Hot Spot! Edisi Rayau
Seperti yang dijanjikan, kali ni aku akan kongsikan beberapa tempat menarik yang aku lawati di Singapore. Walaupon tak banyak tempat yang aku pergi, tapi dalam masa 14 hari, cukup untuk aku menyesuaikan diri dengan keadaan di Kota Singa itu. Untuk pengetahuan, kelas aku bermula jam 9 pagi setiap hari sampailah ke pukul 5 petang. Bukan sepanjang masa aku di kelas, kadangkala ada hari hari kami di bawa melawat ke kilang-kilang dan kawasan-kawasan yang related dengan tugas aku. Yang paling menarik sewaktu kami dibawa ke S emakau Landfill. Apa landfill ?? Yup satu-satunya landfill yang ada di Singapura . Yang uniknya, Singapura , sebuah negara yang langsung tidak mempunyai sumber alam, dan hanya bergantung kepada aktiviti ekonomi, namun ia menghasilkan sampah yang banyak setiap hari. Sebahagian besarnya dilupuskan melalui pembakaran di Insinerator dan cuma sebahagian kecil sahaja yang dilupuskan di tapak pelupusan di Pulau Semakau . Kalau aku sebut tapak pelupusan sampah, mesti kor...