Posts

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 1): From Kuala LumpurTo Surabaya

Image
Assalammualaikum!!! Selingan: Jom turut serta dalam MITBCA 2013 . Banyak Ilmu boleh dituntut dan yang penting kita boleh jumpa kawan baru! Oh ya don't forget to VOTE my blog as well ---> HERE. #BABAK 1  Percaya atau tidak, mana-mana trip yang aku pergi memang tak lekang dengan DRAMA bersiri! Tak percaya? Ni aku nak cerita, belum jejak kaki dalam kapal terbang je dah berlaku #drama adengan kejar-mengejar! Sampai semput jugak la urat pinggang aku bawak beg berat, dan yang penting, bak kata TanSree Coco Al-Anash : "Keluar semua peluh REMAJA akak!" . Ha korang mampu ke keluar peluh remaja?  Segala-galanya bermula di petang Jumaat, aku, John dan Tansree Coco dah plan letak kereta memasing di Hentian Putrajaya Sentral, ya kenapa kami nak letak kenderaan kat situ? Ada banyak sebab, antaranya adalah kawasan letak kereta kat situ berbumbung dan proper , harga per entry (untuk overnight sahaja) adalah RM5 manakala maksimum per hari adalah RM 7 ...

Teaser: Dunia Tersembunyi Di Tengah Belantara

Image
Assalammualaikum!!! Subhanallah , memang tak terfikir trip yang lepas aku akan jumpa satu dunia yang cukup indah di tengah belantara! Perjalanan yang agak ekstrem tapi menjanjikan kepuasan yang tak ternilai harganya. Cuba tengok dalam gambar kat bawah ni, lawa kan!!! Tapi nak ke situ, agak mencabar juga la, lalu-lalu celah batu bagai, pendek kata, kalau tergelincir kompom jadi arwah punya la. Tunggu cerita penuh di entry   akan datang ye. Psstt: Agak busy kebelakangan ini, jadi nak tulis entry penuh tu agak terbatas waktu. Sorry pada yang tunggu. Pssttt2: Bagi yang menyokong blog aku ni, teruskan mengundi / VOTE Janggeltrekker's Life di dalam MITBC Award di SINI . WASSALAM .

MITBC AWARD 2013 : BOLEH UNDI SAYA TAK?

Image
Assalammualaikum!!! Ia kembali lagi la. Bolehtak aku nak minta pertolongan mengkome-mengkome semua yang suka baca, komen, jengok, intai, SUPPORT dan admire (cewahhh ada ke?) Blog Janggeltrekker's Life untuk mengundi Blog aku ni di dalam Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards (MITBC) tahun 2013 ni?  ECO TOURISM BLOG   <--- Klik Sini JANGGEL/REN (  http://janggeltrekking2.blogspot.com/  ) Boleh ke tak? Kalau boleh... Sila Klik LINK INI untuk mengundi. Just pakai akaun FB saja untuk log in. Tak susah pon. Kalau rajin lagi boleh la war-warkan pada boyfren / girlfren, kakak, abang, adik, emak ayah, saudara-mara, kengkawan semua yer. Untuk makluman, aku dicalonkan dalam kategori Eco Tourism Blog. Di samping itu tolongla undi kengkawan saya ni jugak: TOURISM TRAVEL BLOG   <--- Klik Sini JOHN / DANNY (  http://kakiberangan.blogspot.com /) TOURISM BLOG OF THE YEAR   <--- Klik Sini ...

Teaser: Away (Back To Nature)

Image
Assalammualaikum!!! Nak pergi sini kejap. Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali ye! Gambar sumber Google . Post Tag: Kaki Berangan , Kaki Jalan dan Anash Coco-Nutz TAK SABAR BAWAK BEG BARU KALER MERAH!!! WASSALAM.

Agro Pelancongan: Melawat Ke Kilang Arang Kamunting, Taiping. What A Good Experience!

Image
Assalammualaikum! Korang pernah pergi kilang buat arang? Yup arang kayu yang buat masak-masak terutamanya masa bbq, kenduri kendara semua tu la? Pernah tak? Aku tahu, sebenarnya benda ni rare, sebab tak ramai yang berpeluang dapat akses ke tempat-tempat macam ni, cumanya aku dan kengkawan beruntung la dapat merasa masuk ke kilang buat arang ni. Terima kasih kepada Pak Ein (ayah kepada Puan Biqque) yang sudi membawa kami mauk ke situ. Maklumla, kilang kawan-kawan katanya. Secara tak langsung dapat jugak la kami tengok dengan mata kepala sendiri macamana tempat arang kayu ni dibuat kan. Memang klassik sungguh tempatnya dan yang penting, kalau jadi lokasi fotoshoot memang terbaik! Kami pun pusing-pusing satu kilang arang, tapi masa tu  owner  dia tak ada. Buat macam kilang sendiri la jawabnya. Habis melawat kilang, kami singgah makan  ABC  pulak. masa ni  Chawana  dah balik  Ipoh , maklumla  CUP  nak kejar pergi ker...

Bharat Tea Vs Boh Tea Plantation and Mossy Forest, Cameron Highlands

Image
Assalammualaikum! Jeles sebenarnya bila tengok ramai kengkawan pergi bercoti kat ladang teh baru-baru ni, ada yang ke  Cameron Highlands  la, dan ada jugak yang ke ladang teh di  BANTING?  Ye ke kat Banting ada ladang teh? Ye betol. Percayalah sebab  Tansree Coco  dah buktikan di blognya itew. Sila jengah   SINI   untuk tengok cerita ladang teh  Tansree Coco   Banting. Ok,   sebenarnya bukan le aku nak cerita pasal ladang teh kat  Banting  tu, aku pon belum pernah jejak lagi ladang teh kat situ. Aku nak kongsi pengalaman di ladang teh di tanah tinggi  Cameron Highlands . dulu kan, masa aku berpeluang buat kerja ukur jalan kat sana (Tanah Rata), aku berkesempatan melawat  Ladang Teh Boh.  Sape penah jejak ladang teh boh ni? Lokasinya agak tersorok dari jalan utama. Ye la selalunya kebanyakan pelancong akan pergi ke  Bharat Tea Plantation  yang terletak di tepi jalan utama saja, senang n...

Kunjungan Lagi ke Paya Indah Wetland, Dengkil 2013!

Image
Assalammualaikum!!!! Cerita dah basi, tapi aku still nak tulis jugak sebab mana la tau ada info-info yang berguna untuk dikongsikan dengan sesiapa yang sudi baca blog ni kan. Ok last few weeks aku dan housemate telah secara on the spot nya menjengah kembali Paya Indah Wetland (PIW)!  Wow bayangkan dah berapa lama aku tak datang semula ke Paya Indah Wetland ni, kali terakhir pon rasanya pada tahun 2011 (atau mungkin 2010?). Jadi boleh la aku tengok jikalau ada apa-apa perubahan yang berlaku di situ! Sebenarnya motif utama terjah Paya Indah Wetland kali ni adalah untuk testing buat fotoshoot untuk beberapa job yang akan datang. kiranya meriki-riki la jugak. So seawal pagi (takda la awal sangat) yakni jam 7.00 pagi kami dah gerak dari Bukit Jalil, meredah LDP menuju ke Dengkil. Ya Paya Indah Wetland terletak di Dengkil. Alhamdulillah, keadaan trafik dan cuaca sangat tenang pagi tu, mungkin sebab hari minggu kot? Dan awal lagi pulak tu. Nampak tak awan berben...