2010-11-21

Pulau Pinang Escapades (Part 3)

Assalamualaikum...

Alamak tak habis-habis lagi kisah percutian ke Pulau Pinang nih..layan je la yer.

Sebenarnya dah lama aku menyimpan cita-cita nak menjelajah Taman Negara. Yang sebetulnya Taman Negara Pahang, rasanya sejak dari sekolah menengah lagi kot...tapi sampai sekarang tak kesampaian. Tak apalah, janji aku boleh pergi ke Taman Negara yang masih ramai belum menyedari kewujudannya. Salah satu tujuan asal ke Pulau Pinang adalah untuk menjejakkan kaki ke Taman Negara Pulau Pinang. Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak hajat nak ke sana.

Kami bertolak daripada tempat penginapan di Gurney lebih kurang jam 8.30 pagi. Sebelum memulakan aktiviti menjelajah di Taman Negara, kami pergi menjelajah ke gerai makan dulu untuk sarapan pagi. Alhamdulillah, nak cari kedai untuk sarapan pagi tak susah. Banyak gerai di tepi jalan di sepanjang perjalanan dari Gurney ke Teluk Bahang. Kami mengambil keputusan untuk singgah di sebuah gerai makan di Teluk Dalam berhampiran Hotel Shang-ri La. Pagi tu jugak la macam-macam jenis makanan masuk ke dalam perut antaranya adalah Nasi Lemuni, Nasi Lemak,Nasi Tomato, Nasi Daging dan kuih muih beraneka jenis. Huh sekali imbas dah kalah makan tengahari tapi hasil perkongsian semua, takdela terasa macam pelahap sangat! Wakakaka.

Selesai bersarapan pagi kami meneruskan perjalanan ke Teluk Bahang dimana terletaknya pintu masuk untama ke Taman Negara Pulau Pinang. Tak susah juga mencari lokasi Taman Negara ini kerana terdapat papan tanda di sepanjang jalan. Kami tiba di Teluk Bahang lebih kurang jam 9.00 pagi. Nak cari parking kereta agak susah sebab tempat yang disediakan amat terhad. Jadi terpaksalah parking kereta di tepi-tepi jalan sahaja. InsyaAllah selamat. Setelah memunggah semua kelengkapan, kami terus menuju ke sebuah pondok sewaan bot. Sebenarnya ada dua cara untuk menjelajah Taman Negara Pulau Pinang iaitu melalui JUNGLE TREKKING ataupon melalui jalan laut dengan menaiki bot. Jadi kami memilih untuk menaiki bot memandangkan masa yang kami ada amatlah terhad.

Jumlah sewaan bot untuk lima orang adalah sebanyak RM 200 (bila bincang-bincang dapatlah diskaun RM10, so total kena bayar adalah RM 190). Fuh memang excited giler dah ni nak meredah lautan. Kami akan dibawa ke dua buah pantai iaitu Pantai Kerachut dan Pantai Monyet (erkkkk sebenarnya Monkey Beach). Tapi sebelum memulakan perjalanan, kena daftarkan nama dulu di pejabat Taman Negara Pulau Pinang.

Sepanjang perjalanan menaiki bot, jurumudi bot tu adalah menerangkan sikit sebanyak tentang fakta berhubung Taman Negara Pulau Pinang ni. Dan yang best tu, dia siap tunjukkan pada kami batu- batu yang terdapat di sepanjang perjalanan kami, batu batu tersebut berbentuk mulut buaya, arnab dan penyu! Subhanallah menakjubkan!

Lokasi pertama kami adalah di Pantai Kerachut. Keistimewaan Pantai Kerachut antaranya adalah terdapat Pusat Penetasan Penyu! Kami sempat juga menjenguk baby-baby penyu di situ. Tak banyak yang tinggal sebab kebanyakannya dah dilepaskan ke laut. Spesis yang banyak mendarat di situ adalah spesis Penyu Karah dan Agar. Tarikan lain juga adalah terdapat sebuah tasik air tawar yang terbentuk secara semulajadi. Aku pon tak tau nak menerangkan macamana, kena baca info kat situ kalau nak tau. Nama tasik tu pon agak unik iaitu Tasik Meromiktik! Hahaha entah mana datang nama tu pon tatau.

Lokasi kedua kami adalah di Monkey Beach. Di sana kami hanya berehat-rehat dipersisir pantai sambil bermandi manda. Dahla datang sehelai sepinggang, tapi redah aje lah, lama-lama kering jugak. Lebih kurang pukul 1.30 petang kami pun pulang semula ke jeti Taman Negara. Tak habis lagi menembak di Pantai Kerachut dan Monkey Beach, kami sambung pulak kat jeti! Macam-macam pe el keluar! Hahahhaa.

Setelah selesai bersiar-siar di Taman Negara Pulau Pinang, kami pon terus menuju ke Pantai Shamrock untuk pi pekena Laksa Penang! Fuh memang itu yang dicari dari semalam. Nasib baik sedap! Tambah pulak dengan air cendol! Fuhhhh terangkat habis.

Lepas selesai makan, kami pulang kerumah dan bersiap-siap untuk pulang. Perancangan kami, dalam perjalanan balik akan singgah di Toys Museum (Muzium ini merupakan muzium permainan terbesar di dunia!!!! tapi hampeh sebab tak dijaga dengan baik, bayar RM10 untuk masuk tapi tak menten) dan kami juga akan singgah di Queensbay Mall untuk teman KJ ambik Marathon Kit dia minggu depan dan juga kami akan singgah di Perhentian Bas Butterworth untuk beli jeruk dan makan malam. Selepas selesai semua perkara itu barulah kami bergegas pulang ke Ipoh. Kami tiba di Ipoh pada jam 1.00 pagi.

Keesokan harinya, kami berempat (tidak termasuk KJ) pulang ke KL dengan menaiki keretapi pada jam 1.45 petang. Alhamdulillah selesai sudah program Percutian ke Pulau Pinang Geng Ungu! Next plan adalah sesuatu yang lebih besar! Lebih jauh! dan harap-harap lebih happening!!!! Ish tak sabar tunggu masa tu!!!

Sekian.

PEACE!!!!

Beli tiket bot dulu sebelum masuk

Antara pakej yang ditawarkan




Daftar nama dulu sebelum menjelajah

Aksi sebalik tabir...

Ni la bot yang kami naik!
Nampak tak bentuk mulut buaya?
Yang ni pulak bentuk penyu!
Dan yang ni bentuk Arnab!

Dah sampai kat Pantai Kerachut

Pose sengals bermula!

Pusat Konservasi Penyu
















~TAMAT~







5 comments:

  1. pergh!! best je tgk!

    teringin nak pegang anak penyu tu!!

    ReplyDelete
  2. Nuke-

    Hahahah best sangat! bercoti penuh quality!
    Anak penyu itu mmg sangat comel..Macam dalam filem Sammy's Adventure plak.

    ReplyDelete
  3. tempat jatuh lg di kenang..ini kan pulak tmpt membesor..sb tu la memori pakcik..hahaha..


    *yg dgn ninja turtle tu..mcm kembar lah..ahahaha :P

    ReplyDelete
  4. Hanie-

    Ohhh..

    Eh saya sama macam ninja turtle!!!! I like hahahhaa

    ReplyDelete
  5. Hanie-

    Ohhh..

    Eh saya sama macam ninja turtle!!!! I like hahahhaa

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS