Assalamualaikum!!!
Atas permintaan (cewah macam ada jer org baca blog ni) 
entry kedua mengenai 
Hari Belia Negara 2011- Perhimpunan Sejuta Belia di 
Putrajaya akan disambung. Kalau 
entry lepas aku cerita mengenai aku terserempak dengan 
Pak Najib (
Perdana Menteri Malaysia) secara tiba-tiba di belakang khemah 
Pink Village,
 entry kali ni pon ada banyak juga benda yang aku nak 
share,Putrajaya  terutamanya mengenai perkara-perkara yang berlaku sepanjang satu hari aku berkelana di ni.
Lepas penat pusing-pusing ke semua 
booth dari 
Presint 2 sampai 
Presint 4, aku dan
 KJ pon buat keputusan untuk jalan-jalan semula di 
Laluan Seni KBS. Perancangannya nak pergi tengok persembahan teater yang akan berlangsung di 
KBS pada pukul 3 petang. Sementara nak tunggu pukul 3 petang tu kami pun pergi la makan tengahari dulu di 
cafe KBS...
Alhamdulillah bukak pulak 
cafe tu hari Sabtu, pekena nasik ayam yang di
charge agak mahal (mungkin sebab bukak hari minggu kot??? sengals). Lepas habis makan, jam masih belum pukul 3, jadi kami jalan-jalan la ke pentas utama betol-betol di hadapan opis aku. Masa tu ada la beberapa orang artis yang tak berapa popular kat 
Malaysia ni tengah buat persembahan, apa lagi kami pun layan la duduk tepi stage tu. Masa tu takda la ramai orang sangat. Tapi bila dah agak petang sikit terdengar la pulak ura-ura yang kumpulan 
KPOP  yang paling popular sekarang ni iaitu 
SUPER JUNIOR M (kenapa ada "M" kat nama dia???) dah nak sampai! Apa lagi berduyun-duyun la peminat fanatik 
SUJU ni duduk depan pentas. Dengar cerita ada yang sanggup tunggu dari pukul 6.30 pagi, turun dari 
Johor Bahru pon ada! Ye la kan, konsert 
free la pulak.
Aku dan 
KJ pon tak semena-mena terjebak la menunggu depan 
stage tu. Hampeh, pengurus pentas kata lagi 15 minit diorang nak buat persembahan, masing-masing pon 
excited la. Ada yang bawak 
banner la, tulis 
I Love You SUJU la macam-macam lagi! Sampai aku dan 
KJ pon terjebak dapat banner diorang kasi 
free hahahaha! Padahal sepatah haram lagu 
SUJU pon aku tatau...yang aku pernah dengar lagu 
Sorry Sorry dengan 
Bonamana tu je. ;)
Bila dah tunggu dekat setengah jam, pengurus pentas cakap kena tunggu 
PM nak datang merasmikan 
Hari Belia pulak! Persembahan
 SUJU akan di adakan sebelah malam! Ceit! Penat je aku dan 
KJ tunggu kat situ. Yang keluar penari-penari diorang jer buat
 rehearsal!  Tapi takpe, 
at least dapat juga tengok perarakan kereta antik dan pasukan pakaian seragam! Last-last kami pon 
blah la sebab dah petang. Dalam hati memang teringin nak tengok konsert 
SUJU sebab aku minat gak 
Korean-Korean things ni hahaha. (Terjebak)
Akhirnya kami ambik keputusan untuk balik rumah sebab dah penat sangat.Tapi ada benda berlaku selepas tu...apakah?? tunggu 
next entry yer. ngeh ngeh ngeh.
Pssttt: SUPER JUNIOR M - "M" bermaksud Mandarin, sub group of SUJU yang target marketnya adalah dikalangan Masyarakat Cina. 
 
|  | 
| Antara gerai jualan yang terdapat di Hari Belia Negara 2011. | 
|  | 
| Cantek la tengok basikal ni..Warna-warni! | 
|  | 
| Wanita Ular Sawa! | 
| 
  | 
| Tarian Chiken Dance di tepi jalan. | 
| 
  | 
| Suka tengok diorang menari ni, happening habis! | 
| 
  | 
| Pertunjukan dari Tentera DiRaja Melaysia. | 
| 
  | 
| Persembahan Cak Lempong..(Betol ke aku eja camtu?) | 
| 
  | 
| Aku suka benda ni, diperbuat daripada bahan buangan seperti straw dan kotak. | 
| 
  | 
| Perarakan kereta antik! Best best! | 
 
 
 
 
 
| 
  | 
| Fuh cun jer minah ni gaya ala-ala Korean. | 
|  | 
| Perarakan Pasukan Beruniform | 
|  | 
| SUJU Fanatic Fans! | 
|  | 
| Minah ni tukang distribute survenir SUJU -M | 
|  | 
| Alamak!!! Tetibe aku jadi peminat EUNHYUK!!!!Wakakaa | 
 
|  | 
| Penari-penari SUJU tengah buat latihan...siot je..ingatkan SUJU dah nak perform. | 
Catatan untuk:
 
 
sume gambar besh..
ReplyDeletewalaupun tak pegi at least leh nengok dlm blog nih..
gambar minah mcm rupa korea tuh, pakcik sebelah tuh bangga semacam jln sebelah minah cun..hehe lawak plak...
Anash
ReplyDeleteHahaha thanks. tu la motipnya blog ni..nak sharing bebenda yang tak semua org boleh tengok heheh.
Tu la pasal, pakcik tu muka bangga giler!
...hahahahaahah....(leh plak sambung gelak....)
ReplyDeletebetul-betul...
Anash:
ReplyDeleteYer boleh sambung hahahahhaa