Terasa malas sangat nak menaip... so update cerita ni terpaksa ikut mood jugak yer. Ayuh kita mulakan.
Perancangan untuk menjejak Filipina tercetus sewaktu aku berada di Terengganu pertengahan tahun yang lalu. Masa tu AA ada sales apa tah aku pon tak ingat, dan memandangkan Filipina merupakan negara yang aku nak sangat pergi dari dulu dan tak ramai jugak yang suka nak pergi sana (regarding the bad news an etc) maka aku pon proceed aja la beli tiket. Turut sama dalam agenda ni adalah MasMZ KakiJalan. Harga tiket kapal terbang yang diperolehi kali ini adalah RM 260 return.
Menurut servey, (tak tau la servey apa kan) katanya Filipina merupakan negara ke 8 yang mempunyai rakyat yang ramah-tamah dan berbudi bahasa! So terpaksalah kami pergi sana sendiri untuk memastikan kesahihan fakta tersebut.
Maka setelah beberapa bulan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Neves jugak la menjelang hari keberangkatan ke Manila ni sebab banyak sangat kerja kat opis, dan ada event besar yang kena handle. Tapi alhamdulillah, semua tu dah selesai hasil kerjasama berpasukan. Nak tak nak redah je la sebab dah nekad nak pegi jugak kan. Hidup bukan untuk bekerja 100% ye tak? Perlu juga masa untuk diri sendiri.
Macam biasa la, kalau nak ke LCCT aku lebih senang menaiki ERL dan bas. Kami bertolak dari Putrajaya Sentral (macam biasa la park kereta kat situ dengan kadar surcaj RM 5 sehari) menaiki ERL dan bas menuju ke LCCT. Tambang ERL dan bas masih sama sejak beberapa kali yang pernah aku tulis dalam entry-entry sebelum ni yakni RM 5.50 (combination of bus and ERL's tickets). Dari Putrajaya Sentral turun ke Stesen Salak Tinggi dan terus naik bas ke LCCT. (untuk maklumat lanjut berhubung cara-cara ke LCCT boleh rujuk entry di SINI)
Kami tiba di LCCT betul-betul sejam sebelum masa pelepasan yakni 11.20 pagi. Kelam kabut macam biasa la, drama tak habis-habis. Dah la nak check-in online tak boleh.
Macam biasa...beratur tunggu nak masuk kapal terbang. |
Apa yang kena tahu mengenai Zest Air?
NOTA: Zest Air tak boleh check-in online! Zest Air tak boleh beli makanan in advance through online juga. Semua kene beli on flight.
So agak susah jugak di situ. Memandangkan tak boleh nak check-in online maka terpaksa la datang awal ke airport. Tapi hakikatnya kami datang lambat! Hahaha mujur jugak flight delayed sampai pukul 12 tengahari. Jadi sempat la nak melepaskan lelah sekejap kat LCCT tu.
Alhamdulillah, selesai urusan check-in dan 'menapau' makanan (sempat jugak la aku beli beger kat Burger King, bukan sebijik tapi dua bijik! Hahaha ) sebab memang susah nak cari makanan halal kat Filipina (Manila especially). So sebijik tu makan untuk 'brunch' dan sebijik lagi tu tapau masuk beg untuk dinner nanti kekeke.
Ok ini merupakan kapal terbang yang bakal kami naiki hari itu. |
Sebenarnya, trip kali ni kami tak banyak buat research pun. Ala kadar je, sebab masing-masing busy. Jadi terpaksala ikut hati nurani masing-masing. Tapi lokasi - lokasi utama yang nak dituju memang ada la, cuma kekdah nak sampai ke tempat -tempat tu masih samar-samar.
Dalam flight kengkonon tak nak beli apa-apa makanan, tapi bila troli makanan tu lalu je terus decide nak beli Nasi Lemak Pak Nassier ngahahaha! Ye la kan ke tak sempat nak breakfast pagi tu (walhal dah mencekik sebijik berger tadi kan??? ko memang 'gorgon' sangat bab-bab makan ni). Malangnya, nasik lemak Pak Nassier masa tu tak sedap langsung! Nasik dia berketul-ketul macam tak cukup santan. Harga nasik lemak adalah PHP 180 dan secawan air milo panas dengan harga PHP 90. Untk makluman juga, kadar tukaran wang RM ke Peso adalah (RM 7.5 untuk PHP 100).
