Posts

::Cancel semuanya!::

Hujung minggu lepas, macam-macam plan dah sebenarnya yang aku buat tapi semuanya hampeh..tak jadi semuanya! Semuanya gara-gara housemate aku yang memperkenalkan awek terbarunya kepada aku!!!! Apa lagi kami pun belasah arrr ramai -ramai! Sehari suntuk awek Nyel kene main! Hahahaha don't get me wrong ...awek si Dhaniel tu adalah game PS2 yang baru di 'songlap' daripada abangnya! Ish barulah aku tau nikmatnya main PS2. Sebelum ni aku hanya siap mengutuk-ngutuk bekas -bekas housemate aku masa stady dulu sebab tak ghenti-ghenti main PS2 sampai ke pagi!...rupanya memang candu!!! Yang paling hampeh, bila plan aku nak ke MAHA 2008 untuk kali ke dua pon ter' Cancel '! Nasib bek dah pegi sebelum tu. Ish-ish-ish apa nak jadi muda-mudi zaman sekarang... kuikuikui let's play!!!! - ish game apa plak nak maen yerk ...??

::Kak Era's Wedding~Johor Here We Come!!::

Image
Sejak akhir-akhir ni memang tak pernah terluang waktu hujung minggu gue. Mana tidaknya, ada je orang menikah, kawin, kenduri nyambut pose, kenduri naik buai dan macam-macam kenduri lagi lah.. Kalau sape-sape pernah terbaca entry-entry gue seblum ni, mesti ingat citer pasal Kak Era , my cousin . Ha, minggu lepas, bersamaan 16 Ogos 2008 , kami semua (keluarga dari Perak) beramai-ramai ber konvoi ke Kota Tinggi, Johor. Seronok jugak bula dah ramai-ramai sekali bergerak. Macam-macam kerenah ada! Kalau tak silap gue dulu pernah pergi ke Kota Tinggi, itu pun zaman pra remaja hehehe, dah lama jugak gue tak pegi ke sana. Jalan pun ingat-ingat lupa. Kalau dulu, gue ke Kota Tinggi, kerana bercuti dengan kengkawan. Tetiba teringat kat Herman , ngan Shah , anak jati Kota Tinggi. Kalau diorang tak bawak gue, idak ler gue merasa pergi ke Kota Tinggi dulu. Ok lupakan kisah dulu. Kami ke Kota Tinggi dengan berkonvoi 5 biji buah ker eta . Best kan! Bertolak dari KL jam 11.00 pagi. Sebenarnya dah...

::Congratulation Lee!::

Image
I want to grab this opportunity to wish CONGRATULATION to Mr. Lee Chong Wei for the single Silver Medal from Olympic Beijing. You did a good job bro! Bravo! Although he failed to win a much-hoped-for Olympic gold medal for Malaysia, badminton idol Lee Chong Wei has done Malaysia proud by securing a silver in the Olympic badminton men’s singles in Beijing.

::Masa itu Emas::

Image
Salamz , (Apa kene mengena tajuk entry aku arini?huhuh) Dah beberapa hari aku takde mood nak update blog. Rasa malas ni makin menjadi-jadi plak, padahal banyak benda yang berlaku kat keliling aku dan bahan-bahannya semua dah ada...cuma malas nak menaip je hahhahahaa. Takpelah kalau bebila aku rajin nanti aku update lah yer... huhuhu aku tau mesti, Okid Hutan , CikYanie , Encik Deenasour semua tak sabo2 nak tau kan??? sabo ek hahahaha tetiba je aku teringat kat diorang. Yang pastinya hujung minggu ni dan akan berlarutan sehingga ke minggu-minggu akan datang pastinya ada banyak jemputan Kenduri Kahwin , tak kira da daripada sedara-mara ke, kawan-kawan ke ataupun daripada orang yang tak dikenali pun ada gak! Sebenarnya aku bukannya suka sangat pegi kenduri-kenduri kawein ni, almaklumlah,nanti banyak sangat soklan-soklan cepu emas yang terpaksa aku jawab. Huh tak koser!. Kuang..kuang..kuang...(paham-paham je lah). Tapi memang tahun ni memang ramai di kalangan member aku yang menamatka...

::Boling la pulok::

Image
Dalam dua hari ni keje aku asyik berulang alik ke Alamanda je. Ish buat apa yer pg Alamanda? Bukan best sangat pun. Hmmm sebenarnarnya aku dan opismate sibok pegi beli barang-barang hadiah untuk Pertandingan Boling peringkat Bahagian tempat aku keje. Huhuhuh aku pulak dilantik menjadi bendahari tak bertauliah. Hampeh. Tapi malangnya tahun ni aku tak dapat nak join pertandingan boling tu, sebab kena balik kampung. Almaklumlah cuti-cuti sekolah ni semuanya sebok nak buat kenduri. Jadi buat peserta-peserta boling, tahun ni aku kasi can la kat korang jadi juara hahahahahah!!! (dengan nada riak teramat!) Astagafirullahalazim... So memang sibuk la jugak diorang-diorang tu semua membungkus hadiah dan hamper untuk semua peserta. Aku?? tolong tengok dan menyebok-nyebok je. Semoga pertandingan boling tahun ni semeriah tahun-tahun sebelumnya. Syabas kepada Encik Amir selaku pengerusi kelab di atas kejayaan menganjurkan pertandingan ini walaupun sungguh banyak rintangan yang dihadapi. SYABAS...

::Durian oh Durian::

Image
Hmmm dah lama tak makan buah berduri ni. Durian la, raja segala buah. Time-time camni memang tengah berlambak-lambak buah durian di pasaran, almaklumlah, musim buah-buahan telah kembali di Malaysia!. Semalam, opis aku menganjurkan pesta makan durian di lobi tingkat bawah. Wush tersangatlah best dan nikmanya memandangkan dah lama gak aku ngidam nak makan durian sejak peristiwa tu....... huuhuhuhuh. Kami segerombolan pun turun sekitar jam 12 tengahari, makkkkkkkkk a i dah ramai rupanya yang melantak durian berbakul-bakul . Aku dan opismate yang lain pon apa lagi, serbu la. Yang paling best, semua durian yang disediakan memang dari jenis yang baik, D24 beb!!! Isi bukan main tebal, satu pangsa tu ada seulas je!!! Bayangkan!!! Banyak jugak la kami melantak semalam. Hmmmm puas! Tak pernah aku makan durian sesedap itu, almaklumlah ... free ... hehehehe. PEACE!

::Review Filem~ SUSUK::

Image
SUSUK ... Barangkali ramai yang sudah biasa mendengar perkataan tersebut. Tapi tidak dinafikan juga ada yang janggal mendengarnya, malahan ia tidak sepopular Botox . Tapi tujuan penggunaannya lebih kurang sama, untuk kecantikan, untuk ke"popular"an dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan perasaan ingin mencari keyakinan diri dengan cara yang "pelik". Setuju?? Aku berkesempatan menonton filem SUSUk di Sunway TGV minggu lepas. Actually aku lupe hari apa aku pegi tengok filem tu sebab agak sibok dengan pelbagai urusan yang memerlukan pemerhatian yang lebih! Wah... Review: Terus terang aku katakan yang aku tak faham langsung jalan cerita filem ni. Tarikan utama aku menonton filem ni adalah kerana barisan pelakonnya yang memang aku minat habis! :: Sofea Jane (aku memang kagum giler dengan kejelitaannya), Ida Neria (pelakon Idola aku sejak kecik lagi), dan Aleeza Kasim (aku kagum dengan keseksiannya~ ngeee.) Ketiga-tiga pelakon tersebut memang ada daya tarikan y...