Posts

Showing posts from October, 2012

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Image
Assalammualaikum!!! Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu). Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perli s jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut. Wah langit biru, sawah menghijau... indahnya. (tetibe teringat Tsukuba) Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berz...

Amazing Japan (Part 12): UENO Park, Ameyayokocho Market And Akihabara (TOKYO)

Image
Assalammualaikum! Selamat Hari Raya Aidil Adha! Harap-harap tak jem la aku nak menyambut hari raya kali ni. Maklumla lepas gian raya kat tanahair katanya. Peace yawl. [ Sambungan daripada Part 11 ] Hari ni aku di ajak oleh Pak Agus  (sorang teman dari Indonesia ) untuk meneroka kawasan Ueno dan Akihabara. Memandangkan dah selalu sangat aku dengar nama tempat Akihabara tu, maka aku pon teruja la nak ikut. Maka kami pon menaiki Yamanote Line menuju ke Stesen Keisei Ueno. Tambang tren boleh rujuk website JR.   UENO Park Lokasi pertama yang kami singgah adalah UENO Park . Kami tiba di UENO Park dalam jam 5 petang, rasa macam lama jugak naik tren sebab kami melalui beberapa station daripada Harajuku Station. Apa yang ada kat UENO Park ni? Sebenarnya UENO Park ni sangat besar siap ada pintu masuk di setiap penjuru. Stesen Keisei Ueno terletak berhampiran dengan Saigo Takamor Statue, yakni sebuah tugu salah seorang pahlawan Samurai Jepun yang sangat berp...

Amazing Japan (Part 11): Tokyo - Omotesando And Asakusa (Sensoji Temple)

Image
Assalammualaikum! [ Sambungan daripada Part 10 ] Omotesando Setelah puas berjalan-jalan di bawah terik mentari di dalam Meiji Shrine , kami pun keluar untuk meneruskan program ronda-ronda hari itu. Maklumla hujung minggu, memang kami banyak masa free dan banyak activiti perayauan boleh dilakukan (Haish.. jadi perosak bahasa pulak). Kami berjalan menuju ke kawasan Omotesando , kawasan yang aku pernah ceritakan sebelum ini. NOTA: Omotesando merupakan sebuah kawasan di mana terletaknya kedai-kedai berkasta tinggi terutamanya butik pakaian, dan cafe di sepanjang jalan sejauh 1 km. Kat sini keadaannya lebih kurang sama macam di Bukit Bintang , Kuala Lumpur . Manusia bukan main ramai masa tu sebab jalan utama di Omotesando tu ditutup untuk tujuan perarakan Dance Festival! Jadi ramailah orang duduk menunggu kat kiri kanan jalan dan perarakan peserta Dance Festival memenuhi ruangan di tengah-tengah jalan. Rasa bertuah sangat sebab berpeluang menyaksikan perayaan ini di d...

Amazing Japan (Part 10): Meiji Shrine And The Dance Festival

Image
Assalammualaikum! [ Sambungan daripada Part 9 ] Hai tak taulah sampai part berapa cerita pasal Jepun ni kan? Bertabahlah sebab ada banyak benda nak cerita,  kalau tak nanti lupa dan tak dapat baca balik menjelang hari tua bangka nanti. OK? Hari ni, program jalan-jalan cari pasal dirancang bersama beberapa orang kawan dari Indonesia dan Thailand. Seronok sebenarnya kalau jalan ramai-ramai ni sebab kite boleh kongsi keseronokan dan keterujaan kita bila jumpa atau nampak sesuatu yang tak pernah kita tengok. Lagi satu, yang paling penting, kompom gambar kita banyak kat kamera diorang! Dan hari ni jugak aku kenal sorang lagi kawan baru, Darm yang dah bekerja di Tokyo sejak setahun yang lalu. Dia ni orang Thailand dan merupakan kawan kepada dua gadis Thailand yang sama-sama belajar dengan aku. See, gunakan sumber sepenuhnya! Yes. Kami difahamkan hari berlangsung satu perayaan musim panas untuk hari Ahad terakhir di bulan Ogos! Ha kan dalam entry sebelum ni aku ada cakap ...