Posts

Jogja, The Real Java (Part 4): Kompleks Candi Arjuna

Image
Assalammualaikum!!! [ Sambungan dari Part 3 ] Lama pulak terbantut entry Jogja ni. Ok aku sambung balik dari Telaga Warna dan kemudian ke Kawah Sikidang , akhir sekali kami di bawa pula ke kawasan pergunungan yang lagi terpencil di mana terletaknya beberapa buah candi 'mini', antaranya adalah Candi Arjuna, Candi Setiaki  dan Candi Gatotkaca. Keadaan cuaca memang sangat sejuk, sedingin cuaca di Cameron Highlands tatkala selepas hujan. Kawasan tempat letak kereta di depan pintu masuk, ada banyak orang meniaga. Kawasan Kompleks Candi Arjuna, lapang je. Seperti biasa, parking kereta mesti kena bayar punya iaitu IDR 2,000 . Tiket untuk masuk candi ni tak perlu bayar lagi dah sebab dah inclusive dengan tiket masa beli di Kawah Sikidang yakni IDR 10,000. Jadi masa lalu depan pak  guard  tu cuma perlu tunjukkan tiket dan dia akan koyakkan tiket tersebut. Sebenarnya kawasan tiga buah candi untama ni terletak di tengah-tengah satu kawasan pertanian yang ...

Big Bad Wolf 2012: Aku Pergi Untuk Musim Ke 2!

Image
Assalammualaikum! Gigil-gigil aku tunggu benda alah ni dari awal tahun haritu, sebab tak sabar nak terjah beli buku. Ye la kan, aku ni suka membaca (cewah) bile dah nampak jualan buku murah-murah macam tu, takkan le nak lepaskan peluang ye tak? Makanya,  tadi aku terjah le pusat membeli belah terkemuka kat Serdang tu, yakni The Mines yang tak sampai berapa pelaung dari opis. Lokasi yang tepat untuk Pesta Buku Big Bad Wolf ni adalah di The Mines Convention Centre (betul-betul belakang shopping mall The Mines tu). Alhamdulillah jugak perjalanan tak jem langsung! Lancar je seolah-olah merestui perjalanan aku tu kekeke. Sambil membawa beg guni aku yang khas untuk shopping hari sabtu, aku pun masuk la dalam CC tu, mak datuk ramainya manusia! Macam ulat taik!, aku pun dengan rakusnya main cekau je buku yang rasa macam bekenan. Maklumlah murah-murah je, sampai ada buku semurah RM3 tau. Banyak aku amik, untuk koleksi aku dan untuk diberikan kepada orang. So apa lagi...

Kapkek Buat Mama: Wondermilk

Image
Assalammualaikum!!! Hari tu, masa hujung minggu tu... 'wa' (ops terpakai kata ganti nama macam orang yang bergelar Tansree tu pulak ) duduk terbongkang je kat rumah, tanpa arah tuju dan seperti zombie mati kelaparan darah. Tak da nafsu nak pegi mana-mana sementelaah tiada seorang pon housemate kat rumah dek kerana balik kampung, dan ada yang pegi opis buat kerja dengan jayanya. Lantas.... (cewah) Ada pulak yang mengajak makan kapkek . Ye kapkek, yang saiz diameternya besar sikit je dari duit syiling 50 sen (duit lama sebelum bertukar ke duit 50 sen emas yang baru ni). Katanya seketul kapkek harganya RM 4.70? Huish senang betul orang sekarang ni buat untung kan? (teringat juga pada kapkek nenas buatan Tansree dulu, gamaknya bile dia nak hasilkan kapkek sebegitu lagi ye?) Kalau nak ikutkan mak aku pon seorang pembuat kapkek yang LAZAT . Saiznya diameternya dua kali ganda lebih besar dari kapkek yang aku makan haritu. Dan rasanya mestilah lebih sedap dan l...

MAHA International 2012 (Malaysia Agricultur, Horticulture & Agrotourism International ) Serdang

Image
Assalammualaikum!!! Iklan jap: Kat atas tu aku bubuh tab 'Guest Book' (alamak fefiling retis, padahal ..... ) Feel free to write something nice yer. INGAT, SOMETHING NICE! (peringatan berbaur ugutan). Ok sebenarnya nak cite pasal MAHA . Ada ke sesiapa yang tak tahu MAHA tu apa? Secara panjangnya MAHA disebut sebagai Malaysia Agricultur, Horticulture & Agrotourism International (MAHA International) yang kini sedang rancak berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor.  Adoi bebelit-belit lidah nak nyebut nama panjang-panjang tu kan. (maklumle I look stupid when I speak in english ). Sebenarnya bukan nak pegi sangat pon (huh walhal tetiap tahun ko gigih pegi kan walaupon sorang-sorang?) tapi memandangkan semalam opismate aku nan seorang tu beria-ia benar mengajak aku ke MAHA, maka aku pon umpama segan-segan ayam terus setuju je nak mengikut. Sebenarnya antara alasan sebab apa aku malas nak pergi ke MAHA tahun ni adalah:- Susah nak ...

Jogja, The Real Java (Part 3): Telaga Warna Dan Kawah Sikidang, Dieng (Wonosobo, Daerah Jawa Tengah)

Image
Assalammualaikum!!! [ Sambungan daripada PART 2 ] Ok, takde sesiapa lagi ke nak ngajak makan durian kat rumah yang bukan rumahnya? #Selingan #sajejekecikkantulisan Jom sambung kisah di tanah Jawa haritu. Lepas dah puas makan tengahari kat Restoran RM.Selera di Pekan Wonosobo dengan jumlah IRD 44,000 , kami meneruskan perjalanan yang berbaki 30 minit kata pak supir. Perjalanan seterusnya adalah perjalanan mendaki bukit. Sekali lagi kami dibawa melalui jalan potong bagi menjimatkan masa katanya.  Kami melalui kawasan hutan berbukit, dan lama-kelamaan masuk ke kawasan perkampungan di tebing-tebing bukit, suasananya seakan-akan berada di pekan Tanah Rata atau Brinchang di Cameron Highland. Menurut pak supir, hasil pengeluaran utama di kawasan Dieng tu adalaah ubi kentang dan sayur-sayuran seperti kobis dan jagung juga. Keadaan pemandangan di sepanjang jalan ke Dieng. Banyak kebun sayur di lereng-lereng bukit. Rumah pon kat lereng-lereng bukit ...

#Travelholicawesome: Laporan Kejadian Makan Durian Di Bukan Rumah TanSree Coco

Image
Assalammualaikum! NOTA: Mesti pening kan banyak citer sampingan-sampingan, kejap Jepun , kejap Jogja pastu tetibe citer durian? Ye aku menulis ikut MOOD kekeke. FIRST skali nak wish HAPPY BIRTHDAY kepada mak saya yang tercinta. Semoga dikurniakan kesihatan berpanjangan dan ceria selalu! Ya kali ni kisah makan deroyan (durian) pulak. Nak dijadikan cerita, haritu (entah bile tah) seorang TanSree telah mempelawa kami yakni #travelholicawesome  makan durian di rumah orang lain, yakni bukan rumah beliau. (Huh caner tu?) Ye bukan rumah beliau tapi rumah bekas-tuan-tanah-yang-dah-jadi-macam-sedara-mara beliau yang terletak di Bangi, lebih spesifik di Sungai Merab, Bangi. Maka dengan keterujaan yang MAHA (silalah kunjungi expo MAHA yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang dari 23 Nov hingga 4 Dis 2012) dahsyat, maka aku dan beberapa orang yang lain pon terkinja-kinje la buat plan nak ke situ. Memandangkan aku, dan Biqque ni duduk satu mukim, dan Fatt dan Chawana p...