Posts

Second Hot Air Ballon Fiesta 2010 - DAY 1

Image
Ramai yang perasan, minggu lepas berlangsungnya Second Hot Air Ballon Fiesta 2010 di Putrajaya! Ya Putrajaya tempat aku tu, hahaha. Bila dah ada di tempat sendiri, memang rugi la kalau tak pergi, siap berlari-lari anak menembak belon sebelum masuk opis!!! Itu merupakan salah satu kenangan manis yang sukar untuk dilupakan. Bermula 18 mac 2010 dan berakhir 21 Mac 2010 , Hot Air Ballon Fiesta 2010 berlangsung dengan sedikit KURENG tahun ini memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan kebanyakannya mendung dan hujan. Walaubagaimanapun ianya tetap meriah dengan penyertaan lebih 20 peserta dari pelbagai negara termasuklah Malaysia. Ok, tak mau cerita pasal latar belakang pesta, aku nak fokus pada pengalaman hari pertama. Awal pagi lagi colleuge aku dah bagitauaku yang dia nampak Darth Vader terapung-apung di ruang angkasa Putrajaya! Wah betulkah, sebab masa aku sampai pejabat pagi tu masih tak ada lagi Darth Vader tu. Akhirnya sebelah petang aku mengambil keputusan untuk menjengah...

Gua Itu Indah!

Image
Masih lagi cerita di Ipoh. Tak sempat sangat sebenarnya nak ronda-ronda Bandaraya Bunga Kertas nih, kesian pulak kat Incik Deennasour yang tak pernah ke Ipoh. Untuk tidak menghampakan kawan, aku dan Apit membawa deennasour ke salah sebuah gua di antara banyak-banyak gua kat Ipoh ni. Oh ya, bagi sesiapa yang tak tahu, Bandaraya Ipoh ni dikelilingi dengan bukit-bukit batu kapur yang sangat indah, dan banyak juga terdapat gua-gua yang kebanyakannya dijadikan tokong dan kuil...erk???? Berbalik kepada lawatan ke gua tadi, kami telah ke Gua Kek Look Tong , berhampiran kawasan Gunung Rapat, Ipoh. Sebenarnya aku pon tak pernah gak pegi situ, tapi si Apit tu dah kire expert jugak la sebab tempat tu dekat dengan kawasan rumah dia. Fuh, masuk je kawasan gua..memang kagum. Cantik sungguh batu kapur yang ada membentuk stalactite dan stalagmite (erk betol ke eja camtuh?) Pagi tu pon dah ramai orang datang sebab di dalam gua terebut ada sebuah taman yang sangat luas! So kat situ orang ...

Dari Kuala Lumpur ke Ipoh

Image
Alamak..lama jugak aku tak update blog dengan entry baru kan? Ok kali ni nak cerita pasal eksplorasi Bandaraya Ipoh pulak. Erk bukankah itu kampung ku? Ni yang nak cerita nih. Minggu lepas, aku dan Deennasou r telah menjejakkan kaki ke Bandaraya Ipoh . Tujuan asal adalah untuk bertugas sebagai penembak tepat di majlis perkahwinan sepupu aku Kak Ijan . Kami bertolak dari Kuala Lumpur masa tu dah dekat pukul 1 tengahari. Agak lewat jugak sebab sebelum tu, Incik Deennasour telah pergi merembat battery grib untuk kamera Canon EOS 500D dia kat Plaza low Yat . Majlis pernikahan pulak dijadualkan berlangsung jam 3.00 petang. Alamak!!! Sempat ke nak sampai? Akhirnya dengan berkepantasan 150km/jam (tak laju ker? bagi aku dah laju sangat dah tu sebab aku tak pernah bawak selaju itu) akhirnya kami tiba di bandaraya Ipoh , jam 3.30 petang. Syukur majlis tak mula lagi..hahah biasalah janji Melayu . Sempat la kerja-kerja menembak dijalankan. Kalau tak sure aku kena potong gaji!!!! Suasana di...

Poskad Dari LONDON?

Image
Sebenarnya dah dua tiga kali jugak la aku pikir, nak cuba ke tak? nak cuba ke tak?? nak cuba ke tak nak? Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membuat segmen puji-pujian untuk Inche Long Haffiz yang ketika ini mungkin sedang merengkot di bawah selimut...MEMBUTA!(la kot~) Bukan apa, aku ni kalau bab-bab peraduan ni memang suka sangat nak join, sebagai bukti ..tu ha entry makan limau yang lepas! Walaupon tak menang tapi aku dapat hadiah saguhati! (itu yang penting) Tapi contest budak ni ada dapat hadiah saguhati ke tak yer??? Memandangkan hadiah dia adalah mendapat kiriman poskad dari LONDON (tempat yang aku nak pegi sesangat..tengah berusaha mintak sedekah di Jalan Chow Kit setiap petang untuk membeli tiket) maka aku akan berusaha segigih mungkin untuk memikat Inchik Long Hafiz itu. Ahaks ... Al-maklumlah bukan senang nak dapat surat @ poskad @ hadiah @ kad raya @ kad besday , sebab semua tu dah hampir pupus dalam hidup aku. Kalo la aku dapat poskad tu, sure aku framekan dan gan...

Soalan

Image
Setelah sekian lama aku mengabaikan TAG-TAG dari blogger , akhirnya kali ni aku rasa macam nak buat pulak TAG yang datang dari ketua Hantu Jembalang Purba Tiga Sebelah iaitu incik NICK IRFAN . Sebenarnya sejak akhir-akhir ni jer aku rajin tinjau-tinjau blog dia sebab aku suka baca kisah dia ngan hantu-hantu dia yang kiut macam cakcibor. Oklah aku buat apa yang patut saja:- Bold the statements that ARE true to you. Italicize the statements that you WISH were true. Leave the fibs alone. Then, tag 5 people to do the same test. Memandangkan aku ni pencinta alam sekitar so aku HIJO kan mana yang betol ye! 170 cm tall (termasuk gak dalam golongan ini) I don’t know what I want at the moment. (aku tau apa aku nak...cuma susah sikit nak capai..kena usaha lebih) I’m not happy (aku rasa aku ni jenis happy person) I hate my friends.(never sebab bukan senang nak dapat kawan!!!) I hate my life.(kadangkala pernah, tapi kebanyakkannya suka hidup!) I hate my grades.(tak pernah pon seba...

Pertandingan Makan Limau!

Image
Kali ni aku nak cerita sikit pasal satu pertandingan yang sempat aku sertai sebaik saja turun dari Bukit Tabur hari tuh. Wah sempat lagi nih masuk pertandingan!!! Bukan apa, hari tu lepas penat mendaki, kami pon berjalan-jalan di Wangsa Walk , Wangsa Maju memandangkan semua daripada kami tak pernah lagi menjejakkan kaki ke sana. Nak dijadikan cerita, tengah berlegar-legar kat Wangsa Walk tu, kami terdengarlah DJ Wangsa Walk buat pengumuman di tengah luang legar. DJ t u siap panggil kami untuk sertai pertandingan tu, hmm mungkin sebab tak ramai yang join kot. Lagipon dengan attire kami yang baru balik dari mendaki tu, nampak sesuai benar lah dengan pertandingan tersebut. Pertandingan apakah??? PERTANDINGAN MAKAN BUAH LIMAU!!! Mangan yok! Mangan! Hahaha ni sempena Tahun Baru Cina la nih. Kami pon, dengan niat nak makan free teruslah daftarkan diri. Hahahha. Syarat pertandingan dia mudah je, sesiapa yang dapat makan limau dengan jumlah yang banyak dalam masa lima minit dikira pemena...

Bukit Tabur - Ulu Klang (Eksplorasi Sendat)

Image
Satu lagi aktiviti extreme yang mencabar kekuatan fizikal aku telah berjaya dilakukan minggu lepas. Ekspedisi Bukit Tabur . Selalunya, bila hendak pulang ke kampung di Perak, seringkali aku akan melalui lebuhraya MRR2 dan bila tiba di area Taman Melati, Gombak pemandangan Bukit Tabur menggamit dari jauh. Tak pernah terfikir pulak yang aku akan berada di puncak bukit tersebut. Akhirnya tanggal 27 Februari 2010, aku dan beberapa oarang rakan telah berjaya berada di puncak! Fuh memang puas walaupun kepenatannya berada ditahap paling maksimum. Kami bergerak dari kaki Bukit Tabur pada jam 8.25 pagi. Sebelum tu sempat juga breakfast di kedai mamak berhampiran kawasan tersebut. Baru 15 minit mendaki, kami sudah disajikan dengan pemandangan indah Empangan Klang Gate. Di tambah pula dengan suasana berkabus, pemandangan memang sangat cantik pagi itu. Pendakian makin lama makin mencabar, kebanyakan laluan adalah berbatu sehingga memaksa kami melakukan rock climbing . Sumpah aku tak pern...