Posts

Ada Apa Pada Rupa???

Image
Ada sorang member aku yang menghantar pesanan kepada aku spaya mencari persembahan Susan Boyle daripada rancangan realiti British's Got Talent . Hmm.. aku pon tak kenal siapa Susan Boyle tu. Jadi aku pon cari la dalam Youtube. Siapa Susan Boyle ni? Seorang wanita berusia 47 tahun yang tinggal di Sebuah perkampungan kecil di Scotland. Dia tidak pernah berkahwin dan tinggal bersama seekor kucing sebagai peneman hidup. Di awal kemunculannya sebelum membuat persembahan di dalam British's Got Talent , rata-rata penonton dan juri memandang rendah kepadanya akibat mungkin paras rupa yang tidak menarik, dan kelakuannya yang sedikit kolot. Juri rancangan tersebut iaitu, S imon Cowell [American Idol], Piers Morgan dan Paul Potts juga seakan memandangya sinis. Segala-galanya berubah sebaik sahaja Susan Boyle membuka mulutnya. Alunan suaranya menyanyikan lagu I Dreamed a Dream telah memukau semua penonton, dan rata-rata kelihatan terkejut dengan kehebatan suara Susan Boyle . Dia tel...

Review Filem: Queen Of Langkasuka

Image
Dah lama aku tak buat Review filem, bukan sebab aku dah stop menonton wayang, tapi sebab rasa dah ramai orang buat review filem dan kebanyakkan cerita-cerita yang ditonton adalah biasa saja. Harini, aku tergerak untuk menonton sebuah filem yang bagi aku sangat hebat dan mengagumkan! Filem apakah? "Queen of Langkasuka" sebuah filem epik fantasi dari negara jiran kita Thailand. Huh filem epik fantasi? Yup. Sememangnya Thailand, Filpina dan Indonesia terkenal dengan filem-filem ber genre begini. Tapi apa yang membanggakan mengenai filem Queen of Langkasuka adalah jalan cerita dan qualiti lakon layar yang menarik! Daripada jalan cerita, kostum dan aksi semuanya tersusun rapi di setiap babak. Sebenarnya Queen of Langkasuka sedikit sebanyak mengisahkan kisah Sejarah Melayu di mana hubungan kerajaan Negeri Pahang, Johor dan Kedah dengan Langkasuka di Siam. Hmmm negara jiran kita bikin filem pasal Sejarah Melayu dan ia memang membangakan! ofcoz ada unsur-unsur fantasi diseli...

Kisah Lai Ci Kang

Image
Semalam, sorang member aku yang baru saja menyambut hari lahirnya yang ke 29 bernama Inertz telah dengan murah hatinya membelanjer aku makan Satey Kajang!!! Ish lama betol aku tak ke Kajang sebenarnya, apatah lagi nak makan Satey Kajang tanpa orang membelanja aku... so semalam adalah harinya. Setelah membuat pengesahan kehadiran, aku pon menunggulah Incik Inertz yang murah hati itu di rumah. Katanyer nak datang ke rumah aku senang, bukak jer wikimapia dan dia dah siap point rumah aku dalam tuh! Wakakaka. Tunggu punya tunggu lambat jugak tak sampai-sampai Incik Inertz yang murah hati itu ke rumah ku. Ruper-rupernya, keliru...[cakap je lah sesat!]. Nak dipendekkan cerita, sampai juga la Incik Inertz yang murah hati itu ke rumah aku. Kami pon bertolak ke Kajang dalam pukul 8.00 malam. Tujuan asal memang ler nak pergi makan Satey Kajang sebab aku memang dah melobi habis supaya dia belanja aku sejak bertahun-tahun yang dulu. Sementelaah dah ke Kajang, termelencong la sekejap ke Tesco,...

Tangan Di Angkasa

Image
Nampak tak imej seakan-akan sebelah tangan ingin menggenggam kepulan api itu? Korang rasa kagum tak? Inilah dinamakan keajaiban alam..kebesaran tuhan. Imej bintang-bintang dan gas-gas yang belegar-legar di udara yang berjaya dirakamkan oleh NASA. Untuk pengetahuan semua, imej tersebut sebenarnya adalah imej yang terbentuk sejak17,000 tahun cahaya yang lampau. Lama kan!!! Baru sekarang boleh nampak. Tu pon satu keajaiban alam jugak. P/s: A light-year is the distance light travels in a year, about 6 trillion miles (10 trillion kilometers). Artikel sebenar di sini.

Buntu

Image
Bila dah takde modal nak menulis, mulalah aku memikirkan perkara yang bukan-bukan. Antara yang aku pikirkan adalah masalah negara! Wakakaka perlu kah aku memikirkan masalah negara? Politik? Ekonomi??? Huhuhuh sejujurnya aku memang tak layak untuk berbicara soal itu semua..kerana aku adalah Janggeltrekker! [kalau citer pasal cara-cara nak mentenkan alam sekitar tu aku rasa aku pandailah kot sebab ada lah sedikit sebnayak ilmu di dada sepanjang aku hidop] Bercerita pasal kerja...hmm ni lagi satu hal. Ada saja kejutan demi kejutan yang menerjah. Aku anggap itu semua satu cabaran untuk memajukan diri. Seperti apa yang aku alami hari ini, nak cakap aku tak suka, sebenarnya aku suka...tapi macam tak boleh nak nak meluahkan kesukaan itu. Rasa macam ada sesuatu yang menyekat kesukaan itu daripada dilontarkan. Apakah tandanya itu? Korang pernah tak rasa macam apa yang aku rasa?Rasa macam nak suka..melonjak kegembiraan tapi tak boleh. So perasan ni tersimpan di dalam. Dan aku rasa sangat Tens...

Sipadan Island: New 7 Wonders of Nature?

Image
Sekarang ni The New7 Wonders Foundation sedang rancak menjalankan kempen untuk mengundi calon-calon untuk New7 Wonders of Nature . Apa yang paling menarik, beberapa calon daripada Asia tenggara turut tersenarai di antara 261 calon yang layak seluruh dunia. Dan apa yang membanggakan P ulau Sipadan, Malaysia adalah salah satu daripadanya. Jadi terpanggil aku disini untuk menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mengundi Pulau Sipadan sebagai salah satu keajaiban dunia dalam kategori " nature: island ". Kenapa perlu undi? Pemilihan Pulau Sipadan bagi aku memang sangat tepat memandangkan ciri-ciri topografi pulau dan keindahan yang menakjubkan di Pulau Sipadan memang sukar untuk ditemui di tempat lain. barangkali sesiapa yang pernah pergi ke Pulau Sipadan pastu bersetuju dengan apa yang aku katakan ini. Aku sendiri masih belum pernah ke sana, namun telah menanam cita-cita untuk ke sana suatu hari nanti. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya ' oceanic island ' di Mal...

Thailand - Trip To Phuket (Part 3)

Image
Imbau kembali hari ke-2: Island Hopping to Phi Phi Island - Bang La Road - Shopping Hari ketiga merupakan hari untuk pulun habis bagi aku. Memandangkan kami semua akan berlepas pulang ke Malaysia pada hari ini, maka dari awal pagi kami telah merancang untuk menjelajah sekali lagi di seluruh Patong . Pagi lagi kami terus serbu ke sebuah kedai yang telah kami survey semalam. Harga barang-barang kat situ memang sangat murah berbanding kedai-kedai jiran dia. keji kan? Sebenarnya, diorang saja markup harga tinggi-tinggi. Siapa yang tak pandai tawar menawar tu kira rugi la. Tapi diorang punya markup bukan sikit-sikit! Melampaui batas semuanya. Bayangkan ada harga sebuah beg diorang letak 450 Bath [RM 45] tapi kat kedai makcik yang kami servey tu hanya 150 [RM15] Bath saja!!!! Mujurlah ada kedai Makcik nih.. Kami pon borong sakan la kat kedai dia, macam-macam benda kami beli dan kelihatan masing-masing membawa 3-4 bungkus plastik yang besar! Wakakaka. Dah habis shopping kat keda...