Comel kan, ada safety jacket untuk infant jugak kekeke. Macam muka Suci pon ada gak budak ni. |
Bekalan alas perut untuk tengahari itu. Siap ada sos dalam plastik lagi... |
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Manila mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit. Jadi kami dijangka akan tiba di Ninoy Aquino International Airport, Manila pada jam 4.00 petang. So kiranya macam dah habis satu hari kami tergendala disebabkan kelewatan flight tadi. Sepanjang perjalanan, apa lagi, tido je la dan kejap-kejap terjaga sebab sejuk.
Pemandangan indah dari udara. |
Keadaan dalam kapal terobang hari tu agak lengang... tak ramai yang nak ke Manila musim-musim hujan ni. |
Ok dah nak landing dah ni... nampak dah bandaraya Manila dari jendela... |
Akhirnya kami sampai jugak di Manila. Satu yang mengkagumkan aku adalah, lapangan terbang Manila ni sangat besar!!! Ada empat terminal semuanya dan dari satu terminal ke satu terminal tu sangat jauh! Pesawat Zest Air akan turun di Terminal 4 yang merupakan terminal untuk penerbangan kos murah (ala lebih kurang macam LCCT la, khas untuk AA kan).
NOTA: Ninoy Aquino International Airport merupakan lapangan terbang yang pertama di Manila. Kiranya dah lama la, dan menjadi pusat kepada pelbagai destinasi di sekitar Filipina. Sebab tu keadaan lapangan terbang ni agak lama dan 'old fashion'.
Kenapa aku cakap lapangan terbang ni 'old fashion'? (tetiba teringat pulak pada Lapangan Terbang Subang yang dulu tu... bukan yang sekarang dah cantik tu.) Sampai je di Terminal 4, dan melangkah keluar dari pintu kapal terbang, terperanjat aku sebab kena lalu lapik kayu yang diletakkan di atas lopak air. Sekarang ni kat Filipina musim hujan, dan kebetulan masa kami sampai tu hujan baru je berhenti dan terdapat banyak sangat lopak air kat landasan kapal terbang tu. So pesawat yang kami naik ni pon berhenti kat tempat dia yang memang ada lopak air di kawasan pintu keluar. Kelakar jugak bila tengok sebabnya inilah pengalaman pertama aku yang turun kapal terbang dan lalu atas 'jambatan kayu'.
Ok itulah jambatan kayu yang aku maksudkan..heheheh. |
Lepas dah lalu lopak air, kena naik bas pulak. Kalau di LCCT kita boleh jalan kaki je masuk ke terminal kan? Tapi di sini, penumpang tidak dibenarkan berjalan kaki di kawasan landasan. Semua kena naik bas. Ok fine, bas yang kami naik tu memang buruk weh! Ala-ala bas Mogah dari Slim River ke Tanjung Malim dulu-dulu tu! Tak pon macam bas KAMTAR dari Tapah ke Kampar. Memang aku dan MasMZ dah senyum-senyum gelak.
Keadaan dalam bas untuk dibawa ke Terminal 4. |
Ok tu baru nampak bas tu macam mana rupanya kan, bila dah naik tu beria la berebut-rebut tempat duduk dengan orang lain kan! Alhamdulillah dapat la duduk walaupun kat belakang. Tapi lepas 3 minit bas jalan, terus kami sampai ke pintu terminal....hmmm situasinya lebih kurang macam ni la, baru je kentut, tak sempat hilang bau dah sampai! HAHAHAH memang lawak la. Pasrah je aku dengar orang-orang dalam bas tu pon gelak-gelak sebab dah sampai depan pintu terminal.
Dah masuk dalam terminal, macam biasa la kena beratur untuk pemeriksaan imigresen. Hanya ada dua kaunter sahaja untuk pemeriksaan passport. Arrival Hall kat Terminal 4 ni kecik aje, lepas kaunter pemeriksaan imigresen terus boleh ambik bagasi kat sebelah. Masa ni kami sembang-sembang jugak dengan 3 orang yang katanya datang dari KL... first time jugak sampai Manila. Diorang akan stay kat China Town, sebab murah katanya. Ok... tak tau la murah dia macamana sebab hostel yang aku booking tu pon murah jugak tapi memang dekat area Makati, yakni dekat bandar Manila la. Sebenarnya China Town tu agak ke utara dari bandar Manila dan agak jauh la. Takpe, demi pengalaman kan, kalau tak cuba maka tak tahu.
