2015-07-27

JOM Menderma Dengan Kempen TM #PakcikMisteri!

Assalammualaikum!!!

Kemain lama aku cuti raya kan!!! Siap demam-demam bagai penangan balik raya. Kekekeke. So macamana raya korang? Meriah tak? Dah submit ke belum #TravelholicAwesome Photo Challenge Balik Raya 2015? Sebab dah banyak penyertaan yang kami terima! Korang jangan terlepas peluang dapat hadiah best tau!
OK entry ni nak ajak korang menderma sikit...bukan susah pun just click pada LINK ni dan insyaAllah setiap kali click tu membawa nilai yang besar untuk menderma pada orang yang memerlukan.

Apa yang tetiba aku cakap pasal derma-derma ni, sebenarnya TM ada anjurkan satu kempen yang dinamakan TM Raya #PakcikMisteri. Kempen ni bertujuan untuk memberi derma kepada mereka yang memerlukan sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Senang je caranya just click kat link yang diberikan dan akan terhasillah digital coin sebagai jumlah derma anda. Makin banyak anda klik makin banyaklah digital coin yang didermakan! Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat bawah ni:-


Amalan yang baik mestilah dikongsi bersama ye dak! Benda senang macamni pun tak nak buat, tak tahulah nak cakap apa. InsyaAllah derma yang kita beri tu akan di angkat bertemu Allah SWT, janji niat tu penting.

So itu je nak bagitau...hahaha mode raya masih on, maklumla raya kan sebulan. OK nanti aku update kisah raya pulak. Sesambil tu layan la video raya aku yang tak seberapa kat kampung yang tercinta! 

Abaikan Aku yang gelak macam Jin Tanah tu! AWAS! Hahahaha

WASSALAM.

3 comments:

  1. Saya sudah klik. Kalau link tu, boleh copy je ke REN? still boleh generate donation kan?

    ReplyDelete
  2. nice video..nak buat gak video tapi tak reti!!! hehe guna software apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farra

      Thanks, ala guna apps kat henpon je. Cuba cari apps Slice.

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS