2011-06-13

Akademi Fantasia Dalam Kenangan (Konsert Akhir di Putrajaya)

Assalamualikum!!!

Mode: Konsert Free! :)

Masih lagi kisah konsert, tapi bukan lagi konsert SUJU M (Super Junior) tapi kali ni aku ke Konsert Akhir Akademi Fantasi 9 yang diadakan di Presint 3, Putrajaya. Secara jujurnya aku memang membesar bersama AF. Mak dan ayah aku juga meminati AF, dan selama sembilan tahun AF berlangsung memang aku tak pernah terlepas tengok walaupun bukan tengok tiap-tiap hari. Bagi aku, ia merupakan satu rancangan hiburan yang merapatkan hubungan antara keluarga dan rakan-rakan.

Sejarah bermula pada tahun 2004, masa tu aku masih menuntut di Universiti dan waktu itulah kami pertama AF diperkenalkan dan di adakan betol-betol depan Fakulti aku. Dan masa tu jugak aku dan member baik aku Acid sama-sama ponteng kelas (opsss) bergilir-gilir beratur depan dewan semata-mata nak dapatkan pas masuk percuma untuk konsert setiap minggu..haish kenangan. Masa tu jugak la kami sedar yang kami dah jadi fanatik AF hahahha (maklumlah zaman-zaman remaja).

Berlarutan sampai ke AF 2, zaman Zahid, Farah, Adam, Linda, Zarina dan ramai lagi yang bagi aku zaman kemuncak kegemilangan AF. Kali ni konsert mingguan diadakan di Dewan MBPJ, Petaling Jaya dan masuk dikenakan bayaran sebanyak RM 10 kot, aku tak ingat masa tu. Tapi gigih jugak kami pergi, kali ni korum dah ramai, bukan setakat aku dan Acid, tapi ada Jun, Zima, Salam dan beberapa orang kawan jugak. Nak dapat tiket bukannya senang, sebab sentiasa sold out. Pengalaman yang aku paling ingat adalah kami berempat terpaksa beratur di hadapan pintuk Syarikat Ticket2u di Midvelly seawal jam 3.00 pagi!!! Waktu tu pun kami dah jadi orang no 14 beratur! Tak ke gila namanya padahal kaunter tiket bukak jam 9.00 pagi...Memang gigih, siap ada yang datang bawak sarapan pagi hehehe.(kenangan). Dan AF 2 juga kami pergi tengok konsert akhir di Stadium Putra Bukit Jalil. Dan yang best siap buat sepanduk lagi tulis nama ZARINA hahahahaha!

Kemudian AF 3, aku dan kawan-kawan dah tak join tengok konsert dah, sebab harga tiket dah mahal dan dibuat di Stadium Malawati Shah Alam, jauh. Huh alamatnya kami hanya berkumpul di rumah kawan-kawan sambil buat party depan TV tengok konsert AF! Hahaha memang meriah dan sangat seronok. Kenangan lagi...

Seterusnya AF4,AF5, AF6, AF7, AF8 dan AF9 kami dah tak macam sebelumnya. Masing-masing dah ada hal sendiri dan merantau jauh demi tugas. Maka layanlah AF sorang-sorang kat rumah. Sedih bila teringat zaman-zaman tu, memang happening dan best. Peduli apa orang nak kata, AF tak best la, AF buang masa dan sebagainya, tapi aku tetap nak tengok jugak sebab ia umpama satu tarikan yang dapat mengembalikan nostalgia zaman remaja aku. Sebab tu aku tak berhenti dari menonton AF walaupun tak sefanatik dulu.

Dan semalam, bila konsert akhir AF9, aku dan Acid terpanggil untuk pergi tengok (sebab free)... Kami nak akhiri pengalaman AF sama- sama sebab kami dah mulakan dulu tahun 2004 dan kali ini AF adalah penutup dan tidak akan diadakan lagi. Jadi kalau kami tak pergi maka rasanya tak lengkap perjalanan AF kami (fuh terasa macam pelajar AF pulak). Ya betol aku membesar dengan AF.

Konsert Akhir AF 9 memang la ramai yang cakap TAK BEST! tapi bagi aku yang penting adalah nostalgianya dan lagu baru HAZAMA (Juara AF9 yang memang dah dijangka sejak kemasukannya minggu kedua sebab kenapa pulak tiba-tiba nak masukkan dia kan????) lagunya BEST. Begitu juga dengan lagu FINA dan LENA. Lagu Azri???? Huh aku tak suka AZRI sebab dia memang tak layak masuk final hahahahah, suara klon Faizal Tahir!(statement basi).

Hmmm lepas ni dah takde dah AF, tapi aku yakin mesti ASTRO dah rancang benda lain. Apa-apa pun, untuk sesiapa yang tak layan AF, ADA AKU KESAH??? Hahahaha. Jom tengok gambar yang aku tembak malam tu. 

OK PEACE! (Mode sedih sekejap)

Masa tengah cari port..penuh sesak..akhirnya kami ke backstage jer.

Acid dan Mr. Bola-Bola Emas!
Persembahan showcase sebelum konsert bermula, Ray (Radio ERA) dan Aril AF7 jadi pengacara.
Dafi AF 5 menyanyikan lagu baru Euphoria.
Kumpulan R2 dari Maharaja Lawak pon ada.
Eii FINA!!! Cantek pulak aku tengok..salu cekeding jer hahaha.
LENA, suara ko memang sedap!
AZRI, klon Faizal Tahir!
VINCE juara AF 1...macam dah gemuk jer.
ZAHID juara AF2, macam lagi gemuk jer?
LENA lagi! :)
AZRI, buat gimik belakng pentas.
PAKNIL dan SARIMAH sewaktu mengacara di belakang pentas.
FINA dan lagu barunya, sedap juga.
HAZAMA dengan persembahan terkahirnya yang sangat MANTAP! (pinjam tagline AZRI)
NERA, Lagu baru dia memang sedap!
ERUL terbang dari belakang pentas sebelum menyanyikan lagu baru Legasi Cleopatra.
KPOP Habes! hahaha
HAFIZ juara AF 7
LENA, lagu baru bersama Shaheizy Sam.
MILA juara AF 5.
STACY juara AF 6.
Sebahagian penyokong HAZAMA
HAZAMA juara AF9.
Menuju Puncak!
Ning Baizura!




2 comments:

  1. salam. cantik2 pics yg di snap...thumbs up!

    ReplyDelete
  2. Rush Murad:

    Thanks...saya dudu blakang stage so gambar pon tak seberapa je.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS