2009-02-13

Review Filem: Geng:Pengembaraan Bermula

Dah lama tak buat review filem, bukan sebab aku dah stop tengok wayang ...tapi sebab malas nak buat review memandangkan banyak sangat benda lain yang nak kena buat. Tapi kali ni aku mesti buat jugak review pasal filem Geng: Pengembaraan Bermula! Sebuah filem animasi 3D pertama Malaysia yang sangat membanggakan!!!

Malam tadi aku berpeluang menonton filem ni di GSC Mid Valley. Fullhouse panggung wayang sempena hari pertama tayangan filem tersebut. Adoiaiiiii memang rugi la sapa yang tak pergi tengok filem ni. Aku sangat-sangat mempromote filem ni untuk ditonton. Sesuai untuk semua golongan masyarakat terutamanya kanak-kanak.

Apa yang menarik?

  1. Jalan cerita yang sangat menarik dan menyelitkan unsur-unsur science fiksyen yang memang belum pernah wujud di Malaysia sebelum ini!
  2. Kualiti grafik 3D yang cukup bagus, bagi aku setaraf dengan filem-filem 3D antarabangsa seperti Shrek, Madagascar dan yang sewaktu dengannya!
  3. Watak-watak yang sangat sesuai dan lucu, diolah dengan baik sekali oleh pihak produksi filem Les Copaque. Tahniah!
  4. Sinimatografinya yang sangat menarik. Pengenalan kepada budaya dan gambaran Malaysia secara menyeluruh. Sesuai ditayangkan di Festival-festival filem Antarabangsa dan sesuai dijadikan salah satu produk pengenalan kepada Malaysia! Syabas.
  5. Idea-idea yang dicambah dengan baik sekali. Unsur-unsur jenaka / komedi yang kehadapan dan tidak melampau-lampau. Karektor -karektor yang mesra penonton dan sering membuatkan penonton terpesona untuk mendalami watak-watak di dalam filem tersebut.
  6. Babak-babak yang sungguh sempoi!!!
Secara keseluruhannya, aku memang kagum dengan Filem ini. Tetiba pulak terasa macam nak menagis sebab terlalu bangga kerana Malaysia mampu membikin filem sebegini. Ha siapa kata kita tak boleh buat? Kalau ada usaha dan sokongan yang jitu, sesuatu perkara itu memang tidak mustahil! Bukti sudah ada, kita memang mampu bikin filem bertaraf dunia! Syabas kepada semua team produksi dan pengarah filem ini Mohd. Nizam Abd. Razak bersama-sama team kreatifnya. Terima kasih juga kepada kerajaan Malaysia yang bersama-sama berusaha menjayakan filem ini. SYABAS SEMUA!!

Pengalaman ku::

"Sebuah keluarga bersama anaknya dalam lingkungan umur 4-5 tahun duduk di sebelah seat aku... Anaknya turut menari-nari sewaktu Kak Ros menyanyi bersama penduduk kampung!!! So sweet.. bila tiba babak seram pulak, kanak-kanak itu memeluk ibunya sambil mengintai ke skrin!!! Hebat sungguh penangan Geng! Aku bertambah kagum!"

Info Geng: Pengembaraan Bermula:
Title : Geng - Pengembaraan Bermula
Type : Feature Film 90 Minutes
Animation Technique : Key Frame
Budget : RM 4 Million
Sponsors : MOSTI, MIMOS, Tourism Malaysia
Media Partner : Media Prima, TV9, RTM
Project commenced : January 2006
Completion Date : May 2008
Release Date : 12 February 2009
Musical Score :

Yuri Wong,The Factory Music Studio

Post Production: Les’ Copaque Production SB
Film Processing : Oriental Post, Bangkok
Story and Screenplay : Les’ Copaque Production SB
Voice Actors : Les’ Copaque Production SB
Distributor : Grand Brilliance SB
Director : Mohd. Nizam Abd. Razak
Produced by :

Les’ Copaque Production SB


Antara babak-babak menarik:

  • Babak sewaktu upin dan ipin bermain di hadapan gerai uncle Muthu.
  • Babak ketika Upin dan Ipin serta Rajoo mengejar seekor makhluk ajaib dalam hutan, = "Fikir masa depan!" Katanyer...[Upin]. Babak yang sama berulang sewaktu Tok Dalang, Opah dan Uncle Muthu bergelut mencari anak dan cucu mereka.

  • Hantu Timun!!!! Hahahahahah Sangat berkesan!
Yang lain? tengok la sendiri!!!
PEACE!!!


Janggeltrekker

17 comments:

  1. thank you for the supports!!!!
    And we are glad that u enjoy the movie!!!^O^

    ReplyDelete
  2. Papysnow:: Yes kalau buah tangan yang bagus dan berkualiti sudah tentu akan dapat supporters yang ramai!!! Teruskan usaha yang berkualiti ini!!!

    ReplyDelete
  3. hehe terima kasih, kami tak akan berjaya tanpa supporters yang kuat. terharu~ terima kasih.

    -Ida Rahayu ^^

    ReplyDelete
  4. Ida:: Korang memang layak mendapat pujian dan pengiktirafan!

    Hasil danproduk yang baik mestilah semua orang suka... Saya paling suka bile ada kanak-kanak yang turut menari-nari masa Kak Ros menyanyikan lagu...

    Dan masa ular besar mengejar Geng, kanak-kanak yang duduk kat sebelah saya memeluk erat ibunya sambil mengintai cerita itu....SO Sweet!!!

    Memang benar apa yang dikata; reaksi kana-kanak selalunya jujur! '

    Syabas!! Nak pegi tengok lagi skali sok!!!

    ReplyDelete
  5. salam bro,

    Jemput lihat dekat blog rombongan Cik Kiah ke MBO Melaka menonton GENG!!More pictures otw.

    p/s : pk masa depaaaannnnn hehe

    ReplyDelete
  6. cam best jer...cam rugi jer tak ikot malam semalam....=)

    ReplyDelete
  7. Adam:: Thanks Adam... I will jengok that blogs!!! Memang happening habis!!!!


    Hahahahha kalau dapat ikut kan best......;(

    ReplyDelete
  8. Arip:: nMemang sangat best!! Org g tengok sensorang je semalam...

    ReplyDelete
  9. b esh le mcm ni...
    ari ahad ni nk gi tgk
    pastu nk bt review kt blog...

    nnt jgn lupe sngah

    ReplyDelete
  10. aku gelak sakan time tayar pancit "nasib baek kau bapak aku"
    ahahaha

    ReplyDelete
  11. Khairl:: Waaaa bagus2... Buat jangan tak buat!

    Nanti dah siap saya g tengok...

    ReplyDelete
  12. Deenn:: Banyak lagi yang best-best kat dalam Geng! Heheheheh Best kan!!!
    Aku baru balik dari tengok kali ke 2!!!

    ReplyDelete
  13. janggel..aku tgk da citer ni masa hari pertama tayang..penuh panggung!!

    super best!!..tapi kan ada plk sorang tu spoil kan mlm tuh..hangin je aku ngn Anap..hahaha

    p.s: kpd bdk lelaki yg ddk line L12, tayangan pkul 11.00 mlm citer ni kt TGV S'ban 2...kot yer nk gelak pun jgn la smpoai ganggu org sebelah..pastu tak la nk citer itu, citer ini..org nk tgk movie bkn nk dgr citer ko!!! geram aku...

    ReplyDelete
  14. Adam::

    Aku pun tengok tayangan pertama gak...tiket siap buk hari selasa lagi hahahaha. Buk 6 tiket tapi tak tau nak ajal sape..so aku g tengok sensorang jer .....sedih kan.?? tapi sebb fanatik punya pasal pedulik apa aku. hahahah BEST!

    Hahahaha...tumpang lepas geram kat blog aku yer!!!
    Kehkehkeh mesti tension dok sebelah budak tu..terganggu konsentrasi...!!! Sabar je lah..

    ReplyDelete
  15. Adam::

    Aku pun tengok tayangan pertama gak...tiket siap buk hari selasa lagi hahahaha. Buk 6 tiket tapi tak tau nak ajal sape..so aku g tengok sensorang jer .....sedih kan.?? tapi sebb fanatik punya pasal pedulik apa aku. hahahah BEST!

    Hahahaha...tumpang lepas geram kat blog aku yer!!!
    Kehkehkeh mesti tension dok sebelah budak tu..terganggu konsentrasi...!!! Sabar je lah..

    ReplyDelete
  16. Wah! hari 1st pun dah penuh ker?

    Saya tengok hari 2nd kat Kuching Sarawak, penuh 1/2 jer panggung. Boleh baca review saya kat sini pilak..>http://www.techtarik.net/filem-geng-pengembaraan-bermula-10-bintang/

    ReplyDelete
  17. E1d::

    Memang First day dah penuh dah... ramai jugak yang tak dapat tiket...

    Saya akan jenguk review itu ...thanks for ur comment!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS