Posts

Showing posts from June, 2011

Langkawi Escapades Part 4 (Air Terjun Dan Laksa Power)

Image
Assalamualaikum! [Sambungan dari Episode 1 , Episode 2 dan Episode 3 ] Selepas selesai be r'Island Hopping ' di Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah , kami kembali ke jeti dan maka tengahari. Tak sempat balik motel bersalin pun, kami meneruskan misi meronda di Pulau Langkawi, kali ini kami ke Air Terjun Telaga Tujuh . Aku memang tak pernah pergi tempat tu sebelum ni. Lokasinya terletak berhampiran dengan Kereta Kabel di Gunung Mat Cincang . Sebelah menyebelah saja. Tapi sebelum tu, kami sempat singgah di Rebak Marina , di mana terdapat banyak kapal layar mewah yang bersadai kat situ. Kami pon apa lagi, mode menembak-nembak dengan jayanya di sekitar kawasan Rebak Marina. Inilah hasil tmbakan orang-orang di jeti masa pegi tadi..jualan RM 10 setiap satu. Ni kat Rebak Marina...mantap!!! Adakah mata itew masuk abok??? hahahaha Bayaran tempat letak kereta di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh dikenakan dengan harga RM 2 . Selepas selesai memung...

Langkawi Escapades Part 3: Island Hopping (What Else!) At Pulau Dayang Bunting And Pulau Bras Basah

Image
Assalamualaikum!!!   [Sedutan entry episode 1 dan episode 2 di sini dan sini ] Fuh dah ada part 3 pulak kan kisah coti-coti Langkawi ni. Hari kedua, kami dah bangun awal-awal, sebabnya dah tak sabar-sabar nak pergi Island Hopping!!! Sehari sebelum tu di Pantai Chenang , kami dah booking untuk Island Hopping dengan sorang mamat beach boy ( beachboy le sangat kan huhuh) dengan harga RM 35 sekepala. Sebenarnya boleh dapat murah lagi dengan harga RM 25 di tempat lain, tapi memandangkan dah malas nak pegi servey-servey harga maka kami pon proceed je dengan mamat beach boy tu. Operasi menepung tawar harga berjalan dengan lancar di tepi Pantai Chenang nan permai sambil menyaksikan sunset . Ok berbalik semula di hari kejadian, sebelum memulakan Island Hopping pada jam 9.00 pagi, kami pergi bersarapan pagi dulu di salah sebuah kedai berdekatan dengan motel. Selepas makan, singgah sekejap di sebuah minimart untuk membeli beberapa bekalan untuk di bawa ke sesi Island Hopping ....

Langkawi Escapades Part 2 : Sunset At Chenang Beach, Langkawi

Image
Assalamualaikum!!! [Sedutan entry terdahulu di sini - Hari Pertama di Pulau Langkawi ] Seharian memandu, merentasi 5 buah Negeri dan 2 buah Wilayah Persekutuan ( Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) menyebabkan urat kaki aku berdenyut-denyut sampai hari ni. InsyaAllah hujung minggu ni semboh la kot. Amin ~ Selepas berehat sebentar di Motel ( Amzar Motel ) sebaik saja puas meronda-ronda di Buffalo Park , Pantai Pasir Hitam, Kilim Geoforest Park dan Pekan Kuah , petang itu kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar di persisir Pantai Chenang , melihat sunset dan keletah manusia yang bercuti di sana. Jarak di antara persisir Pantai Chenang dengan Motel tempat kami menginap hanya lebih kurang 70 meter sahaja. Jalan kaki tak sampai 10 minit dah dapat jejak pantai!!! Mode teruja! Keadaan angin pantai yang menghebus diri dan orang ramai yang menjalankan aktiviti-aktiviti pantai amat menyeronokkan. Antara aktiviti yang boleh ...

Langkawi Escapades Part 1: From Kuala Lumpur to Pulau Langkawi (Overland + Oversea Trip)

Image
Assalamualaikum!!! Kali ni memang dah tak boleh tahan dah. Mode nak berendam dalam ayor sambil menikmati keindahan alam dah tak terbendung lagi. Jadi dengan short notice aku dan KJ nekad untuk berjimba-jimba ke Utara pula. Disusuli dengan kehadiran HD , memang mengembalikan nostaligia Pangkor satu ketika dulu. Perancangan untuk ke Tanah Sumpahan Mahsuri (Pulau Langkawi)  dilakukan selama sebulan, walaupun masing-masing tengah sengkek dan hampir mencapai taraf muflis, tapi kami tetap teruskan juga. Sebab kalau nak ikut masa yang sesuai, memang susah nak cari, tambahan pula nak mengumpulkan orang yang ramai, yang masing-masing sibuk dan tak ada duit, jadi terpaksalah kami redah juga. OK seminggu sebelum hari kejadian, aku dah KJ dah sibuk mencar-cari info menarik untuk aktiviti yang bakal kami lakukakn di Langkawi, tapi lain pulak halnya dengan HD , dia sibuk cari info pasal Pulau Jerjak , Penang! Hahaha, itu semua berlaku sebab salah info yang diterima. Takpe lah...