Posts

Emo~ Part II

Image
Semalam aku ke One Utama , dengan hajat nak pegi serang kedai Focus Point yang telah menaburkan janji-janji palsu kat aku sejak 3 minggu yang lalu. Jadi semalam dengan ditemani oleh Deennasour , kami pon bergegas ler ke sana. [ Deennasour tengah high sebab dapat motor baru!!!]. Sampai di OU, aku tak buang masa, sebab time tu pon dah dekat pukul 8.30 malam, takut kedai tu tutup pulak. So dengan pengetahuan terhadap penggunaan teknologi mesin pencari data yang banyak terdapat berhampiran tangga, kami pon search lokasi kedai Focus Point. Oh ya, lupa pulak nak bagitau, ceritanya begini. Tiga minggu lepas, aku telah menempah sepasang cermin mata [eh betol kan penjodoh bilangan tu???] kat karnival Focus Point yang diadakan di ruang legar OU. Masa tu bakan main manis lagi mulut-mulut promoter tu mengayat aku ngan kawan aku. Ye la, nak kan customer la katakan. Aku ditaburi dengan janji-janji manis, senyuman manis awek penjual cermin mata tu, dan macam-macam lagi. Sehingga ada satu dialog...

Blander Oh Blander

Image
Pagi tadi masa on the way nak pergi kerja, aku terperasan la yang jalan raya begitu lengang dan tenang. Oh apakah ramai manusia yang bercuti sempena DEEPAVALI esok? Adakah ramai kaum India yang tinggal kat kawasan rumah aku nih? Rupa-rupanya hari ini merupakan cuti sekolah. Hahah patutlah jalan lengang! Yup, kalau time cuti sekolah, aku memang suka giler. Sebab jalan raya akan jadi lengang. Pergi opis, 15 minit dah sampai. Kalau hari-hari biasa, mau makan 25-30 minit jugak untuk sampai ke ofis. Rugi-rugi!! Sepatutnya aku keluar rumah lewat tadi, lepak-lepak minum kopi sambil makan muffin ker, atau pekena fresh oren dengan blueberry cake ker... Huhuh apakan daya semuanya telah terlambat. Sempena Deepavali yang jatuh pada hari Sabtu 17 Oktober 2009 ni, aku pon teringin la nak wish kat beberapa orang member yang beragama Hindu , "SELAMAT HARI DEEPAVALI" !!! Oh ya tak lupa jugak kepada makcik-makcik cleaner kat opis aku (kalau diorang ada baca blog aku nih???) yan...

Janji

Image
Dah masuk minggu ke tiga bulan Oktober . Syawal pun dah tinggal sipi-sipi je, untuk sesiapa yang nak buat open house tu masih sempat la, boleh buat skali dengan Deepavali punya ' open house! ' Barulah 1 Malaysia kan??? ( In terms of Majlis rumah terbuka ya, tak nak sentuh soal lain, kang tak pasal-pasal jadi isu plak). Ok, cukuplah pasal open house . Terus terang aku cakap, semua jemputan open house tahun ni aku tak dapat datang sebab setiap kali member-member buat open house , ada saja hal yang aku tak boleh elakkan. Hmmm apa boleh buat, dah tak ada rezeki. InsyaAllah kalau korang buat lagi tahun depan, dan kalau dipanjangkan umur, aku akan hadir (juga tertakluk kepada keadaan ketika itu nanti). Ada satu perkara yang memebelenggu aku semenjak dua menjak nih. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang pernah mengalami apa yang aku alami. Apa perasaan anda bila perkara-perkara di bawah ini berlaku pada diri anda:- Situasi 1. Bila seseorang telah mengatur janji dengan kita, ...

Projek Teater: Muzikal Gamat ~Kiutnya Gamat tu!!!

Image
Akhirnya setelah menunggu selama 3 bulan, semalam tiba jugak hari Finale pementasan Teater Gamat di Istana Budaya . Tiket dah beli sejak 3 bulan lepas [ thanks to Kaki Jalan sebab tolong membelikan tiket guna kad kredit dia memandangkan kad kredit aku dah expired ketika itu harharhar]. So, semalam, dengan pantasnya selepas waktu pejabat, aku bergegas menjemput "deennasour " juga yang sama nak menonton Teater Gamat ni. Naseb baik jalanraya tak jem teruk, alhamdulillah sampai di Istana Budaya agak awal. Sempat lagi kami mencekik kat kedai seberang jalan depan IB tuh..Sedap gak makcik tu masak. Teater Gamat yang digembar-gemburkan tersangat best tu sememangnya best ! A da kanak-kanak yang comel-comel, ada kostum-kostum yang menarik dan lagu-lagu yang mencuit hati dan sedap didengar [ adik-adik yang nyanyi koir tu pun cun-cun belaka...untung aku duduk depan stage boleh ushar-ushar!!!;p ]. Pendek kata, penuh warna-warni dan ceria. Sesuai la untuk kanak-kanak menonton...