Selesai urusan imigresen, dan ambik beg ada pulak pegawai Kastam yang tunggu tepi pintu. Selain mengisi embarkation form, kita juga kena isi declaration form. So masa ni la kena bagi declaration form tu kat pegawai Kastam yang tunggu kat tepi pintu tu. Lepas di soal siasat, maka berakhirla urusan di airport. Sekarang ni kena ambil teksi untuk pergi ke Hostel di Makati City.
Kami mengambil airport taxi untuk ke Makati City dengan tambang RM 44 (boleh bayar pakai duit RM sebab kami nak jimat duit peso). Nak naik bas atau MRT memang tak tau macamana sebab keadaan kat luar airport tu memang agak huru-hara dengan orang yang baru balik dari kerja. So kami pon naik ajelah airport taxi.
Keadaan jalanraya dari airport menuju ke Makati City... Macet bangat!
Perjalanan dari lapangan terbang menuju ke Makati mengambil masa lebih kurang sejam!!! Tu semua sebab jem yang sangat dahsyat. Bayangkan jalan ada 3 lorong tapi boleh jadi sampai 7 lorong sebab ada je ruang kosong, semua diorang masuk... tak ikut line langsung...macamana tak jem! Sepatutnya perjalanan dari lapangan terbang ke hostel kami tu hanya mengambil masa 20 minit sahaja.
Keadaan cuaca pon dah makin gelap. Ye kat Manila ni siangnya cepat dan malamnya jugak cepat, jadi pukul 6 dah gelap (lebih kurang macam kat Sabah la). So kami sampai di Our Awesome Hostel dekat-dekat nak pukul 6.30 petang. Memang dah gelap macam pukul 10 malam dah.
Our Awesome Hostel
Aku jumpa hostel ni masa tengah belek-belek kat Hostelbookers.com haritu. Memang hostel ni tak tersenarai pon dalam top 3 senarai hostel yang hebat sebab hostel ni merupakan hostel yang baru. Jadi bila dah baca review orang ramai yang pernah tinggal kat hostel ni dan baca pulak komen-komen kat FB Hostel ni, maka aku telah sebulat hati nak try duduk kat hostel ni. Dan yang paling penting, lokasi hostel ni memang dekat dengan Stesen MRT. Kalau jalan kaki dalam 10-15 minit dah sampai (ikut kadar lenggangan kamu semua la).
Mula-mula tu susah jugak nak cari lokasi hostel ni, sebab signboard dia kecik sangat dan hostel ni terletak di dalam bangunan pejabat. Jadi bila dah dua kali pusing baru nampak... Ha tu tu tu!! Sambil aku tunjuk ke arah banner kecik depan pintu... memang kene perati betul-betul.
Dah masuk dalam bangunan Abba Buildings, Kalayaan Avenue tu, kene pulak register kat pak gad yang duduk kat depan lift. Bagus juga la untuk safety. Kami diminta untuk naik ke level Penthouse memandangkan lobi hostel ni adalah di tingkat paling atas yakni tingkat sepuluh. Tapi lift tu sampai tingkat sembilan je, so kene naik anak tangga untuk ke tingkat sepuluh. Sampai di lobi, kami pon terus check in kat situ. Wah memang awesome la communal room dia, siap ada tv 42 inci dan ruangan dapur untuk masak air dan ada microwave. Sebelah belakang kaunter lobi pulak ada kawasan rooftop (open air ) yang terdapat banyak meja untuk melepak. Boleh tengok pemandangan bandar Makati keseluruhan pulak tu! Memang terbaik la first impression kami.
Dah selesai urusan check-in, aku pon bayar penuh untuk empat malam dengan total cost RM270.51 (RM33.81/bed/night). Kami pon dibawa ke bilik hostel bernama Cebu Room (wah macam duduk kat kepulauan Cebu pulak kan). Kira ok la, bilik ni ada 8 katil dan satu bilik air yang besar.
