2011-03-14

Bulan Kesedihan

Assalamualaikum...

Minggu yang sangat sederhana dan rasanya seluruh dunia merasa kesedihan. Bagi aku ini merupakan minggu kesedihan berganda kot. Kenapakah?

First: Aku eksiden, Al-FariS koma dan masih di wad menunggu waktu dibedah. Aku pasrah dan bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku dan tidak mengapa-apakan aku. Alhamdulillah.

Second: Jepun dilanda gempa bumi yang paling teruk dalam sejarah hidup aku. Siap ada tsunami lagi, dan selama aku hidup dah dua kejadian tsunami besar aku dapat lihat (walaupun bukan dengan mata kepala sendiri (live) tapi ia cukup menggerunkan).

Walaupun kejadian gempa bumi dan tsunami tu bukan berlaku di Malaysia, namun ia sedikit sebanyak menggugat hati dan perasaan aku jugak. Siapa tak sedih bila lihat kemusnahan dalam sekelip mata kan? Tambahan pula aku ada sahabat di sana dan dia selamat. Alhamdulillah..mendengar dia bercerita mengenai gempa bumi, bangunan-bangunan tinggi bergoyang-goyang seperti jelly, subhanallah, mujur semuanya telah dibina atas dasar keselamatan. Itulah pentingnya teknologi, bukan untuk melawan takdir tapi untuk berhadapan dengan takdir.

Ok enough about KESEDIHAN.

Minggu ni juga aku berkesempatan menemani beberapa orang sahabat ke MATTA Fair. Bagi sesiapa yang tak tahu, MATTA Fair ni rasanya telah menjadi agenda tahunan di Malaysia dan menawarkan banyak pakej perlancongan di dalam dan di luar negara. Fuh memang ramai giler manusia yang nak merancang percutian. Sekali imbas memang membanggakanlah sektor pelancongan di Malaysia ni. Alhamdulillah. Tapi dengan berlakunya bencana alam sana sini sedikit sebanyak menjejaskan juga sektor pelancongan terutamanya di negara-negara bergolak.

Minggu ni juga aku dah buat major renovation kat rumah aku! Hahaha baru terasa seperti berada di rumah. Alhamdulillah dah lengkap bilik tidur aku. Lepas ni boleh tidur dengan lena (walaupon tak seberapa janji puas hehehe).

Ok back to reality, jom mulakan hari-harimu dengan senyuman kerana senyuaman itu mampu mencairkan hati sesiapa yang memandangnya.
 
Psssttt:  Sorry kerana tiada entry bergambar...just a quick update.

PEACE!

4 comments:

  1. down and up...
    up and down...
    normal as a person in the world...
    but
    'sabar & tawakal' are the best weapon as a Muslim in this world ...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS