Posts

Kansai, Japan (Part 11) : Rumusan 7 Hari

Image
Assalammualaikum ! Sebenarnya entry Kansai ni dah habis dah haritu, tapi entry ni saja aku nak buat rangkuman kesemua entries  yang dah ditulis untuk memudahkan rujukan bagi sesiapa yang nak merujuk nanti. Ok untuk kos keseluruhan secara detail mengenai perbelanjaan kami di Kansai , korang boleh rujuk blog Kaki Berangan, kat situ ada details pasal expenses kami sepanjang 7 hari di Kansai. Alhamdulillah bajet memang tak burst dan ngam-ngam seperti yang dirancang. Mungkin ada yang boleh buat murah lagi? Its depends pada orang jugak, tengok la apa yang korang nak belanja kat sana, macam kami ni, macam-macam benda nak try dan nak beli! Hahaha. So berikut di senaraikan entry-entry yang telah ditulis untuk rujukan anda semua. Kalau ada yang tak betul tu jangan follow ye, ikut mana yang betul saja. Saya menulis berdasarkan pengalaman, apa yang dialami sepanjang 7 hari di sana Kansai, Japan (Part 1): Kansai international Airport To Nara Kansai, Japan (Pa...

#PrayForMH370

Assalammualaikum... Selepas Empat Hari. Tatkala kau berduka Yakinlah bahawa seluruh dunia juga turut berduka Tidak akan dibiarkan dirimu terbeban sendirian dengan dugaan Allah ada rencananya, Yakinlah Bahawa setiap kejadian ada cerita di sebaliknya Dan yakinlah bahawa mereka itu insan-insan terpilih Yang termasuk di dalam senarai penerima ujian Nya Yakinlah Rencana Allah itu ada hikmahnya Bersabarlah dan bertabahlah Kasih sayang Allah itu amat besar buat mereka yang bersabar Kasih sayang Allah itu amat indah buat mereka yang diujinya Lantas jangan putus untuk meminta kepadaNya Kerana setiap harapan dan doa itu akan didengar oleh Nya Bersabarlah... Doa kami juga sentiasa ada bersamamu.. #PrayForMH370 REN Psst: Aku dedikasikan puisi ini untuk keluarga mangsa MH370. Semoga mereka tabah menghadapi ujian Allah. Pssst2: Maaf tiada mood nak update blog buat masa ini. Aku perlukan masa untuk berfikir.  WASSALAM

Bangkok Shutdown (Part 2): Chao Praya River Cruise, Layan Sunset

Image
Assalammualaikum!!!  Ayuh sambung kisah hari pertama kat Bangkok . Takde la meriah sangat trip kali ni tapi dek kerna agak busy, tepaksa la skip-skip masa nak update blog. Hidup mesti diteruskan ye dak?  [ Sambungan daripada Part 1 ] Daripada  Chatuchak Market  kami menaiki BTS di Mo Chit Station untuk ke Chao Praya River Cruise. Tahu benda ni ada pun daripada hasil rujukan kan blog Dr. Shahrul (haha thanks) sebab memang kami tak de buat rujukan kat mana-mana tempat lain pun, maklumla busy kerja pastu terus terbang tanpa arah tuju hew hew hew (gaya gelak masa kini kah?).    Mo Chit Station (Shukunvit Line) ---> Siam Station (tukar Line) --->   Saphan Taksin Station (Silom Line)   Tambang train masih menggunakan Day Pass yang dah kami beli dengan harga 130 Baht ( unlimited usage for 24 hours ) boleh beli kat mana-mana BTS station. Perjalanan dari Mo Chit ke Saphan Taksin mengambil masa lebih kurang 30 mini...

Bangkok Shutdown (Part 1) : First Day In Bangkok City - Chatucak Weekend Market

Image
Assalammualaikum!!! Dah tiba masanya untuk tulis pasal trip singkat dan tergesa-gesa aku ke Bangkok, awal tahun haritu. Kiranya macam trip pembukaan untuk tahun 2014 la (Pembukaan la sangat macamla banyak sangat trip ko tahun ni hahaha). Biar aku ceritakan sejarah trip ke Bangkok ni. Sebenarnya dah lama plan nak pergi ke Bangkok, sejak tahun 2012 lagi, tapi disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, maka banyak tiket kapal terobang ke Bangkok yang terpaksa dibakar. Tapi nasib baik la beli tiket-tiket sebelum ni pon masa promo, Ada yang promo Zero Fare la, promo itu la, promo ini la... so takde la ralat sangat nak membakar tiket-tiket tu. Jadi, disebabkan plan nak ke Bangkok ni asyik terbantut je, kali ni untuk tahun 2014 aku nekad nak pergi jugak. Tak kisah la walau terpaksa pergi sorang pun. Tapi memula tu aku ajak le geng travel aku yakni MasMZ, John dan Kak Coco . Alhamdulillah masing-masing setuju dan proceed dengan beli tiket. Kebetulan pulak masa ...

Kansai, Japan (Part 10): Port of Osaka, Universal Studio Japan, Umeda Sky Building (Floating Garden of Osaka)

Image
Assalammualaikum!!! Ok rasanya dah sampai ke penghujung entry pasal Kansai ni kot. Rasanya la, or mungkin ada satu entry rangkuman selepas ni, itu pun kalau rajin le hehee. Lama betul nak tunggu mood menaip ni sampai, sambil-sambil tunggu mood datang, macam-macam benda baru aku buat untuk tahun 2014 ni. InsyaAllah akan ditulis nanti. [ Sambungan dari Episode 9 ] Setelah puas berjalan di Osaka Castle dan Tsutenkaku Tower di sebelah pagi dan makan tengahari di restoran apa pun aku tak tau, kami seterusnya meneruskan perjalanan menaiki train ke Osaka Port . Untuk makluman semua, tarikan utama di Port of Osaka  ni ada macam-macam seperti Aquarium, Muzium dan macam-macam lagi. Kami ke Port Of Osaka dengan menaiki train. Aku tak ingat turun kat station mana tapi tak silap aku ada stesen Port Of Osaka kat situ. Dan kena jalan kaki sikit la nak ke kawasan tepi laut. Kebetulan pulak masa tu cuaca memang dah sejuk dan hari pon dah nak malam so memang seronok la nak berja...