Posts

Bonjour!

Image
Assalammualaikum! Hari ni banyak perkara berlaku, yang pertama ~ majlis persandingan sepupu aku (lagi????) Azizah di rumah pengantin lelaki pulak yang terletak di Klang (aku pun tak ingat kat area mana). Yang kedua ~ sepupu aku sorang yang agak rapat ngan aku, Nazrin akan terbang selama 6 tahun ke Perancis!!!!!! Bonjour! hhuhuhuhu nak sambung belajar terpaksa pergi jauh-jauh sampai ke Perancis! Alhamdulillah dah rezeki...jangan di tolak.. Redah jer.!!! Bila pikir-pikir balik memang bengang giler arrr sebab impian aku yang nak sambung belajar kat obersi tak kesampaian sampai sekarang, tup-tup sepupu aku plak yang dapat...Sedih woooo...hampir menitis jugak la air mata ku ini. Tapi aku percaya peluang aku akan datang juga satu hari nanti. Masa first-first sampai di KLIA, aku mula gak tercari-cari mana la diorang berkumpul. Jenuh jugak la memusing kat area balai pelepasan tu. Dah la aku tak bawa spec aku, jalan punya jalan sebenarnya aku dah lalu dah tepi diorang cuma aku tak peras...

Review Filem-Filem MAY 2008

Image
Huuhuhu sekali lagi tibanya hujung minggu! Minggu ni aku berkesempatan lagi untuk pulang ke kampung! Whushhh musim-musim cuti sekolah ni memang banyak jemputan ke majlis perkahwinan! Bestnya.... Tapi sebelum aku post kan citer-citer menari pasal majlis-majlis perkahwinan aku nak citer pasal 2 buah filem yang aku tonton minggu lepas. Kali ni aku gabungkan sekali lah review dia...Malas plak nak buat banyak-banyak post hahahhahaha...(boleh????) Filem :: Indiana Jones: Kingdom og The Crystal Skull Wahhhhhh dah lama jugak sebenarnya aku merancang nak tengok filem-filem ni terutamanya filem Indiana Jones: Kingdom of the crystal skull (walaupun filem pertama dan kedua aku tak berapa ingat sangat) dan akhirnya setelah mencuba sejak pukul 5 petang barulah aku berjaya mem' booking ' (ayat apakah ini?) tiket menonton filem tersebut! Bukan main banyak pancarobanya sebelum tiket-tiket itu berada di tanganku sehinggalah aku terlepas setengah jam pertama citer tu..Aduuuuuuuioooooooo rugi woo...

Visit Malaysia: Kuala Lumpur Bird Parks:

Image
Assalammualaikum! Sekali lagi tiba hujung minggu yang memang selama ini amat aku nantikan! Wah time-time macam ni la kite nak lepak bersama keluarga, pergi jalan-jalan makan angin, shopping dan macam-macam lagi! Bukan seperti biasa, minggu ni sesuatu yang pelik berlaku! Nyel, housemate aku tak balik kampung! Hahahahaha, sepanjang yang aku kenal dia, setiap minggu dia akan pulang ke kampungnya di Tanjung Malim, Perak!. So minggu ni kire ramai sket la kat umah, pagi-pagi lagi kami mengaturkan rancangan untuk breakfast bersama-sama. Wah julung-julung kali tau breakfast bersama-sama housmates!. Aku dan Nyel membuat rancangan untuk aktiviti petang, Joy pulak sibuk nak duduk rumah, chatting dengan member-member cyber dia!. Akhirnya aku dan Nyel bersepakat untuk menjalankan aktiviti yang dah lama tertangguh! Apa kah itu???? Kami pegi melawat Taman Burung Kuala Lumpur !!! Wahhhhhhhhh cuti-cuti Malaysia !!! Sebenarnya dah lama dah aku dan yang lain-lain merancang untuk pergi...

Dirundung Malang??? (Kuang..Kuang..Kuang...)

Image
Salam.. Just nak ucap semangat pada member -member yang tak berjaya meneruskan hajat menggapai wang berjumlah RM 1 juta tu yer!! Takpe tahun depan ada lagi.. Semua yang dirancang dan tak menjadi tu ada hikmahnya,... Yang penting jangan putus asa. Rezeki ada di mana-mana..(Cheeewahhh...macam pakar motivasi pulok..) Cube baca selembar bingkisan ini...mudah-mudahan jiwa yang kusut menjadi tenang.. Pohon yang Digugurkan Daun Dosanya Tiap-tiap yg berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan. (QS 21:35) Di saat terbaring di ranjang, ketika sakit menggerumus, wajahmu Emak yang membayang. Wajahmu Emak menjadi ubat yang menumbuhkan kekuatan di tubuh. Bayang kehadiranmu Emak, menjadi semangat kekuatan, ketika setiap orang sakit senantiasa merasa tiada berdaya. Tapi, lelaki berusia 50-an yang terbaring di ranjang sebuah rumah sakit, kini merasa berdaya. Betul, beberapa har...

Review Filem:: Drillbit Taylor

Image
Bosan...tak tau nak buat apa malam tu...tetiba dapat satu sms.." Jom tengok wayang citer 3 orang budak yang selalu kene buli?" begitu la lebih kurang ayat dalam sms tu. Ish citer apa tu? Aku pun terus search kat internet. Rupa-rupanya citer Drillbit Taylor: Budget Bodyguard! Nampak macam best. Pelakon utamanya adalah Owen Willson ! Aku memang suka kalao mamat ni yang berlakon. Sure havoc punya lawak! Aku pun terus book dua tiket. Lepas amek member aku tu dekat Sunway, kami pun terus ke Mid Velly (tempat aku selalu lepak tengok wayang). Nasib baek jalan tak jem. So tak sampai 15 minit dah sampai ke Mid Velly. Tapi bile jem...sejam pon belum tentu sampai!!! Kami pun bergegas la ke reservation counter, GSC . Nasib baik sempat. Wayang start kul 11.15 malam. So 45 minit before start aku dah kene amek tiket tu. kalo tak ...burn le jawabnyer.. Review:: Drillbit Taylor: Budget Bodyguard! mengisahkan sekumpulan 3 orang pelajar tahun pertama di sekolah tinggi yang menjadi man...

My Cousin's Wedding ~ Part 2

Image
Salams... ingat lagi tak kisah pernikahan sepupu aku yang pernah disiarkan dalam blog aku satu ketika dulu?? kalau tak ingat bleh pergi semula ke post tersebut. Aku nak tunaikan janji aku seterusnya untuk menghebahkan perkahwinannya di blog aku ni hehehe. So takda utang dah yer... Ya, bagi sesiapa yang tak tau lagi, sepupu aku Azizah @ Jijah (nama glamour) telah selamat melangsungkan majlis persandingannya dengan suami tercinta Zainal @ Enal (nama glamour) di rumah keluarga Azizah di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor tanggal 18 Mei 2008. Aku selaku saudara terdekatnya macam biasa la, menyibukkan diri dengan adengan-adengan penggambaran yang menggiurkan! Hahahhaha. Aku bertolak pulang ke kampung dengan seorang lagi sepupu yang agak rapat dengan ku iaitu Arip , pada hari Sabtu, sehari sebelum majlis kenduri diadakan. Agak jem la keadaan jalan raya ketika itu. Si Arip plak tido, terpaksala aku berkaraoke sorang-sorang bagi mengelakkan mengantuk. Malamm sebelum majlis pers...

Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Image
Assalammualaikum! Sempena kenduri perkahwinan sepupu aku di Kampung Sungai Limau, Sg. Besar, Selangor... sempat jugaklah aku ngan sepupu-sepupu yang lain pegi menikmati keindahan kampung setelah seharian penat ber'kenduri'. Huhuhuh bukan tolong sangat pon, tolong tengok je yang lebih. Nak bagi tau ni, kat kampung ayah aku tu ada satu kawasan pantai yang cantik dan best! Tapi tak ramai orang pegi situ sebab pantainya jenis berlumpur, nak mandi manda tak dapek la. Tapi apa yang best nak cerita kat sini, usaha pihak kerajaan memelihara kawasan pantai bagi mengelak hakisan. Korang tau ke apa caranya??? Ha kat sini la aku nak bagitau, dengan menanam semula pokok bakau , pantai akan dapat dikawal daripada menerima hakisan yang serius (chewahhh macam dokumentari pendidikan plak). Tapi aku kagum la. kat kampung ayah aku pun dah ada usaha-usaha macam tu, kiranya kesedaran orang ramai dah mula tinggi!! Bagus Rakyat Malaysia. Antara kaedah mengawal hakisan pantai:...