Sesuatu Yang Baru~(ahh....aku 'high' dengan benda tuh!)

Hujung minggu lalu, sekali lagi aku ditinggalkan seorang diri di rumah. Maklumlah, 2 orang housemate tu semuanya ada hal masing-masing, lagipon kampung halaman diorang pon dekat jer. Jeles!!!! Pagi-pagi Sabtu, aku bangun awal. Cuaca pulak baik hari tu. Tetiber pulak datang rajin aku nak mengemas bilik. Sebenarnya aku ni fobia nak kemas bilik sejak insiden terbuang 'memory card 4 GB' handphone aku dulu!!! Tapi kali ni dengan penuh berhati-hati aku mengubahsuai semuala bilik aku. Alhamdulillah, nampak kemas dan lapang la pulak? hehehe sampai sakit-sakit jugak pinggang aku mengangkat almari dan katil. Berbaloi. Lepas habis mengemas, aku bersiap-siap. Hari Sabtu tu, sememangnya aku dah plan nak pergi ke Plaza Low Yat [hmm entah betol ke ejaan macam ni???]. Aku nak pergi survey barang. Dah lama aku idamkan nak beli benda alah tu. Sampai tempat tu, bermulalah kisah pencarian sebuah kemera digital yang baru. Lama jugak aku duduk kat Plaza Low Yat tu, dari jam 12 sampai ke pukul 5 ...

PapaDom: Dimensi Baru Filem Melayu

Image
Aku tertarik untuk mengulas pandangan aku terhadap sebuah filem Melayu yang aku tonton bersama rakan-rakan semalam, PapaDom. Uniknya PapaDom adalah pada tajuknya. Siapa sangka sejenis makanan yang popular dimakan bersama Nasi Kandar mampu menceritakan perjalanan hidup seorang pengusaha Nasi Kandar yang taksub dengan kasih sayang terhadap anak gadisnya yang satu. Itu jugalah yang menarik perhatian aku untuk terus melekat di kerusi panggung sehingga ke akhir cerita. PapaDom mengisahkan seorang lelaki bernama Saadom ( Afdlin Shauki ) yang tekad memperbaiki taraf kehidupan keluarganya sehingga terkorban masa bersama keluarga. Seringkali dia terlepas saat-saat penting dalam sejarah hidup anak tunggalnya Miasara ( Liyana Jasmay ). Sehinggalah pada suatu hari, isterinya Munirah ( NurKhiriah ) terkorban dalam satu kemalangan jalan raya ketika menghantar anaknya ke sekolah. Kematian Munirah merupakan satu tanparan hebat kepada Saadom , sekaligus merubah kehidupannya daripada mementingkan ...

@Dilema

Image
Dalam hidup ini, kita selalu kena buat pilihan yang tepat terutamanya dalam mencapai sesuatu keputusan. Kadangkala keputusan yang kita perlu buat itu akan mendatangkan mudarat atau ketidakselesaan kepada orang lain. Tapi kita terpaksa juga melakukannya. Atau, kadangkala, kita perlu memilih untuk mengorbankan sesuatu, bagi memberi laluan kepada sesuatu yang lain. Semua itu perlu mendapatkan pertimbangan yang sewajarnya sebelum ianya dimuktamadkan. Sejujurnya aku bukanlah seorang yang bijak dalam membuat keputusan. Seringkali juga aku salah dalam membuat pertimbangan dan akhirnya keputusan itu mendatangkan musibah @ mudharat kepada diri aku. Tapi apa boleh buat, semua benda yang sudah berlaku tidak mungkin boleh berulang lagi. Apa yang mampu aku lakukan hanya menjadikannya iktibar agar ianya tidak berulang di masa akan datang. Kalau difikirkan balik ke atas setiap keputusan yang penah aku lakukan sebelumini, satu yang dapat aku simpulkan, semuanya berdasarkan pengaruh dan kata hati yang...