kat kampung kekeke. Ramai pelajar Turkey yang tanya kat aku, kompom ke besok Raya? Aku cakap kompom le sebab kat TV Malaysia dan announce. Rupanya, kerajaan Jepun ishtihar raya ikut Malaysia, negara Islam paling dekat katanya. Bangga di situ... hehehe.

Haaaa hambek ko! Ni juadah berbuka puasa aku hari tu. Total 700 Yen!
Malam raya, aku cuma lepak di bilik sambil layan FB dan Twitter. Sunyi dan tak ada apa-apa berlaku.... berbeza sungguh dengan di Malaysia. 

Ok nanti aku sambung pengalaman berhari raya di perantauan pulak.

WASSALAM.



17 comments:

  1. i'm first.
    janggel, aku rase ko balik mesia nnt kena beli baju baru sbb dh kurus berbasikal kat jepang..kikiki

    ReplyDelete
  2. sedih akak baca ayat2 terakhir tu...redho jer la ye

    ReplyDelete
  3. wah
    akak tak caya (sambil lap skrin pc..)
    adakah..janggel dah Kurus???
    .
    .
    .
    .
    .
    raya di perantauan kali nih amat bermakna sebab bukan selalu rasa tau...
    sila balik malaya..
    kami semua rindukan FM itu...
    hahahahaah...(bukan rindukan orangnyer?)

    ReplyDelete
  4. signboard Tsukuba Park Eve tu, orang kayuh-jalan kaki dan last sekali berguling??? ekekekeke....

    Seronoknya dok 'kampung' yang tak macam kampung tu wehhhhhhhh...... Cepatla balik! Cepatla balik! ekekekekeke ... Motif??? Yer JELES!

    ReplyDelete
  5. Aina:

    Baju baru? Hahaha takde nye kurus.. sama je.

    ReplyDelete
  6. Aku Seorang Pengembara:

    Ye sedih gak la...maklumla firstime.

    ReplyDelete
  7. Kak Coco:

    Ek elehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kompiden je ada FM! Hahahaha

    ReplyDelete
  8. Bestnyer naik basikal sambil tengok pemandangan yg cantik.

    Saya pun jakun apabila pergi ke tempat orang pertama kali...semuanya nak ditangkap gambornya he he he

    ReplyDelete
  9. aah la ko dah kurus! weehooo! lagi la laku pasniiiiii :)

    ReplyDelete
  10. nah tgk hadiah potocelen ko : http://biqque.blogspot.com/2012/09/prizes-photo-challenge-balik-raya-2012.html

    ReplyDelete
  11. wahh...aman damai anda di sana yea...

    ReplyDelete
  12. Ha a laaa..tak sia2 aku ngumpat ngn biq pasal ko dh kurus tadi, terpaksa la aku pegi kayuh beskal pegi cyber plak ikut mex tu kekekek..

    weh cepat la balikkkkkkkkk..aku tak sabor nk dapat magnet dari ko! hehehhe (kawan sejati sangat kan?? ahahaha)

    ReplyDelete
  13. Naramas Aman:

    Kekeke dah lama tak naik beskal...kat sini terus jadi kenderaan ruji. (er ada ke nama kenderaan ruji? ) Hahahhaa

    Ye, kalau kat tempat baru semua nak digambokan.

    ReplyDelete
  14. Biqque:

    Dan dan tu kata aku kurus ye! Huh tak caya aku ngan puji-pujian itew.

    Thanks sebab bagi hadiah yang seolah2 berada di eskimo!!!!

    Terpaksa shopping baju ice skating kat jepang.

    ReplyDelete
  15. MasZuber:

    Ye tenang giler dok sini....takyah serabut pikir hal kerja.

    ReplyDelete
  16. BlueEwoke:

    Huh nampak beno nipunye kekekwe. Ko paksa je Cawan belikan beskal senam dalam rumah tu...senang kekeke.

    Hamboiiih yakin bebeno ko dapat FM yer???? huh.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS