2008-08-12

::Masa itu Emas::

Salamz,

(Apa kene mengena tajuk entry aku arini?huhuh) Dah beberapa hari aku takde mood nak update blog. Rasa malas ni makin menjadi-jadi plak, padahal banyak benda yang berlaku kat keliling aku dan bahan-bahannya semua dah ada...cuma malas nak menaip je hahhahahaa. Takpelah kalau bebila aku rajin nanti aku updatelah yer... huhuhu aku tau mesti, Okid Hutan, CikYanie, Encik Deenasour semua tak sabo2 nak tau kan??? sabo ek hahahaha tetiba je aku teringat kat diorang.

Yang pastinya hujung minggu ni dan akan berlarutan sehingga ke minggu-minggu akan datang pastinya ada banyak jemputan Kenduri Kahwin, tak kira da daripada sedara-mara ke, kawan-kawan ke ataupun daripada orang yang tak dikenali pun ada gak! Sebenarnya aku bukannya suka sangat pegi kenduri-kenduri kawein ni, almaklumlah,nanti banyak sangat soklan-soklan cepu emas yang terpaksa aku jawab. Huh tak koser!. Kuang..kuang..kuang...(paham-paham je lah). Tapi memang tahun ni memang ramai di kalangan member aku yang menamatkan zaman bujangnya. Tahniahlah korang, sorry la sebab takda satu pun yang aku pegi heheheheh ...agak "buzy" la. Apa-apa pun, diucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA KE ANAK CUCU AKHIR HAYAT". Kat bawah ni aku senaraikan antara kawan-kawan aku yang buat majlis kenduri kawin tapi aku tak sempat pegi,:

1. Zalina (Opismate)
2. Noorulintan (Member skolah)
3. Norzuraihah a.k.a. Zura (Member keje part time dulu)
4. Kak Pah punya anak (Opismate)
5. Kak Laili (Opismate)
6. Siti Shazilla (Opismate)

Eh nape semue pompuan????????? Kuang..kuang..kuang... kirenya ramai lagi la yang bujang teruna hahahhaha!!!.

Selain kisah kenduri kawein, ada banyak lagi aktiviti wajib yang aku buat umpamanya menonton wayang, aku tak sempat nak buat ulasan kat sini. Antara movie yang aku dah tengok adalah Sex And The City (best wooo), Journey To the Centre Of The Earth (Best gak), SUSUK (hampeh). Cuma aku blom berkesempatan nak tengok Batman, The Mummy dan Handcook!~ hmmm jangan kempunan sudah....

Ok..chow dulu, nak buat keje ...nanti update lagi ... PEACE!~

10 comments:

  1. incek janggelllllll...

    nak ikut tgk wayang

    uwaaaaaaaaaaaaa....nak ikut gak...

    ehem ehem....bila lak kenduri kawin incek janggel ek..

    he he he

    ReplyDelete
  2. Ishhhhhhhh nape ditanya soklan cepu mas itu jugak????????????

    Tgk wayang, Jom tengok teater Ibu Zain!!! Dah start dah starting today till 18 ogos.

    ReplyDelete
  3. nak bawak cik yanie sama ker?

    he he he

    (^_^)

    ReplyDelete
  4. kalo cik yanie nak ikot boleh diaturkan..

    ReplyDelete
  5. citer ko ni ala2 afdlin shauki dalam filem sepi, dapat jemputan kawen..diri tuannya tak kawen2 lagi...mwahaha *larikk

    aku pon tak tgk lagi filem yg ko blom tgk.
    handcock sudah la...
    bila nak tgk...??

    ReplyDelete
  6. Ahhhhh memang la ko Dennasor!!!!! aku kejo ko!

    Ala aku nak tengok Batman nih..bilenyer??? minggu ni kene g kenduri kawin lagi...mgu depan ek???

    ReplyDelete
  7. wahh..kalu zura pon nk ikut gak g tgk wayang buleh ker?hehe...nyampuk je aku nih :p

    ReplyDelete
  8. wahhhHH TesTiNG Tu TesTiNG KoMeN i TaK MasuK ErKKKK!!!!!!

    ReplyDelete
  9. Jom cik zura..kita tinggalkan encik Deennasour tu.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS