2011-02-09

Setiap Hari Sayang


Assalamualaikum!

Rindu nak menulis sebenarnya walaupun tak ada apa yang nak dikongsikan. Minggu ni seperti minggu-minggu lepas di awal tahun, bizi...bizi...dan bizi. Alhamdulillah think positive ya, itu tandanya yang Allah tidak pernah melupakan kita! Dia sentiasa memberikan kita sesuatu agar untuk menguji sejauh mana kekuatan kita mengharungi ujian itu. Cuma seringnya kita yang melupakan DIA kan.

Ok berbalik kepada kehidupan sehari-hari, memang aku dapat rasakan masuk bulan Februari ada sinar baru yang muncul dalam hidup aku. Sinar yang agak cerah yang akan menepis semua awan hitam yang menyelubungi kehidupan aku sejak akhir-akhir ini. Alhamdulillah...Ya aku tak mahu berhenti bersyukur sebab aku telah dikurniakan pelbagai kelebihan berbanding orang-orang yang tidak merasai apa yang aku rasa. Alhamdulillah.

Bulan Februari ramai yang kata itu bulan kasih sayang. Hummm kenapakah? Sebab Hari Valentine kah??? Mungkin juga. Aku secara jujur tak pernah terikut-ikut untuk merayakan hari tersebut, ya bukan budaya kita orang MELAYU, MALAYSIA. Tapi kalau idealoginya digunapakai, aku rasakan ia merupakan sesuatu yang indah! KASIH SAYANG, kenapa hanya perlu ditunjjukkan sehari? Bukankah lebih manis sekiranya ia diluahkan setiap hari? Betol tak? Bagi aku setiap hari merupakan hari kasih sayang! Not only one single day.

Bercakap pasal Hari Kasih Sayang, teringat aku satu ketika masa tengah sebok mengadap buku, perah otak dengan exam, ada sorang lecturer aku ni memberi tugasan kepada aku dan rakan-rakan sekelas yang lain untuk membuat liputan mengenai Hari Valentine di Kuala Lumpur, ya liputan dari segi kemeriahan, dekorasi, amalan biasa dan luar biasa dan pelbagai lagi yang berkaitan. Jadi dalam panas terik, maka gigihlah aku dan teammate aku naik bas dari Seri Kembangan ke KLCC. Fuh memang penat gila. Kemera yang ada pon hanyalah kemera handphone je masa tu....biasa la student mana mampu nak pakai DSLR!!!! (Bebudak sekarang je yang dah advance, jangankan student universiti, student sekolah rendah pon dah ada DSLR sendiri!!!! Tak ke ko terkesima sekejap!!! (nanges air mata darah ok!). Takpelah zaman dah berubah....

Sambung balik kisah meronda-ronda di KL untuk tengok kemeriahan Hari Valentine. Sebetulnya apa yang aku suka hanyalah dekorasi-dekorasi yang indah di shopping-shopping kompleks saja. Itu yang paling aku suka....yang lain???hmmmmm not in the mood to story about. Bukan budaya kita, itu saja yang boleh aku katakan.

So kembali kepada asalnya, berkasih sayang lah setiap hari bersama ibu bapa kita, adik beradik kita, saudara mara kita, kawan-kawan kita, guru-guru kita dan sesiapa saja. Oh ya bukan hanya kepada manusia, pada haiwan, tumbuhan dan harta benda pon wajib dikasih setiap hari ya!!!!

Haish teringat kisah sorang lecturer lagi yang setiap pagi pergi jogging dan akan memeluk pokok tanda kasih sayangnya kepada alam...anda mampu lakukan??? hahah aku pun segan sebenarnya. Tapi idea yang cuba dia sampaikan itu sangat menarik kan? Kalau nak tahu siap ada PERSTUAN PEMELUK POKOK ye ditubuhkan INTERNATIONALLY. Kalau nak tahu sila google lah.

OK sampai sini saja...entry masih tak lari tema kan? Bulan kasih sayang dan eksplorasi.

PEACE!!!! :)




10 comments:

  1. heheh..sib baik peluk pokok jer..buat suruh peluk semua benda hidup, naya..peace:P

    ReplyDelete
  2. Fika 79

    Hahaha kalau nak peluk seme benda hidup macam best pon ada macam tak best pon ada gak hahahhaa.

    Setakat ni cukuplah pelok pokok dulu hehehe.

    ReplyDelete
  3. tu la..budak2 sekolah skrg lg advance dr org dah keje..hp semua mahal2...dslr model yg beribu riban...sakit hati je tgk

    ReplyDelete
  4. Edy:

    Ya aku setuju ngan ko...aku ni dah keje lima tahun baru dapat merasa DSLR..pakai pon HP buruk jer nak 3G tak bleh huhuhuh

    ReplyDelete
  5. _____♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
    ______ ♥♥♥♥♥♥♥♥SAY NO TO VALENTINES
    _______♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥DAY♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
    _________♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Sebuah persahabatan....
    Terima kasih
    kembara ziarah maya”

    jangan merayakan hari valentine – jangan memberikan ucapan selamat hari valentine kepada siapapun – jangan mengirim pantun valentine dengan tujuan memeriahkan hari valentine – jangan menulis puisi valentine dengan tujuan merayakan hari valentine – jangan menulis puisi cinta dengan tujuan merayakan hari valentine

    ReplyDelete
  6. iyee...
    kamera kita pun tak sangkut kat leher..
    sangkut kat tangan je..huhu..
    terkesima nengok budak2 sek menengah sekarang angkut DSLR ...

    ReplyDelete
  7. Afzanizam:

    Ya betol, janagn la sambut benda2 yg bukan ada dalam ajaran Islam

    ReplyDelete
  8. Anash:

    ya betol..bebudak skg dah makin advance!!! apa nak semua dapat.

    ReplyDelete
  9. yup!!confuse mok cik tgok bbdk sekolah ada dslr..jeles giler ah i yg dh keje ni pun berair hidung nk bli ,tp xbeli2 lg pon..huhuhu..guna cam gatung tali kat tgn gak!

    alamak peluk pokok,peluk keta ok x?!

    ReplyDelete
  10. Ms Kertas

    Hahahha jeles kan! Tu la pasal~

    Peluk kereta?? boleh kot kalo pakai kuasa solar wakakaka

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS