Posts

Kaki Jalan dah Jalan...

Image
Assalamualaikum. Sambil mendengo lagu PLANE nyanyian Jason Mraz yang berkumandang di blog aku ni tetiber pulak aku emosi. Tambahan pulak bila terbaca blog Kaki Jalan , hmmm tambah emosi! Terus aku buatkan entry tribute untuk Kaki Jalan yang merangkap Member Opis - Member Redah Hutan - Member Panjat Bukit - Member Makan2 - Member TEATER!!! pendek kata semua aktiviti outing la. Hmmm sedih gak sebab lepeh ni dah takder la oghang nak teman aku buat keje-keje berpekdah tu semua. Adoi..ada sape-sape nak ganti ker? (hmmm apa motif aku besarkan font tu yer?) huhuhu... ⋋⏝⋌ㅤ ٩(͡๏̯͡๏)۶ ٩(-̮̮̃•̃)۶ ٩(×̯×)۶(╥_╥) Buat Kaki Jalan, semoga gembira dan berjaya di 'tempat' baru dan menyandang 'jawatan' baru. Maleh lah citer panjang-panjang..layan je la lagu PLANE tu (sambil sing-along) . PEACE~ Paya Indah Wetland Nanti aku citer dalam entry akan datang.

Pakcik Pergi Jepun - Hokkaido?

Image
Assalamualaikum... Kalau entry lepas aku memasak dalam hutan, tapi entry kali ni aku nak cerita rentetan daripada aktiviti masak-masak dalam hutan tersebut. Hahaha bila dah hujan + sejuk = akan menghasilkan LAPAR. Setakat makan naget dan sosej aje mana cukup nak menampung perut-perut yang agak luas ini yer dak? So plan seterusnya adalah untuk menangkap ikan, menjala udang dan sotong serta menangguk ketam!!!! Idea nak menangkap binatang-binatang tu semua datangnya dari Incik Mamud la, dia kan expert part makan-makan yang best nih. Lokasi penangkapan pulak adalah di sebuah restoran makanan laut (alamak kantoi pulak menangguk kat restoran) di tengah-tengah Ibu Kota . Mulanya aku ingat dah sesat sampai ke Jepun , tapi rupanya hanya nama saje, Restoran Makanan Laut Hokkaido! Kedudukan restoran ini adalah berhadapan dengan Hotel Vistana, dan berdekatan dengan PWTC. Senang je kalau nak cari, tanyak pada Incik Google . Confirm jumpa! Masuk-masuk saja kedai, aku dah nampak ba...

Pakcik Memasak Dalam Hutan!

Image
Assalamualaikum. Aku ni kalau tak duduk diam memang tak sah. Ada je benda yang aku nak buat kalau masa-masa cuti. Itu memang dah jadi hobi aku, aku suka berjalan-jalan, makan-makan, melancong dan joli sakan! Yeah that's mylife! Kali ni aku nak mengkesahkan perihal aktiviti beriadah di Hutan Lipur Sungai Tua, Selangor. Hmmm mungkin orang akan cakap...biasa jer. Yeah memang biasa jer pon, aku tak suka yang luar biasa pon. Plan nak ke Hutan Lipur Sungai Tua diusulkan oleh Incik Inertz seminggu sebelum tarikh kejadian. Sebetolnya banyak tempat dalam senarai tapi akhirnya ke situ jua akibat beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Kami bertolak dari rumah dah dekat pukul 11 pagi dah sebenarnya! Cheit nak pergi bekelah tapi pegi tengahari!!!! Takper la, janji plan jadi. Awan hitam memang sedang berarak macam perbarisan hari kebangsaan dah di ufuk timur sana. Aku cakap kat Inertz ," Weh nak hujan ni..amacam plan??? " tapi dengan muka selamba, Inertz cakap, " Kalo huja...

4-0 di Dataran Merdeka

Image
Lagi-lagi kisah makan. Tak habis-habis la kan. Tak kisah la, janji aku yang kenyang. Sabtu lepas, kazen aku yang dah 'lama' tak jumpa ni mengidam nak makan Siakap 3 Rasa (hah lagi???). Yup ni bukan ada kaitan dengan entry sebelum ini ya. So memandangkan tak larat nak ke Klang untuk mencari seekor siakap, akhirnya kami hanya menangkap ikan siakap di Bangsar saja. Selain kazen aku tu, ada la aku ajak beberapa member yang lain. Ok plan berlangsung dengan baik. Ok lah aku tak mau citer la pasal makan-makan ni kat entry nih, aku nak cerita peristiwa yang berlaku sejurus selepas aksi makan-makan tu. Lepas habis makan, aku, kazen aku dan member aku Kaki Jalan bercadang ke Dataran Merdeka . Kaki Jalan cakap ada screen LCD terbesar di Malaysia sempena World Cup! Wah patutla masa siang tu aku lalu area Dataran Merdeka nampak diorang pasang khemah besar la, sesak semacam je..rupa-rupanya ada perkara berlaku di situ! Then plan pon berlajalan seperti yang dirancangkan. Sampai ar...

Merempat di Tanjung Harapan @ Tanjung Gila

Image
Assalamualaikum. Sejak akhir-akhir ni aku agak blur sikit, tak tahu nak tulis apa untuk updat e. Walaupon ada beberapa isu yang belum dikeluarkan tapi mood nak menaip tu tak datang. Tapi hari ni aku menggagahkan jugak otot-otot jari jemari aku ni untuk mengetuk keyboard komputer yang sengal nih! Beberapa minggu lalu aku sekali lagi dipaksa oleh kawan baik aku yang benama Inertz untuk membelasah makanan laut di Tanjung Harapan @ Tanjung Gila di Klang . Aku rasa ramai yang dah tahu tempat ni, sebabnya ia agak glamer. Walaupun jalan nak ker Tanjung Harapan tu berbelit-belit akhirnya aku manage untuk menjumpai tempat itu. Perjalanan dari Bukit Jalil ke Klang mengambil masa hampir satu jam (sebab banyak tempat kami singgah + sorang lagi member aku pon join gak). Sampai di Tanjung Harapan , kami dihidangkan dengan ribuan manusia yang sedang beratur untuk memilih ikan dan makanan laut yang lain. Waktu tu dah pukul 9.00 malam! Ayoooo terus patah semangat. Tu la....nak sangat pergi...

Pakcik Melawat PD Pulak!

Image
Assalamualaikum. Bila dah lama tak menulis di sini, terasa janggal pula. (bukan Janggel yer! :p ahahaha). Macam-macam hal nak kena settle , biasa lah kerja memang tak pernah selesai yang penting buat dan siapkan. Bila dah sebok-sebok macam ni, kadang-kadang tu terasa juga nak melarikan diri sekejap merehatkan otak kan? So beberapa minggu yang lepas (dah lama dah sebenarnya kisah nih), aku telah dipelawa olah dua orang sahabat untuk ke Port Dickson (PD). Diorang nak buat survey sikit kat PD tu, so memandangkan aku pon dah lama tak pergi PD , maka aku pon menjoinkan diri lah. Sebenarnya kali terakhir aku ke PD mungkin pada tahun 2007 kot? dah nak masuk 3 tahun dah kan? Banyak jugak la pembaharuan yang aku kesan berlaku kat PD nih. Hmmm sememangnya Kerajaan Negeri Sembilan dah letakkan dalam Pelan Rancangan Tempatan Negeri (PRT) untuk menjadikan pantai PD sebagai Pantai Peranginan Negara . Jadi usaha ke arah itu pon kenalah selaras dengan PRT tersebut yer wahai pemimpin. Berbalik k...

Pak Cik Melawat Zoo

Image
Bila aku dah BENGANG @ MARAH mula la aku buat serangan psikologi . Aku memang anti dengan manusia-manusia yang suka menangguk di air keruh ni. Takpe, ada hari ada bas...aku diam je..semoga tuhan memberi balasan setimpal!!!! I'm off !!!! Berbalik kepada entry untuk menyejukkan hati yang sedang membara. Aku nak story sikit kisah aku ke Melaka minggu lalu. Tujuan asalnya adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat aku yang dah 10 tahun tak jumpa, Wan Hasnol di Melaka . Tahniah la Senoi , akhirnya tamat jugak zaman teruna kamu,... hahaha teruna ker? Yang hampehnya takde sekeping gambar pun aku tembak pakai kemera aku. Pelik bin ajaib, semuanya ditembak oleh Inertz member aku yang sama-sama sekereta dengan aku. Takpelah, let him do his job. Lepas habis makan dan bersalaman dengan pengantin, aku, Inertz dan Joy (kami semua satu kereta dari KL) tergerak hati nak pegi menziarah binatang! Dah lama tak menjengok pak rimau, pak gajah dan yang sewaktu dengannya. Kami telah mengamb...