Lokasi Our Awesome Hostel adalah seperti berikut.:-
Inilah taxi epot yang kami naiki. Dengan tambang berharga RM 44.00 |
Lapangan terbang Ninoy Aquino International Airport dari tepi jalan. |
Keadaan cuaca pon dah makin gelap. Ye kat Manila ni siangnya cepat dan malamnya jugak cepat, jadi pukul 6 dah gelap (lebih kurang macam kat Sabah la). So kami sampai di Our Awesome Hostel dekat-dekat nak pukul 6.30 petang. Memang dah gelap macam pukul 10 malam dah.
Our Awesome Hostel
Aku jumpa hostel ni masa tengah belek-belek kat Hostelbookers.com haritu. Memang hostel ni tak tersenarai pon dalam top 3 senarai hostel yang hebat sebab hostel ni merupakan hostel yang baru. Jadi bila dah baca review orang ramai yang pernah tinggal kat hostel ni dan baca pulak komen-komen kat FB Hostel ni, maka aku telah sebulat hati nak try duduk kat hostel ni. Dan yang paling penting, lokasi hostel ni memang dekat dengan Stesen MRT. Kalau jalan kaki dalam 10-15 minit dah sampai (ikut kadar lenggangan kamu semua la).
Lokasi Hostel adalah di bawah Kalayaan Flyover, Makati. |
Dah masuk dalam bangunan Abba Buildings, Kalayaan Avenue tu, kene pulak register kat pak gad yang duduk kat depan lift. Bagus juga la untuk safety. Kami diminta untuk naik ke level Penthouse memandangkan lobi hostel ni adalah di tingkat paling atas yakni tingkat sepuluh. Tapi lift tu sampai tingkat sembilan je, so kene naik anak tangga untuk ke tingkat sepuluh. Sampai di lobi, kami pon terus check in kat situ. Wah memang awesome la communal room dia, siap ada tv 42 inci dan ruangan dapur untuk masak air dan ada microwave. Sebelah belakang kaunter lobi pulak ada kawasan rooftop (open air ) yang terdapat banyak meja untuk melepak. Boleh tengok pemandangan bandar Makati keseluruhan pulak tu! Memang terbaik la first impression kami.
Kaunter urusan hostel. Peramah semua pekerjanya. |
Tempat lepak-lepak di kawasan communal. |
Deco hostel yang menawan. |
Lokasi Our Awesome Hostel adalah seperti berikut.:-
OurAwesome Hostel
5756 ABBA Building, Kalayaan Avenue cor.
Northbound EDSA, Makati, 1500 Manila
Tel:+63-9273870267
Emel: ourawesomehostel@yahoo.com
Website: SINI
Tel:+63-9273870267
Emel: ourawesomehostel@yahoo.com
Website: SINI
Lepas dah check-in kami pon mandi dan naik ke lobi hostel di tingkat penthouse (hahah penthouse ok!) untuk makan malam, dan makan malam kami hari itu adalah beger yang ditapau dari LCCT dan meggi. hahah dasar kebulur.
Kawasan makan dan minum ...kat sini la tempat nak masak air dan sebagainya. |
Kawasan melepak sambil tengok TV. |
Pemandangan daripada Penthouse... Ruangan rooftop. |
Apa yang aku rasa tak lengkap pasal hostel ni:
- Tak ada peta lengkap bandar Makati disediakan oleh pihak hostel. Yang ada hanya pete kecik yang berserabut. Boleh diimprovekan sebenarnya.
- Tak ada water dispenser untuk ambik air masak, kalau nak air kosong kene masak sendiri dan tunggu ia sejuk sendiri.
- Ruang communal dia agak panas sebab diorang tak pasang aircond - diorang pakai kipas je.
Itu adalah 3 perkara utama yang aku rasa perlu dibaikpulih oleh pihak hostel la. Yang lain tu kira ok la. Tapi aku masih berpendapat GreenForest Hostel kat Nanning yang aku pergi dulu tu adalah yang terbaik! Hahahaa. Dan yang penting lagi, ada wifi percuma!
Pantry di dalam bilik. |
Toilet yang besar. |
Ruangan mandi. |
Tungguuuuuu...
WASSALAM.
Wow suka dengan kusi biru tu, teringat wing chair mak esah! Satu hari nanti aku akan ke sini jua..hehehe
ReplyDeleteMemang mcm muka suci budak yg demo life jacket tu..hehe
Chawanna;
DeleteMemang lawa tau kerusi tu tapi yg ajaibnya xda sape pon nak berebut duduk situ. Hahahhahaa
Memang iras suci kan...
hohohoo.. kentut bau tak hilang dah sampai.. bagus tu :P
ReplyDeleterasa2 kerusi biru tu mesti berebut kan.. time nak tunggu air masak :P
TT
Deletehahahha bau tak??? Bau!???
Kerosi menjadi subjek utama hahahhahaa
menarik ni cerita ke filipin...mcm kurang sket org kita ke sana...bnding tmpt lain dlm asean ni...hehehe cepat2 kongsi cerita...tak sabar nak baca...hehe
ReplyDeleteDj
DeleteHahha mmg menarik. Haah la mmg tak ramai yg suka pg manila ni kan. Nanti la kalo rajin akan sambung lagi entry ni.
Janggel berdua aje ke kesana... so sweet.. hehe
ReplyDeletePLM
ReplyDeleteYe berdua je.. Hangit ada le.
sonok aku bila ada org mengalami experience yg sama kat terminal bangang tu hahaha! tergelak2 aku dlm bas sbb dekat nak mampos! dah la masa tu ramai jejaka engineers yg pi keje sana, dgn diorang2 skali gelak tak benti hahaha! takut sgt laaaaa org seludup masuk org ke negara depa...
ReplyDeleteplg aku tak puas hati, 2 jam setengah buang masa kat immigration! pfft!
Biqque:
DeleteWah 2 jam beratoq??? Nasib baik time aku pegi tak payah beratoq 2 jam!!!! Syukur kekekeke
JM suka tengok telenovela Filipina..hero hensem2 dan badan tough..tergoda i tau hahaha
ReplyDeleteGelihati pulak bila baca keadaan aiport waktu hujan tu..
Boleh bayar guna RM..tapi untung ker rugi..
Sebelum ni JM tak pernah terpikir nk pergi ke Manila..bila baca entry pertama ni cam excited pulak..cepat2..nak baca sambungan entry..tp itulah..pergi berdua je..
jauh jugak kementerian buat karnival sukan eh?
ReplyDeletepegi tak ajak
kbai
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMabuhey, adekah org2 Manila ni mabuk?? Haha
ReplyDeleteMase ak smpai kt airport tuh die Kasik lintas sendiri je walaupun flight die parking jauh.. Nampak sgt deorang syg ko lebih tau..
Ak pun same ngan biqque kne beratur 2 jam. Mental torture sgt..
wow...naik zest air...ni Filipina punya company ke...btw, best tgk gambar menarik kat sana....
ReplyDeletebau...harap baunya enak,,,
ReplyDeletebIQQUE:
ReplyDeleteHAHAHA tu la kan.... mmg lawak la.
Lamanya korang nunggu kat terminal tu... alhamdulillah kami sat je kekeke. Tak sampai sejam pun
JM:
ReplyDeleteAmboi tengok telenovela Pinoy katanya... ye diorang mmg hensem dan lawa.
Hahaha lawak kan ...pestaim jumpe.
Haah boleh bayar pakai RM dan tak tatau la untung ke rugi sebab tak banyak mana sangat bezanya.
Ha try la pi Manila tu... baru tau best ke tak.. ye pegi berdua... senang tak banyak kerenah.
Kak Anash:
ReplyDeleteHaah mmg jauh, siap hantar wakil pi Manila untuk riki kawasan nak buat sukan kat sana.
Kbai.
Shahrul!
ReplyDeleteHahaha mabuk laut gamaknya.
La ko kene menapak? boleh pulak yer.. hahaha entah le...memang diorang sayang aku lebih letew..kekek
Sian la korang tggu dua jam.
Cik Anne:
ReplyDeleteHaah Zest Air ni Filipina punya kompany.
Teruskan membaca!
Muhammad Khairuddin Lim
ReplyDeleteHahaha kene bau sendiri baru tau enak ke tak. :)
Salam, flight saya dari Kalibo sampai ke Manila jam 12.20pm .. the next flight Manila to Miri, jam 2.25pm.. Sempat tak nak naik the second flight since byk possibilities yang boleh menyebabkan kena tinggal flight; kaunter kastam sikit, takleh check in on9..you rasa sempat ke x?
ReplyDeletetak pasti la kak...sabit tak delay je la flight akak tu ye?
Delete